Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, April 30, 2010

Persatuan Blogger Sabah [PBS] di SabahKini.net

[DIKEMASKINI]


Alhamdulillah, minggu terakhir April ditempuh dengan jayanya. Target untuk menghantar keempat2 borang laporan selewat2nya hari Jumaat [hari ini] tercapai jua... Yeahhh! ;D

Aku fikir, bukan mudah melengkapkannya dengan kondisi diri aku sekarang. Aku bukan sakit tapi ada hal lain yang bercampur-baur. Huh, susah juga mau menjelaskannya tapi mungkin kerana aku ada ok sikit bila ada benda2 yang tetiba ja ni datang tanpa diduga. Contohnya tadi petang, tetiba blackout. Naseb laptop ku ni disambung dengan UPS [Universal Power Supply?]. Jadi, selamatlah bahan2 kerja aku tengah hari tadi. Pa yang kureng, mesin scanner dalam bilik Guru Besar tiada sambungan UPS. Uhu..

Oh, nanti sambung cerita tu. Sekarang aku mau bagitau [sikijap ja] yang aku dah menghantar permohonan untuk menjadi ahli di Persatuan Blogger Sabah [PBS] di laman SabahKini.net. Hingga saat aku menulis ni, aku masih belum jumpa maklumat rasmi dari sumber rasmi PBS tu sendiri. Nda mengapa, nanti ketemu juga tu, ehe..

Bawah ni screenshot aku mendaftar tu...

 

Boleh rujuk di sini:- [KLIK]


Dan dalam 11:30 malam gitu, permohonan aku telahpun diterima. Aku orang yang ke-175! Angka ganjil! Hua2! ;D



Info PBS boleh rujuk di sini: [KLIK]


Ok, sampai di sini ja dulu.. Esok ada aktiviti kemasyarakatan lagi dekat Masjid. Kem Solat oleh SK. Paguokon, sekolah tempat aku bertugas sekarang.. Nda tau lah napa diorang buat masa cuti umum Hari Pekerja ni.. Eemmm.. Papun, kepada semua yang bekerja / pekerja di Malaysia, Selamat Hari Pekerja sy ucapkan...! Moga kita dpt mmantapkn lg kualiti kerja kita & melaksananya dgn penuh rasa tanggungjawab.

v(^^,)

Wednesday, April 28, 2010

Curi masa...

Fuhh, lama nda cerita hal peribadi sini. Mungkin kali ni adalah masanya, ehe..

Sekarang ialah minggu terakhir bulan April. Secara kasar, aku dah empat bulan bertugas di SK. Paguokon, Tenom sebagai Fasilitator SchoolNet. Jawatanku adalah kontrak sehingga Disember tahun ini. Lapan bulan lagi tempoh masanya, ehe..

Dalam empat bulan ni, jadual hidup banyak berubah. Bukan berubah sangat dari segi masa tapi dari segi pengisian tu. Kalau dihitung2, beban tugasan yang perlu dibuat dalam setiap jam kerja sehari memang tidak cukup. Mungkin sebab idea terlalu banyak untuk buat itu ini sampai kadang kala tekanan sendiri. Ada syor supaya rangka pelan perancangan, jadual dan laksana ikut pelan tu. Owh, aku nda biasa yang itu kalau untuk peribadi punya. Kita bukannya tahu perkara2 yang berlaku di luar jangka ni. Jadi rentakku sekarang, ikut ja suasana persekitaran. Tidak perlu memaksa diri untuk ikut jadual yang dicipta sendiri. Nanti tekanan untuk memenuhinya.

Emm, empat bulan agak panjang di atas kertas. Tapi dirasa singkat di alam realiti. Perancangan umum yang mengikut arus perkembangan semasa bukannya banyak. Tapi bila masuk kepada pelaksanaan, ianya bercambah2 bertambah. Ni baru fokus tanggungjawab bekerja. Belum campur tanggungjawab lain di luar persekitaran kerja. Mungkin ini petanda yang aku memang seorang yang sibuk. Dan aku mampu menanggung tahap kesibukan yang Allah ujikan ini. Jika tidak, kamu tidak akan nampak aku sibuk di mana2... lol.

