Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, May 01, 2010

Malaysia Internet Summit 2010

Malaysia Internet Summit: Where All Internet Experts Are Gathered Under One Roof.


Tidak sampai sebulan usahawan Bumiputera mendesak kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi [MECD] atau badan khas bagi membela nasib mereka yang kian tertekan, satu lagi langkah mengangkat keusahawanan tempatan melalui alternatif lain berasaskan internet mengambil tempat tanpa menunggu resolusi dipenuhi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 


Ini selaras dengan usaha kerajaan sebelum ini yang mendukung kepada pemasaran dan perniagaan di internet. Kerajaan sebelum ini pernah memperkenalkan beberapa program pemasaran perniagaan melalui internet sejak empat tahun lalu. Antaranya usaha kerajaan melalui Pusat Internet Desa [PID].


Keperluan mendesak perniagaan hari ini bagi menguasai strategi pemasaran produk di internet mendorong kepada konvensyen keusahawanan internet peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Jun 2010 ini.


Konvensyen terbesar negara yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya [PICC] akan menghimpunkan tidak kurang daripada 1500 peniaga kecil, pengusaha bisnes dari rumah melalui kaedah SOHO, kakitangan latihan keusahawanan dan bakal peniaga dari seluruh negara.


12 panel mendedahkan strateginya. Informasi keusahawanan internet ini berada di Malaysia Internet Summit 2010.

Nota: Baca penuh di Majalah PC, edisi Mei 2010.


Rujukan: Majalah PC, Mei 2010
Maklumat lanjut: http://www.malaysiainternetsummit.com/

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!