Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, April 02, 2010

Bahasa Kebangsaan lebih dijiwai di Malaysia Timur?

1. Tulisan ni hanyalah bersifat peribadi dan ingin berkongsi pandangan sahaja. Justeru, aku tidak bimbang jika ianya tidak popular di kalangan pihak yang sewajarnya. Biasalah, persekitaran sosial di Malaysia ini membelakangkan bab2 begini terutamanya di kalangan muda-mudi. Muda-mudi sekarang majoritinya benar2 menggunakan 'masa penuh upaya' ini untuk mencapai segala keseronokan yang khusus ada di zaman muda remaja. Hiburan salah satu contohnya.

2. Ada pihak yang berbeza sedikit pandangan mengenai perkataan 'Bahasa Kebangsaan' itu. Antara alasan mereka, jiwa mereka tidak bersifat 'kebangsaan'. Pada aku, ada sisi yang betul (boleh diterima) dan ada sisi yang perlukan 'toleransi' kerana tidak dapat menerimanya. Justeru, kita mahu sebut Bahasa Melayu itu sebagai bahasa apa di peringkat nasional? Bahasa Negara / Bahasa Nasional?

3. Apa beza Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia? Jujurnya, aku tiada fakta konkrit untuk menghurai dan menyokong pendapat sedia ada aku. Justeru, perbetulkan jika aku silap. Pada aku, Bahasa Melayu ini lebih kepada penggunaan ayat2 atau perkataan2 yang masih bernilai 'tradisi'/baku. Manakala Bahasa Malaysia pula adalah Bahasa Melayu yang dimodenkan dan wujud penambahan istilah, perkataan dsbnya yang menjadikan Bahasa Melayu itu terus bertahan, berkembang dan relevan. Sebagai contoh, kalau aku guna ayat 'Dasar Kerahsiaan', maka sandaranku ialah Bahasa Melayu. Jika aku guna 'Dasar Privasi', maka sandaranku ialah Bahasa Malaysia. Kedua2nya adalah terpakai. Justeru, para politikus tidak harus mempolitikkan isu ini.

4. Dimanakah Malaysia Timur ini? Jika ada yang menjawab 'Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah..', aku fikir ianya kurang tepat. Apa yang lebih tepat ialah, Negeri Sabah Di Bawah Bayu & Sarawak Bumi Kenyalang adalah Malaysia Timur. Bukankah kedua2 negeri ini terletak di Negara Malaysia / Persekutuan Malaysia? Asal Persekutuan Malaysia ialah Persekutuan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak. Persekutuan Malaysia tidak akan terbentuk jika Sabah & Sarawak tidak bersetuju bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1960-an dahulu.

5. Baik, selesai untuk menjelaskan isi tersebut. Kita sudah belajar, sejak penubuhan Malaysia ini, ada beberapa perkara yang diwujudkan bagi membuktikan maruah dan daulat negara. Sebagai contoh, Bendera Kebangsaan, Lagu Negaraku, Jata Negara, Bunga Kebangsaan sehinggalah ke Bahasa Kebangsaan, semuanya bertujuan untuk menyemai & memupuk rasa cinta akan perpaduan / bersatu-padu yang dirintis oleh pemimpin terdahulu buat generasi masa depan yang mendiami Tanah Malaysia ini. Walau kita dipisahkan dek Laut China Selatan, patriotik dan sayangkan negara kita tetap ada & utuh. Begitulah yang ideal.

6. Mengapa aku berpendapat Bahasa Kebangsaan itu lebih dijiwai di Malaysia Timur? Aku berpendapat sedemikian berdasarkan pengalaman beberapa tahun kebelakangan ini. Aku tidak pernah menginjak kaki ke Semenanjung Malaysia. Tapi syukur dengan kemudahan & teknologi sedia ada, aku dapat berjumpa dan berhubung dengan kenalan dari sana. Malah, agak ramai juga rakan2 ku yang berasal dari pelbagai negeri di semenanjung. Ada orang Johor, Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Terengganu, P. Pinang, Perak... Rasa bertuah dapat berkenalan dengan mereka semua.

7. Sepanjang perkenalan dan berhubungan dengan mereka ini, ada yang masih pelat bahasa tempatannya. Terutamanya orang kelante, orang nganu, dan orang utara. Pelat mereka memang unik dan berbeza antara satu sama lain. Begitu juga di Sabah, satu kaum sahaja sudah mencapai puluhan sub-kaum / sub-etnik.

8. Apa yang menarik ialah, bila aku berkomunikasi di kalangan Sabahan, kami menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu cakap Sabah (Bahasa Melayu Sabah?) sebagai bahasa pengantar. Sangat jarang sekali unsur2 bahasa asing iaitu bahasa om putih (English). Tapi sebaliknya akan berlaku jika berkomunikasi dengan mereka yang berasal dari semenanjung ini, yang jarang menggunakan bahasa (dialek) tempatan mereka atau 'bahasa melayu standard'. Selalu sangat jumpa bahasa rojak ini bila berhubungan dengan mereka. Ini mewujudkan bahasa baru iaitu Bahasa Manglish (Malaysian English) yang bersifat rojak. Ini secara tidak langsung menghancurkan jati diri dan identiti kedua2 bahasa itu masing2. Formal tidak formal mungkin boleh dikemudiankan tapi fenomena ini semakin membudaya.

9. Sebab itu bila Melayu jumpa Cina atau India, maka speaking lah jawabnya.. Lebih2 lagi di kalangan Cina dan India. Nak cakap bahasa yang menjadi wadah perpaduan & jati diri di kalangan rakyat Malaysia ini pun segan dan dilihat kolot. Adakah pemimpin masa lalu di awal pembentukan Malaysia telah tersilap congak memilih Bahasa Melayu?

10. Mungkin ini jawapannya; Bumiputera ketinggalan dalam bidang penguasaan bahasa itu.. Bukan semua tapi masih ramai yang 'ya'..


MSS: I like English (U.S). I LOVE BM.. ;')    

2 comments:

  1. ternyata betul...gua stuju.....ehh...saya setuju..kekekeke...

    ReplyDelete
  2. Trimas2.. Ehh? Terima kasih x2, ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!