Ok lah untuk kali ni. Saja mencuri masa sebelum memulakan kerja yang seterusnya. Tolak hari ni, ada baki dua hari lagi hari bekerja. Minggu ni aku target aku dapat hantar borang penilaian Fasilitator SchoolNet (KPI), siapkan brosur seterusnya mengenai Panduan Ringkas Komputer Peribadi, siapkan dan hantar laporan kehadiran + laporan aktiviti selewat2nya hari Jumaat ni. Alhamdulillah, scanner sudah sedia untuk berkhidmat kepada aku, hua2.

Buat insan tersayang, syabas dan tahniah abg ucapkan sebab dah buat laman blog sendiri, sendiri2.. Yeahh! Selamat datang ke dunia Blogging, ehe.. Insya Allah abg tunjuk-ajar sebaik mungkin yang abg mampu.. ;')

Sampai di sini ja, jumpa lagi...! ;D

Tuesday, April 27, 2010

Chatzy.com: Alternatif untuk 'many-to-many chatting room' [01]

[Tulisan ini adalah berdasarkan latar belakang pengalaman penulis dan disediakan khas untuk warga SMATS]

PENDAHULUAN

Agenda 'Projek Alumni SMATS' untuk menubuhkan sebuah organisasi yang menjadi 'tunjang' kepada seluruh alumni SMATS khususnya, & warga SMATS amnya maju ke hadapan lagi. SMATS merupakan akronim bagi SMKA Tun Said, Kota Belud, Sabah, satu2nya sekolah menengah agama di bahagian utara negeri ini.

Agenda berkenaan memasuki episod baharu lagi di mana Ahli Jawatankuasa Majlis Penaja Organisasi Alumni SMATS telah dibentuk buat pertama kalinya secara rasmi. Fungsi majlis ini ialah untuk menjadi katalis kepada projek tadi iaitu menubuhkan sebuah organisasi alumni SMATS. Majlis ini menjadi pusat rujukan dan 'badan rasmi' untuk menggerakkan sebarang perancangan & melaksana keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam himpunan perancangan alumni SMATS.

Sejurus sahaja senarai nama ahli Majlis Penaja [MP] diumumkan secara rasmi di laman Facebook [FB] SMATS, misi untuk mencari medium perbincangan khusus di kalangan ahli MP digerakkan. Affendy Derisa diberikan tanggungjawab untuk mengetuai misi ini dengan bantuan & sokongan Ahmad Mauluddin Kastan, salah seorang alumni SMATS yang arif dengan selok-belok dunia perkomputeran. Bermula dengan chat di Yahoo, sehingga perbincangan tiga penjuru [Samizul-Affendy-Ahmad] di FB [mesej] yang berkongsi pengetahuan mengenai mIRC, Yahoo Mesengger [YM], Skype & Windows Live Mesengger [WLM]. Semua medium cuba diketengahkan & dinilai dari segala sudut supaya menjadi medium pilihan yang paling sesuai untuk Online Meeting. Akhirnya, kami berjaya menemui satu medium yang paling sesuai digunakan buat masa sekarang iaitu Chatzy.com [26 April 2010].


PENGENALAN

Chatzy.com merupakan suatu laman yang memberikan perkhidmatan ruang chatting yang bersifat many-to-many. Apa yang penting ialah, pautan room yang telah anda bina [create] itu perlu anda simpan [bookmark] & jemputan adalah melalui email. Email jemputan itu sangat penting bagi memudahkan login. Apa yang 'menakjubkan' kami ialah, ianya tidak perlu muat turun [download], pemasangan [installation] di sistem komputer anda dan mudah untuk digunakan..!

Chatzy.com menawarkan dua bentuk room untuk chatting iaitu Quick Chat [percuma] & Virtual Room [berbayar].

Maklumat lanjut, silalah melayari laman berkenaan di [KLIK].


PRO-KONTRA

Laman ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Sebagai contoh, ianya tidak secanggih medium chatting yang lain seperti YM, Skype & WLM [Google Talk di luar kajian sampel kami] & mempunyai had batasan terutama bila menggunakan Quick Chat.

