Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, May 23, 2010

Cetusan idea: 'Mari mengumpat' [02]

*Speaking

Masa untuk serita pikiran sendiri.

Apa ya isu menarik kali ni untuk dicakap? Isu semasa macam siuk ja. Bulih tahan banyak juga serita yang Gaman mau kasitau ni. Maklumlah, mau sebulan sudah tiada serita peribadi ni, ehe.

Ok macam besa, Gaman sentuh sikit dulu pasal isu nasional. Memang tu 'hobi' dan 'bakat terpendam' Gaman. Sentuh isu nasional, tercenderung juga sekali-sekala bab politik. Pada Gaman, politik ini ada di dalam apa-apa isu ja. Politik berkait-rapat dengan kepimpinan. Manusia dicipta untuk mentadbir alam ini sesuai dengan anugerah yang diberi oleh Allah s.w.t. Justeru, kehidupan manusia itu sendiri adalah suatu intipati / 'manifestasi' politik.

Apa yang membezakannya ialah amalan dan tindakan dalam interaksi urusan kehidupan itu tadi. Ada politik 'anti-fitrah', ada politik 'fitrah'.

Owh panjang pula mukaddimah ni, hua2.

Pertama sekali, Gaman ingin mengucapkan Selamat Hari Guru Malaysia kepada semua warga pendidik tidak kira di mana jua anda berada.

Kemudian, syabas diucapkan kepada calon yang memenangi Pilihanraya Kecil Sibu baru-baru ni. Berkhidmat untuk rakyat dengan baik, secara literalnya melaksana apa yang dituntut oleh Agama.

Isu seterusnya, ialah isu lesen judi sempena Piala Dunia 2010. Gaman pikir, semua tahu apa itu judi. Apa yang menarik untuk diteropong dalam isu ni ialah bagaimana ianya mula timbul dan hangat. Ketepikan seketika siapa yang 'mendidik' masyarakat kita berjudi, kerana Gaman ingin mengajak semua berfikir seketika 'rasional' lesen judi ini diluluskan sempena Piala Dunia kepada Berjaya Group.

Alasan mereka ialah; Ingin membendung kegiatan perjudian yang tidak berlesen.

Lawak bukan? Sayang sungguh sebab ianya tidak diucap di pentas Raja Lawak. Kalau tidak, boleh jadi Johan lalu merangkul gelaran kehormat; Raja Lawak musim Piala Dunia 2010.

Disebalik 'lelucon' ini, Gaman bermurung juga bila meneropong suasana di Sabah ni dengan isu judi. Maaf cakap, Gaman rasa malu dan maruah rendah sebab Sabah ni sinonim dengan judi dan arak. Secara kurang ajarnya bercakap, masyarakat di Sabah suka bermabuk-mabuk dan berjudi. Mereka menjadikannya 'adat budaya' yang ingin diwariskan kepada generasi Sabah sekarang dan akan datang. Syarikat judi ada berapa jenis di Sabah. Jenama arak pun begitu juga. Seludup, underground, illegal.. Semuanya 'berpakej'.

Tidak percaya? Buatlah kajian. Gaman boleh jamin kajian tu boleh dapat pangkat Sarjana atau Doktor Falsafah. Mungkinkah Gaman..? x)

Ok lah.. Sampai di sini ja untuk tulisan kali ni. Nanti Gaman sambung lagi dalam siri "Cetusan idea: 'Mari mengumpat' " yang akan datang. Gaman tidak cukup tangan untuk menyumbat semua isu semasa dalam suatu masa.

Jangan sesiakan peluang kalau ada komen / kritikan dari para pembaca. Mari sama-sama kita kongsikan idea dan pendapat yang penuh kepelbagaian ini.

Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!