Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, May 03, 2010

Untung 40 tahun, wilayah hilang selamanya

Gaman terkejut. Gaman hairan dan termangu2 bila membaca beberapa isu mutakhir ini yang penuh dengan adegan sensasi. Malah mungkin suatu 'konspirasi' bagi membentuk minda pembaca.

Antara yang menggoda hati Gaman untuk mengikuti isu semasa itu ialah mengenai terkantoinya suatu perjanjian separa sulit mengenai penyerahan kedaulatan salah satu wilayah negara ini kepada negara jiran terdekat. Janji dimeterai pada tahun 2009 dan baru panas di tahun ini, bulan yang sama. Owh, mungkin keterlaluan jika kata ianya pasti hak kita. Ada yang kata ianya kawasan tuntutan bertindih.

Yang diserah, bukan sebarang tanah. Walau diatasnya laut, dibawahnya penuh dengan harta pusaka warisan dinosour. Harta pusaka inilah yang menggoda dunia barat yang diprogram oleh pengaturcara yang bernama Zionis atas misi New World Order menggodam Iraq dan negara lain yang sarat dengan harta tinggalan ini. Pelbagai sebab negara ini digodam. Ada yang main kasar, ada yang main lembut. Iraq contohnya, diserang habis2an kerana memiliki senjata pemusnah besar2an kononnya. Habis diserang, satu butir senjata pemusnah besar2an yang canggih tu langsung nda dijumpai. Yang dijumpai, emas2 hitam.

Suasana berlainan sedikit di negara Islam kita ini. Atas nama "menang-menang" [win-win situation] dan atas sifat "perjanjian saling menguntungkan" [mutually beneficial], wilayah yang dikatakan mempunyai dua buah blok minyak dengan anggaran nilai US Dollar 100 Billion, diserahkan kedaulatannya pada negara jiran. Sebagai ucapan terima kasih, negara kita dibenarkan untuk mengisap minyak tadi untuk tujuan komersial selama 40 tahun [sahaja]. Di pihak kabinet yang mewakili negara kita dan kita, perjanjian ini secara halus untuk memujuk Brunei atas tuntutan mereka ke atas Limbang, Sarawak.

Inilah yang buat Gaman terkejut kora' [beruk]. Betulkah perjanjian [oleh diorang2 ja] ni BETUL2 menguntungkan negara, bangsa dan agama? Sejauh mana? Atau, untungnya betul2 hanya pada si.....

Teringat Gaman akan tuntutan sebuah negara jiran di sebelah utara negeri Sabah ke atas wilayah sebelah timurnya. Khabarnya, tuntutan ini masih lagi wujud walaupun dah disenyapkan. Kalau merujuk contoh yang berlaku di atas, mungkinkah....

Kita tidak mengalah bila ada tuntutan ke atas wilayah pulau2 kita walaupun ada pulau tersebut hanya berbatu bata. Malah, hingga ke saluran akhir kita memperjuangkannya. Tetapi, nampak sangat kita menyerah mudah kedaulatan wilayah laut yang ini.

Demi untung 40 tahun, wilayah digadai selamanya..

Masihkah mampu diundur?


Nota: Sehingga tulisan ini ditulis, Wisma Putra menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah milik Brunei. Justeru kalau memang milik Brunei, kenapa kandungan surat seolah2 Malaysia serah kepada Brunei? Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!