Kami memilih Quick Chat di Chatzy.com kerana beberapa faktor. Pertama; majoriti e-mel ahli MP adalah dari Yahoo dan biasa menggunakan YM. Malangnya, Yahoo telah tidak membenarkan untuk pengguna membuat chatting room di YM [Rujuk: KLIK]

Kedua; Ahli MP adalah seramai 20 orang. Justeru, satu medium chatting room secara many-to-many & tertutup [privasi] diperlukan. WLM membenarkan untuk create chat group tapi ianya terhad sehingga 20 orang sahaja. Kami tidak memilih Skype kerana Extra [Oneeko & InnerPass File Sharing] dari Skype tidak berfungsi dengan baik semasa kami mengujinya. Mungkin masalah bandwith atau connection speed.

Ketiga; 'Web Connectivity' & Connection Speed juga menjadi isu. Bagi ahli MP yang menggunakan capaian internet melalui Wireless/LAN/Broadband kepunyaan Kerajaan seperti di Universiti / workplace, kemungkinan akses kepada laman2 chatting tadi disekat atau tidak kuat [downtime yang kerap].

Keempat; Kami memerlukan suatu medium yang ringkas dan mudah digunakan memandangkan banyak kekangan yang wujud pada setiap ahli MP. Kelebihan itu ada pada Chatzy.com. Untuk join, pengguna perlu tahu pautan [link] untuk room tu dan simpan invitation e-mail baik2. Apa yang perlu lagi sekarang bagi melicinkan lagi online meeting itu nanti ialah satu panduan [manual guideline] perlu diperhalusi dan dimaklumkan kepada semua agar etika perbincangan menjadi harmoni, fokus, lancar & yang penting, mencapai objektif mesyuarat.


Chatting Room bagi laman FB SMATS yang baru diwujudkan menggunakan Quick Chat: [KLIK]

Tulisan akan datang akan cuba membentangkan draf peraturan & etika [protokol] bagi online meeting Majlis Penaja Alumni SMATS.

Sebarang cadangan atau komen bolehlah ditujukan terus kepada saya.


MOHD. SAMIZUL BIN SAMAD
Pengerusi Majlis Penaja Alumni SMATS

27 April 2010

Baru : Alumni SMATS akan menggunakan Chatroll bagi menggantikan Chatzy yang telah dipadam. Kunjungi Chatroll Alumni SMATS di sini.

Sunday, April 25, 2010

Senarai Nama Ahli Majlis Penaja Organisasi Alumni SMATS

Mohd. Samizul bin Samad
D/A Fasilitator SchoolNet
Sekolah Kebangsaan Paguokon
Peti Surat 207, Jalan Lagud Sebrang
89908 Tenom, Sabah  


Kepada,

Seluruh warga SMKA Tun Said (SMATS)
Kota Belud, Sabah                                                                                                           
25 April 2010


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/Puan,


SENARAI NAMA AHLI MAJLIS JAWATANKUASA PENAJA (PENUBUHAN) ORGANISASI ALUMNI SMK AGAMA TUN SAID KOTA BELUD


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Sukacita dimakluman bahawa senarai nama Ahli Majlis Jawatankuasa Penaja Organisasi [sebelum ini disebut ’Persatuan’] Alumni SMK Agama Tun Said, Kota Belud telahpun dilengkapkan. Senarai nama berkenaan dilampirkan bersama surat ini.

03.       Tawaran ini dibuka kepada 31 orang alumni SMATS [buat permulaan], bermula 14/03/2010 dan tamat pada 14/04/2010 yang lalu. Asas pemilihan adalah seperti yang dinyatakan di laman:- http://msslawliet.blogspot.com/2010/03/exsmats-tawaran-sebagai-ahli-majlis.html.

04.       Sehubungan itu, sebarang agenda/makluman rasmi mengenai Alumni SMATS adalah diputuskan melalui Majlis Penaja ini buat masa sekarang. Diharap warga SMATS dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya.

05.       Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan terus kepada saya atau melalui laman:-
http://www.facebook.com/group.php?gid=159730955862. Laman sesawang ini adalah laman tidak rasmi SMATS di laman sosial, Facebook. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.
           

