Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, May 05, 2010

Isu Aminulrasyid: Pikiran Gaman...

Penghujung April baru2 ni tidak fool seperti diawal tirai pembukaannya bila Gaman mengetahui berita ini. 1Dunia maklum yang 1 April setiap tahun merupakan hari untuk Fool. MemFoolkan orang/diri sendiri, atau diFoolkan oleh orang2 yang Fool. Fully idiot.

Mulanya Gaman berasa ianya suatu fool bila membaca berita mengenai seorang budak umuran belasan tahun ditembak dikepala lalu mati oleh anggota polis kerana disyaki sebagai penjenayah.

Masakan tidak, ada beberapa perkataan yang menjadi sandaran Gaman berfikir camtu. Budak - Tembak kepala [mati] - Disyaki penjenayah. Berita ni betul2 surprise..

Gaman rasa, rakyat 1Malaysia - atau mungkin 1Dunia - sudah maklum laporan2 susulan mengenai isu hiba-malang ini. Gaman tidak berniat untuk bersurah versi Gaman. Apa yang dihidangkan oleh media sudah lebih dari cukup. Terpulang kepada pembaca untuk menilai dan menyuluh isi untuk justifikasi sendiri.

Apa yang Gaman mahu kongsikan ialah, Gaman secara peribadi menzahirkan simpati buat arwah dan seluruh keluarga serta kenalan arwah. Gaman redha yang ianya sesuatu yang malang. Tapi Gaman tidak redha jika 'geng penjenayah' itu tidak menerima hukuman yang setimpal atas kesalahan yang telah mereka lakukan terutamanya kepada arwah.

Dikhabarkan, lima orang anggota polis yang telah ditauliah vs. dua orang budak 'mentah' [mangsa] yang kesalahannya tidaklah melayakkan mangsa menerima tembakan peluru hidup.

Gaman insaf, kedua2 mangsa memang telah melakukan kesalahan. Tapi tidaklah seberat kesalahan polis yang terbabit. Kalau atas kesalahan itu mangsa disyaki dan dilabel sebagai penjenayah, maka mungkin syak dan label 'geng penjenayah' ke atas polis ada logiknya. Geng polis tu telah melakukan kesalahan kerana cuai, tidak profesional dan mungkin telah melanggar 'protokol' melepaskan tembakan semasa insiden. Anggota yang melepaskan tembakan itu wajar dikenakan hukuman paling berat antara mereka.

Gaman rasa fool juga bila ada surat pembaca yang meluah 'geram' pihak2 di sisi mangsa. Dia kata, sepatutnya ibubapa mangsa juga patut didakwa kerana cuai menjaga anak, dan membiarkan memandu tanpa lesen. Ada benarnya isi pembaca tadi. Kalau begitu, ada logiknya cadangan agar Ketua Polis Negara juga didakwa [dihukum] kerana nila anak buahnya.

Jika geng polis tadi bertindak profesional, situasi menang-menang akan wujud. Jalan cerita tidak menjadi rumit dan berdarah seperti sekarang. Jika kita profesional, lanun tegar di perairan Somalia pun boleh deal menang-menang. Inikan pula dua orang budak belasan tahun.

Gaman berdoa, moga keadilan dan kebenaran tertegak terutamanya buat arwah dan keluarga, serta geng polis tadi.

Insiden ini lembaran baru episod hitam pihak polis semasa bertugas dengan orang awam / tahanan. Ianya semacam 'berlumba2' peningkatannya dengan isu buang bayi di media. Buktikan sesuatu yang masalah ini boleh diatasi secara zahir dan praktikal.

Al-Fatihah.... -_-

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!