Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 02, 2010

Avira Antivir Rescue System 3.6.9

PC atau notebook boleh lumpuh jika diserang teruk oleh malware. Antara tanda2nya, proses 'boot' tidak normal atau tidak dapat dijalankan. Ini menyebabkan pengguna tidak dapat memasuki sistem operasi [OS] terutamanya Windows. Puncanya, mungkin disebabkan perisian antivirus gagal dikemaskini atau kecuaian pemilik komputer tersebut. Jika antivirus gagal berfungsi, usaha menyelamat dengan perisian khas [seperti Avira Antivir Rescue System 3.6.9] mungkin diperlukan.


INFO PERISIAN

Nama: Avira Antivir Rescue System 3.6.9

Pembangun: Avira GmbH

Lesen: Percuma [Freeware]

Saiz: 64.1 MB

Sistem operasi: Windows [semua versi]

Tapak web:
 http://www.free-av.com/en/tools/12/avira_antivir_rescue_system.html

Sumber lain: softpedia.com


Perisian penyelamat ini boleh menolong memulihkan sistem yang gagal menjalani proses 'boot'. Menerusinya, pengguna boleh scan dan delete malware yang dikesan. Selepas itu, pengguna boleh melaksanakan operasi seperti memulihkan kerosakan atau menyelamatkan data penting. Apabila sistem menjalani proses 'boot' menerusi perisian ini, pengguna boleh mengakses pemacu sistem dan segala muatannya. Jadi, malware yang suka menyorok mungkin boleh dikesan dengan bantuan definisi terkini yang melengkapinya.

Nota: CD / DVD lebih sesuai digunakan kerana fail yang ditulis padanya kekal atau sukar dipadam. Selain itu, CD lebih sesuai berbanding DVD kerana pemacu DVD tidak melengkapi komputer lama. Sementara storan USB boleh dijadikan penyelamat untuk kebanyakan netbook; yang biasanya tidak dilengkapi pemacu CD / DVD dalaman.


Setelah selesai proses muaturun, fail tadi adalah dalam format .exe. Double-click fail berkenaan dan satu tetingkap baru meminta anda untuk merakamnya [burn] dengan memilih perisian perakam yang sesuai.

Muaturun CDBurnerXP di sini: http://cdburnerxp.se/en/download

Jika anda tidak mahu merakamnya, tekan butang Exit dan Save fail tadi dalam format ISO. Ini membolehkan anda merakam fail ISO tadi pada CD / DVD atau pemacu USB.

Muaturun pemacu USB [UNetbootin 3.93] di sini: http://unetbootin.sourceforge.net/

Semoga berjaya! v(^^,)

Rujukan: Majalah PC, Edisi Mei 2010

[Tutorial lanjut cara penggunaannya boleh diikuti di Majalah PC edisi Mei 2010]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!