Saya yang menjalankan tugas,




MOHD. SAMIZUL BIN SAMAD
Pengerusi Majlis Penaja Alumni SMATS


SK.       -Fail


Lampiran

1.    Affendy bin Derisa
2.    Anwar bin Hasanudin
3.    Datu Faisal Datu Liman
4.    Erniza binti Zamanhuri
5.    Faiqah Basyirah binti Che Hamzah
6.    Mohd Firdaus bin Laugan
7.    Mohd Hanafiah bin Raplis
8.    Mohd Nawal bin Ahmad Karim
9.    Mohd. Safwan bin Rusydi
10.  Mohd. Samizul bin Samad
11.  Munir bin Onong
12.  Nadzurah binti Che Hamzah
13.  Norayah binti Kahar
14.  Norazielah binti Raplis
15.  Nurul Faiza Nadwa binti Saudey
16.  Nurul Hamimi binti Awang Japilan
17.  Nurshaillah Rizzana binti Amarisner
18.  Shahira binti Hindua
19.  Siti Afieza binti Soud
20.  Wan Zainuddin bin Aliaspar

Friday, April 23, 2010

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Owh, sudah lama nda mengemas kini blog kesayangan ni.. Kalau orang ni, lama sudah mengkali majuk2, muahua3!

Maaf wat peminat semua sebab lama nda isi apa2 sini. Blog sebaik2nya paling kurang, dikemas kini seminggu sekali. Bukan kemas kini dengan login ja a, ehe..

Buat permulaan ni, aku mau pos ringkas ja. Aku mau kongsi dengan semua kenalan contoh kertas kerja program. Boleh juga jadi panduan buat mereka yang ingin merancang aktiviti. Dewasa kini, ramai kenalan yang merancang untuk berprogram. Ada yang alumni (reunion), ada yang di kampus, ada juga yang bersifat kemasyarakatan. Kurang2, ilmu yang aku sampaikan ni, menjadi amal kebajikan yang menyumbang pahala berterusan buat semua yang mengamalkannya.. ;)

Ok, di bawah ni ada pautan kertas kerja tu. Ubahsuai lah ikut kesesuaian tema program kamu ya.. Ni antara kertas kerja terbaik yang pernah aku buat dan lengkapkan. Aku pilih kertas kerja ni sebab ni lah program kemahasiswaan - yang aku terlibat secara langsung - yang terakhir di alam kampus dulu.. =)

Moga bermanfaat buat semua dan kalau ada apa, jangan lupa komen ya..! Enjoy..! v(^^,)


Klik imej di bawah untuk memulakan muat turun.



Nota: Sekiranya akses disekat, sila gunakan pautan ini [#01]

Baca juga: 

- PANDUAN MENULIS KERTAS KERJA
- PANDUAN PENULISAN ANGGARAN BELANJAWAN
- PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT
- PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK / AKTIVITI
Baru!
- CONTOH KERTAS KERJA BENGKEL BLOG

Friday, April 09, 2010

Siapa ambil ayam itu..?

"Aik, napa piring ni.. Semacam ja..", getus hatiku bila pertama kali memandang ke arah meja (buatan sendiri) yang menjadi meja makan kami..

Semalam tertutup rapat. Sekarang terturun sikit penutupnya. Lebih mengejutkan, bila aku amati betul2 piring tu, isi di dalamnya.... Aahhh..!!!

Terasa mula tidak sedap badan.. Fikiran berpusing2 melayang2 memutar imbasan memori waktu2 sebelum berlakunya kejadian 'Pelik Tapi Benar' ini.

Ingatanku masih jelas, piring tu tertutup rapat. Logikku masih waras, memang hanya aku seorang di rumah semalam. Firasatku mula celaru bercampur keliru.. Intuisiku, semacam buntu..

Pintu2, memang berkunci dan dikunci. Tingkap yang bergeriji itu, hanya satu yang terbuka sedikit untuk mengeluarkan asap dari dapur. Sah! Ada sesuatu yang luar dari kebiasaan telah berlaku..

BEBERAPA JAM SEBELUM ITU...

Persiapan telah disedia sebaiknya. Makanan beku, telah cukup mencair. Tepung untuk menggoreng ala2 kentaki masih berbaki. Telur masih lebih dari cukup untuk diadun dengan daging lembut dan tepung tadi. 

