Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, March 28, 2010

Tamu, Raket & Bas

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat untuk outing di hujung minggu setelah sekian lama menginjak kaki di bumi Tenom ni...

Apa? Baru pertama kali dapat outing?!

Muahua3. Iya, betul ni. Petang tadi barulah aku betul2 dapat outing. Membeli-belah..

Sudah lama para guru & kenalan bertanya, "Sudah pernah pergi Tamu kah Mizul?".

Jawapanku, 'hampa'. "Belum pergi lagi cikgu, ehe3..".

Aku bukannya sengaja tidak mahu ke sana. Memang aku mahu ke sana. Melihat dari dekat bagaimana suasana Tamu di Tenom ni. Tapak Tamu tu memang selalu dilihat tapi di hari2 lain.

Dan semalam, aku memasang lagi angan untuk ke sana. "Lepas cuci tandas, cuci dapur, basuh baju & masak, aku akan segera ke sana.." getus niatku itu. Dan aku tersenyum2 sebab ada 'plan'/tujuan lain dalam mengambil kesempatan ke sana. 'Plan' untuk masa akan datang, ehe.. x]

Malangnya, aku terlewat. Sedar tidak sedar, jam sudah menginjak 11 pagi. Belum mandi lagi tu masa tu. Campur dengan masa menunggu bas & perjalanan ke sana lagi, aku hanya berpeluang untuk melihat mereka membungkus barang berdagang mereka. Tawar harga murah2 pun dah tak sempat..!

Nda apa, aku masih lama lagi berada di Tenom ni Insya-Allah. Tamu ni tetap akan ada setiap minggu. Masih ada peluang. Cuma minggu depan mungkin aku tidak ke Tamu sebab ingin berkunjung ke Pesta Kalimaran atau Hari terbuka Taman Pertanian Sabah hujung minggu nanti. Masing2 pada 02-04 April & 03-04 April. Pesta tu setahun sekali. Hari terbuka tu nda pasti pula..

Tujuan utama outing kali ni sebab mahu membeli barang2 dapur. Lauk dah habis. Plastik sampah pun dah habis. Ohya, mahu beli minyak gas (kerosin) lagi untuk bakar sampah, hua2. (Dilarang membakar sampah di tempat terbuka..:])

Masa lalu di sebuah kedai tu, nampak pula barangan sukan. Nah, terdetik pula mahu membeli raket. GB (Guru Besar) dah berapa kali tanya kalau ada sudah raket. Aku pun berfikir, daripada GB bawa aku jogging pusing2 masuk Taman Pertanian, bagus aku 'mengeluarkan peluh' lawan dia main Badminton..ehe3. Dah lama nda main badminton. Nda sudah dapat smash sampai rosak shuttle mengkali ni, hi3.

Aku pun belilah dua raket. Raket tu walaupun murah, ianya ringan. Raket ringan yang sedap untuk buat smash, ehe. Campur sekali dengan tiga shuttles, semuanya RM60.50. Huh, kena pergi atm ni balik. Nda cukup weh beli barang dapur, hua2.

Seusai membeli belah, aku pun kembali ke bus stand (sekitar 5 petang) melilau penuh harapan jikalau ada bas yang ke Lagud Sebrang. Tangan dua2 'penuh' membawa barang. Huhh, aku terlepas bas. Syukur ada seorang pakcik tu yang balik ke Pertanian. Tumpang dengan dia lah. Lega sangat bila tanya tambang, dia jawap RM3 ja, ehe. Kalau dia minta RM5/RM10 ka, aku tak kisah juga. Tu lagi berbaloi dari teksi RM25. Boleh sampai KK tu kalau ikut Nui Luk..!

Tak rugi ikut pakcik tu sebab dapat ikut jalan2 masuk kampung yang belum pernah lagi aku masuk. Ada penumpang yang ingin dihantar. Tinjau2 mencuci mata, satu hipotesis terhasil. Bumi Tenom ini memang sangat subur. Pernah nampak dalam ladang sawit, ada kebun betik, kebun koko, ada kebun jagung, pisang & getah di sekitarnya? Betik tu tingginya mcam aku ja. Tapi dah lebat berbuah. Hasil kejuruteraan genetik / bioteknologi..  

Apapun, keperluan untuk dapur, sukan & meja pejabat dah aku beli. Esok kerja dah. Aku mahu meja kerja aku tampak lebih kemas sekemas orang yang duduk bekerja menghadap laptop ja hari2 situ. Aku mahu 'bersaing' dengan guru2 & kerani, meja siapa yang paling 'menawan' & 'ideal', muahua3!

Pada yang mula bekerja esok, selamat bekerja! Semoga kita dapat melaksana tugas kita dengan penuh semangat, menunaikan tanggungjawab kita dengan penuh rasa amanah.. ;D 

5 comments:

  1. uish, ko kerja suda ka?
    di mana ko kerja skrg ni?

    ReplyDelete
  2. Iya, kerja sudah bah deng.. Sini Tenom ni skrg, ehe.. Kau?

    ReplyDelete
  3. aku masih lagi belajar ni. tp sambil kerja jg la. hehe. napa jauh jg tpt ko kerja tu?

    ReplyDelete
  4. Ooo.. Sem brapa sudh? Pa jg kerja kau ni.. Bljr smbil kerja? ehe.. Pa bleh wat, rezeki dpt sini, ehe.. Jauh2 pun, Sabah masih bh jg, hua2..

    ReplyDelete
  5. next sem first sem second year. haha. baru lg ni. ok la bah tu, drpd aku, tenom pun belum smpi lg ni. haha. adalah kerja aku. underground punya kerja. haha.

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!