Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, April 09, 2010

Siapa ambil ayam itu..?

"Aik, napa piring ni.. Semacam ja..", getus hatiku bila pertama kali memandang ke arah meja (buatan sendiri) yang menjadi meja makan kami..

Semalam tertutup rapat. Sekarang terturun sikit penutupnya. Lebih mengejutkan, bila aku amati betul2 piring tu, isi di dalamnya.... Aahhh..!!!

Terasa mula tidak sedap badan.. Fikiran berpusing2 melayang2 memutar imbasan memori waktu2 sebelum berlakunya kejadian 'Pelik Tapi Benar' ini.

Ingatanku masih jelas, piring tu tertutup rapat. Logikku masih waras, memang hanya aku seorang di rumah semalam. Firasatku mula celaru bercampur keliru.. Intuisiku, semacam buntu..

Pintu2, memang berkunci dan dikunci. Tingkap yang bergeriji itu, hanya satu yang terbuka sedikit untuk mengeluarkan asap dari dapur. Sah! Ada sesuatu yang luar dari kebiasaan telah berlaku..

BEBERAPA JAM SEBELUM ITU...

Persiapan telah disedia sebaiknya. Makanan beku, telah cukup mencair. Tepung untuk menggoreng ala2 kentaki masih berbaki. Telur masih lebih dari cukup untuk diadun dengan daging lembut dan tepung tadi. 

Minyak begitu juga. Masih ada sebungkus jenama Apple. Tinggal tunggu aku ja untuk memulakan segalanya. Ya, 'operasi' memasak ayam kentaki resipi mijul..! xD

Muahua3. Aku cukup gembira sebab dapat masak dan makan ayam goreng yang 98% adalah isi. Sebelum ni, banyak hancurkan tulang untuk mencari isi. Nyum3, dengan resipi yang aku cipta (ujikaji) sendiri, ianya memang menyelerakan (aku). Cuma sayang, stok sos telah habis.

Aahh, sembur dengan serbuk lada hitam pun jadilah, hua2. Lagipun ikan masin yang dimasak bos (GB) tengahari tadi masih ada.

Selesai menggoreng, aku pun menghidang untuk diri sendiri. Makan sendiri2, kemas dapur sendiri2. Aku keseorangan. Jiran sebelah yang paling dekat, selalu keluar balik lewat malam. Jiran sebelah yang satu lagi (dekat sikit), ada di rumah tapi hanya sunyi yang kedengaran. Rumah tu memang selalu sunyi.

AWAL PAGI INI...

Aku betul2 mendapat surprise selepas bangun. Mulanya, aku tidak percaya apa yang aku nampak sebab kepala masih terasa berat sebab baru bangun (kesan lewat tidur)..Mamai2 gitu..

(Seketul) Ayam goreng baki dari yang aku makan semalam telah hilang...!!! Saiz paling besar punya lagi tu. Aku hanya dapat makan yang kecil2 sebab kekenyangan. Yang tinggal, hanya keropok2nya. Ayam tu lesap tanpa sebarang jejak. Macam magis. Magis sungguh!

Aku kebingungan. Mengamati sekeliling dan mula memeriksa kawasan sekitar. Pertama sekali, bahagian depan rumah ditinjau. Pintu memang berkunci. Tapi awal2 aku buka sebab budak2 (sekolah) selalu datang minta kunci pejabat (bila aku terlewat). Tingkap depan terbuka sedikit untuk keluarkan asap. Asap dari menggoreng yang tersumbat di dalam rumah. Kemudian, aku ke dapur..

Huuhhh...! Tetiba pula aku rasa seram sejuk. Aku kuatkan mata mengamati, berkerut2 memandang suasana sekitar. Kot2 ada tikus giant kah yang rembat ayam goreng sebesar 3/4 tapak tanganku bila dibuka. Ataupun, kucing hutan yang memang nalurinya liar. Tidak takut2 untuk menceroboh dan mencuri makanan. Aku mencari2 juga tulang atau apa2 sisa tinggalan suspek.

Aku kecewa. Tiada sisa di sekitar tempat yang disyaki menjadi laluan. Ia hilang macam orang buka penutup, ambil ayam dan blah. Kalau haiwan, ada tanda2 berterabur atau tanda haiwan tu datang. Piring ni hanya terbuka sedikit, ngam2 untuk mengambil ayam tu keluar..

Hu5, betul2 menggilakan. Selama tiga bulan aku tinggal di rumah ni, ni lah kejadian pertama yang betul2 menganggu emosi, misteri penuh teka-teki. Aku cuba untuk tidak berfikir yang bukan2 dan mengambil langkah proaktif mempositifkan daya fikir, akal dan rasional. Apakah ini suatu lawak jenaka atau kebenaran yang halus tersirat di balik kenyataan.

Siapa agaknya yang ambil ayam goreng ku itu...?

Oh, ku mengharap ini bukanlah suatu permulaan untuk skrip Fail xXx berulang.

3 comments:

  1. Mungkin juga kamu yang makan.. tetapi terlupa atau pun kamu makan semasa tido :D

    ReplyDelete
  2. ->Fadzmie: Deng, nda pernah aku dgr toyol curi mkn ayam.. Curi duit pernah lah, hua2

    ->Anif: Tiada sisa tulang dijumpai di mana2. Ayam tu besar, uhu3.. Seram gilak wei.. ~_~

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!