Minyak begitu juga. Masih ada sebungkus jenama Apple. Tinggal tunggu aku ja untuk memulakan segalanya. Ya, 'operasi' memasak ayam kentaki resipi mijul..! xD

Muahua3. Aku cukup gembira sebab dapat masak dan makan ayam goreng yang 98% adalah isi. Sebelum ni, banyak hancurkan tulang untuk mencari isi. Nyum3, dengan resipi yang aku cipta (ujikaji) sendiri, ianya memang menyelerakan (aku). Cuma sayang, stok sos telah habis.

Aahh, sembur dengan serbuk lada hitam pun jadilah, hua2. Lagipun ikan masin yang dimasak bos (GB) tengahari tadi masih ada.

Selesai menggoreng, aku pun menghidang untuk diri sendiri. Makan sendiri2, kemas dapur sendiri2. Aku keseorangan. Jiran sebelah yang paling dekat, selalu keluar balik lewat malam. Jiran sebelah yang satu lagi (dekat sikit), ada di rumah tapi hanya sunyi yang kedengaran. Rumah tu memang selalu sunyi.

AWAL PAGI INI...

Aku betul2 mendapat surprise selepas bangun. Mulanya, aku tidak percaya apa yang aku nampak sebab kepala masih terasa berat sebab baru bangun (kesan lewat tidur)..Mamai2 gitu..

(Seketul) Ayam goreng baki dari yang aku makan semalam telah hilang...!!! Saiz paling besar punya lagi tu. Aku hanya dapat makan yang kecil2 sebab kekenyangan. Yang tinggal, hanya keropok2nya. Ayam tu lesap tanpa sebarang jejak. Macam magis. Magis sungguh!

Aku kebingungan. Mengamati sekeliling dan mula memeriksa kawasan sekitar. Pertama sekali, bahagian depan rumah ditinjau. Pintu memang berkunci. Tapi awal2 aku buka sebab budak2 (sekolah) selalu datang minta kunci pejabat (bila aku terlewat). Tingkap depan terbuka sedikit untuk keluarkan asap. Asap dari menggoreng yang tersumbat di dalam rumah. Kemudian, aku ke dapur..

Huuhhh...! Tetiba pula aku rasa seram sejuk. Aku kuatkan mata mengamati, berkerut2 memandang suasana sekitar. Kot2 ada tikus giant kah yang rembat ayam goreng sebesar 3/4 tapak tanganku bila dibuka. Ataupun, kucing hutan yang memang nalurinya liar. Tidak takut2 untuk menceroboh dan mencuri makanan. Aku mencari2 juga tulang atau apa2 sisa tinggalan suspek.

Aku kecewa. Tiada sisa di sekitar tempat yang disyaki menjadi laluan. Ia hilang macam orang buka penutup, ambil ayam dan blah. Kalau haiwan, ada tanda2 berterabur atau tanda haiwan tu datang. Piring ni hanya terbuka sedikit, ngam2 untuk mengambil ayam tu keluar..

Hu5, betul2 menggilakan. Selama tiga bulan aku tinggal di rumah ni, ni lah kejadian pertama yang betul2 menganggu emosi, misteri penuh teka-teki. Aku cuba untuk tidak berfikir yang bukan2 dan mengambil langkah proaktif mempositifkan daya fikir, akal dan rasional. Apakah ini suatu lawak jenaka atau kebenaran yang halus tersirat di balik kenyataan.

Siapa agaknya yang ambil ayam goreng ku itu...?

Oh, ku mengharap ini bukanlah suatu permulaan untuk skrip Fail xXx berulang.

Thursday, April 08, 2010

WORLD OSH DAY 2010

WORLD OSH DAY 2010 :

28 April 2010 (Wednesday)
NIOSH, Bandar Baru Bangi
8:00AM - 5:00PM


Everybody is invited to join. Registration is FREE. For more information and registration, kindly visit the World OSH Day 2010 website at http://www.niosh.com.my/oshday/
 
Many prizes are waiting to be given away such as notebook, iPod and many more.
 
Don't mis out this event, register now..
 
Mystery GIFT also provided for OSH Wheel of Dream!

Monday, April 05, 2010

Myza BlogShop: "Serve You Better"

Assalam semua buat para pengunjung setia & pembaca MSS LaWLiET.. :]

Entri kali ni aku nak promo buat kenalan semua pasal satu BlogShop yang baru di senarai Follower ku.

BlogShop tu ada jual beberapa jenis tudung dan selendang. Antaranya; Anak Tudung Bonet, Tudung Bawal, dll. Mungkin ada juga produk lain yang berkait dengan tudung seperti aksesorinya (keronsang dll) tapi nda pula aku nampak lagi..

Jadi mana2 yang berminat, bolehlah usyar2 dulu kat: [SINI]

Aku pun bercadang juga untuk menghadiahkan sesuatu buat si dia di UMS sana.. Oupsz.. x>

Ohya, mungkin ada yang tertanya2 kenapa aku tetiba buat entri khas ni untuk promo pasal BlogShop tu walhal sebelum ni ada dah beberapa tetamu yang promo iklan diorang tapi nda pula aku buat 'pengumuman khas'..

Nak tahu kenapa? Alaa, buatlah 'siasatan' sikit.. Baru tahu & faham.. lol

Insya Allah dalam entri akan datang, aku akan buat promo untuk iklan sebelum ni yang dah jauh ditinggal.. Nampak adil lah juga kan..

Namun yang penting, aku promo BlogShop ni sebab ada beberapa aspek yang aku rasa istimewa & berkenan..

Tak faham juga? Nah bagi kata kunci buat korang.. "About Me".

Semoga berjaya 'menyelesaikannya' dan buat Myza, syabas atas usaha berani menceburi bidang keusahawanan (+Blogging x]) dan semoga terus berjaya & berkembang perniagaan anda..

SELAMAT MAJU JAYA...! ;D

Friday, April 02, 2010

Bahasa Kebangsaan lebih dijiwai di Malaysia Timur?

1. Tulisan ni hanyalah bersifat peribadi dan ingin berkongsi pandangan sahaja. Justeru, aku tidak bimbang jika ianya tidak popular di kalangan pihak yang sewajarnya. Biasalah, persekitaran sosial di Malaysia ini membelakangkan bab2 begini terutamanya di kalangan muda-mudi. Muda-mudi sekarang majoritinya benar2 menggunakan 'masa penuh upaya' ini untuk mencapai segala keseronokan yang khusus ada di zaman muda remaja. Hiburan salah satu contohnya.

2. Ada pihak yang berbeza sedikit pandangan mengenai perkataan 'Bahasa Kebangsaan' itu. Antara alasan mereka, jiwa mereka tidak bersifat 'kebangsaan'. Pada aku, ada sisi yang betul (boleh diterima) dan ada sisi yang perlukan 'toleransi' kerana tidak dapat menerimanya. Justeru, kita mahu sebut Bahasa Melayu itu sebagai bahasa apa di peringkat nasional? Bahasa Negara / Bahasa Nasional?

3. Apa beza Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia? Jujurnya, aku tiada fakta konkrit untuk menghurai dan menyokong pendapat sedia ada aku. Justeru, perbetulkan jika aku silap. Pada aku, Bahasa Melayu ini lebih kepada penggunaan ayat2 atau perkataan2 yang masih bernilai 'tradisi'/baku. Manakala Bahasa Malaysia pula adalah Bahasa Melayu yang dimodenkan dan wujud penambahan istilah, perkataan dsbnya yang menjadikan Bahasa Melayu itu terus bertahan, berkembang dan relevan. Sebagai contoh, kalau aku guna ayat 'Dasar Kerahsiaan', maka sandaranku ialah Bahasa Melayu. Jika aku guna 'Dasar Privasi', maka sandaranku ialah Bahasa Malaysia. Kedua2nya adalah terpakai. Justeru, para politikus tidak harus mempolitikkan isu ini.

4. Dimanakah Malaysia Timur ini? Jika ada yang menjawab 'Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah..', aku fikir ianya kurang tepat. Apa yang lebih tepat ialah, Negeri Sabah Di Bawah Bayu & Sarawak Bumi Kenyalang adalah Malaysia Timur. Bukankah kedua2 negeri ini terletak di Negara Malaysia / Persekutuan Malaysia? Asal Persekutuan Malaysia ialah Persekutuan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak. Persekutuan Malaysia tidak akan terbentuk jika Sabah & Sarawak tidak bersetuju bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1960-an dahulu.

5. Baik, selesai untuk menjelaskan isi tersebut. Kita sudah belajar, sejak penubuhan Malaysia ini, ada beberapa perkara yang diwujudkan bagi membuktikan maruah dan daulat negara. Sebagai contoh, Bendera Kebangsaan, Lagu Negaraku, Jata Negara, Bunga Kebangsaan sehinggalah ke Bahasa Kebangsaan, semuanya bertujuan untuk menyemai & memupuk rasa cinta akan perpaduan / bersatu-padu yang dirintis oleh pemimpin terdahulu buat generasi masa depan yang mendiami Tanah Malaysia ini. Walau kita dipisahkan dek Laut China Selatan, patriotik dan sayangkan negara kita tetap ada & utuh. Begitulah yang ideal.

6. Mengapa aku berpendapat Bahasa Kebangsaan itu lebih dijiwai di Malaysia Timur? Aku berpendapat sedemikian berdasarkan pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini. Aku tidak pernah menginjak kaki ke Semenanjung Malaysia. Tapi syukur dengan kemudahan & teknologi sedia ada, aku dapat berjumpa dan berhubung dengan kenalan dari sana. Malah, agak ramai juga rakan2 ku yang berasal dari pelbagai negeri di semenanjung. Ada orang Johor, Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Perak... Rasa bertuah dapat berkenalan dengan mereka semua.

7. Sepanjang perkenalan dan berhubungan dengan mereka ini, ada yang masih pelat bahasa tempatannya. Terutamanya orang kelante, orang nganu, dan orang utara. Pelat mereka memang unik dan berbeza antara satu sama lain. Begitu juga di Sabah, satu kaum sahaja sudah mencapai puluhan sub-kaum / sub-etnik.

8. Apa yang menarik ialah, bila aku berkomunikasi di kalangan Sabahan, kami menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu cakap Sabah (Bahasa Melayu Sabah?) sebagai bahasa pengantar. Sangat jarang sekali unsur2 bahasa asing iaitu bahasa om putih (English). Tapi sebaliknya akan berlaku jika berkomunikasi dengan mereka yang berasal dari semenanjung ini, yang jarang menggunakan bahasa (dialek) tempatan mereka atau 'bahasa melayu standard'. Selalu sangat jumpa bahasa rojak ini bila berhubungan dengan mereka. Ini mewujudkan bahasa baru iaitu Bahasa Manglish (Malaysian English) yang bersifat rojak. Ini secara tidak langsung menghancurkan jati diri dan identiti kedua2 bahasa itu masing2. Formal tidak formal mungkin boleh dikemudiankan tapi fenomena ini semakin membudaya.

9. Sebab itu bila Melayu jumpa Cina atau India, maka speaking lah jawabnya.. Lebih2 lagi di kalangan Cina dan India. Nak cakap bahasa yang menjadi wadah perpaduan & jati diri di kalangan rakyat Malaysia ini pun segan dan dilihat kolot. Adakah pemimpin masa lalu di awal pembentukan Malaysia telah tersilap congak memilih Bahasa Melayu?

10. Mungkin ini jawapannya; Bumiputera ketinggalan dalam bidang penguasaan bahasa itu.. Bukan semua tapi masih ramai yang 'ya'..


MSS: I like English (U.S). I LOVE BM.. ;')    

Lunascape 6 Orion

1. Ketika tengah syok2 melayari laman syok.org, aku terpandang satu artikel bertajuk "Lunascape 6 Orion (Browser terbaik)". Oleh kerana aku 'penggemar' eksperimentasi macam2 browser (pelayar web) & juga kipas-susah-mati Mozilla Firefox, maka aku pun menekadkan diri untuk memuat turun browser ni. Belum pernah lagi aku mendengar 'jenama' browser ni. Kalau Luna Moonfag dalam DotA, itu besa aja', hua2.

2. Seperti biasa sebelum memuat turun aplikasi ni, aku baca2 dulu apa yang menarik pasal browser ni. Emm, yang lain sama ja promosi terpantas, paling ringan, paling laju dll.. Tapi apa yang betul2 menarik ialah mengenai teknologi Triple Engine & Triple Add-on yang wujud dalam browser ni.

3. Dengan adanya teknologi ini, maka browser ini berkeupayaan untuk menonjolkan prestasi, kelajuan dan sedikit-sebanyak ciri yang ada pada browser2 popular (pilihan utama) yang lain seperti Internet Explorer (IE), Mozilla Firefox, Safari, Google Chrome.

4. Waah, camna boleh jadi camtu? Sebab, Lunascape = IE (Trident) + Mozilla (Gecko) + Safari & Chrome (Webkit). Ini bermaksud, Lunascape boleh 'membaca' & 'mempamer' kandungan web seperti 'bacaan & cara pamer' IE, Mozilla, Safari & Chrome! Trident adalah cara 'baca & pamer' bagi IE & begitulah seterusnya..

5. Ok, tanpa membuang masa aku pun memuat turun aplikasi ni. Setelah selesai, install. Install ni makan masa bila aplikasi memuat turun Gecko plugin & Webkit plugin. Jadi, pastikan sambungan internet semasa memuat turun stabil & laju.

6. Jadi, kepada mana2 yang ingin mencuba sendiri keunikan browser ini, silakan dan jangan lupa bagi komen ya.. Alamilah perbezaannya..!






Nah ni lah artikel tu. Kredit buat Sheikhnasir[at]syok.org

Thursday, April 01, 2010

Istirehat...

Oh, masa berlalu begitu pantas. Umpama mimpi dalam mimpi, tentu mimpi nan indah yang singkat dirasa 'gantung'. Baru sahaja bercuti, sekarang cuti datang lagi. Minggu ni, hanya tiga hari ja aku bekerja. Tiga hari seperti tiga jam; tiga jam di dalam dewan peperiksaan.

Terasa tidak puas pula bekerja minggu ni. Pelik bukan, ehe. Sebenarnya, masih banyak tugasan yang perlu dibuat di tempat kerja. Mahu bawa balik ke rumah; DotA menunggu, movies menanti, dan tilam yang empuk seperti memanggil2 untuk 'melayar bahtera'. Ini semua tidak terpandang di tempat kerja.



Lantas, masa beristirehat dimanfaat secukupnya dirumah. Buat bekalan mencergaskan fizikal & fikiran. Di tempat kerja, sebotol 5ooml air belum tentu habis diminum. Tapi bila dirumah, dalam masa enam jam pertama sahaja 1.5L air habis diminum. Malah tuyung lagi..

Mulai esok, akan ada Pesta Kalimaran & Hari Terbuka Taman Pertanian Sabah. Pesta Kalimaran ni macam Pesta Kaamatan. Kalau Kaamatan khas untuk masyarakat kaum Kadazan & Dusun, Kalimaran pula khas untuk masyarakat kaum Murut. Itu info yang aku dengar2. Masih ada lagi input yang lain tapi lain masa lah aku tulis sini.




Kalau Hari Terbuka tu pula, ianya berlangsung beberapa kali dalam setahun. Ikut kemahuan pengurusan taman lah camna. Yang paling meriah, masa ngam2 musim buah. Khabarnya, pengunjung bebas makan, memanjat, mengambil, menjolok mana2 buah yang ada di dalam taman sepuas2nya. Cuma satu, jangan tapau bawa balik rumah. Nanti bersifat komersial pula, ehe. Makanlah sepuas2nya buah2an tempatan di sana. Itulah hasil penat-lelah mereka yang berbudi kepada tanah. Kurniaan Yang Maha Esa..

Dan aku bercadang, masuk melawat ke Hari Terbuka tu mulai esok. Boleh ambil pengalaman naik keretapi mini pusing2 seluruh taman yang cukup luas tu. Ada taman buah, ada taman bunga.. Pa yang lagi penting, F.O.C*, ehe.

Kalimaran pula, emmm datang kejap ja' lah tengok suasananya camna.. Lagipun pesta tu hanya setahun sekali. Kalau tiada rezeki lagi sini, payahlah peluang aku untuk datang meninjau2 lagi pesta tu di lain masa..

Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.. ^^,



Taman ni terletak di belakang rumah (tumpang) ku ni ja, ehe..



*Free of Charge