Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, June 27, 2010

Kalaulah binatang ada Facebook...

*Speaking
*Copy-paste [Edited]


Kalau binatang ada FB, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu....... [Kecuali MSS lah, muahua3!]

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak: isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam: Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular: rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas: merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Udang: nasib baik aku xde tulang, xde la sakit badan..
 
Sotong: trauma la aku bile dgr perkataan 'salut tepung'..


Kredit: aizamev@syok.org

MSS: Gunalah FB utk kbaikn n yg bmanfaat. Jgn tlalu 'open' atau smuanya mo d 'dedah' ksi tyg minta phatian bgaikn kgersgn.. Kita mgkin jauh d mata, tp dekat d mata2. LOL.

Saturday, June 26, 2010

SABILY - UBUNTU MUSLIM EDITION

*Speaking
*Short Review

Owh, sudah lama Gaman nda mnulis psl Ubuntu. Maklumlh, masih newbie kn, ehe. Tau gitu2 ja psl Ubuntu ni. Kira bljr n breksperimen sndri lh.

Ok untuk tulisn kali ni, Gaman mau kngsi psl adanya satu siri dalam variasi Ubuntu yang direka [diubahsuai] khas untuk Muslim. Memandangkan Linux dan Ubuntu merupakan perisian sumber terbuka, maka usaha untuk mereka dan mengubahsuai 'bahasa pengaturcaraan-nya' menjadi mudah dan tidak terhad berbanding menggunakan 'instrumen' dari perisian 'sumber tertutup'.

Ulangkaji balik, Sabily [seperti juga Ubuntu dan distro Linux yang lain] merupakan Sistem Operasi [Operating System] seperti Windows dan Mac OS X. Tanpa OS ni, maka komputer menjadi tidak berguna.

Aplikasi atau ciri Sabily sebahagian besar menyerupai Ubuntu. Apa yang ada pada Ubuntu, mesti ada pada Sabily dari segi instrumen asas. Sbb itu ianya dpanggil jg Ubuntu Muslim Edition. Cuma yg bbeza, perisian, ciri atau aplikasi td adlh bersifat Islamik. Bmula dri daftar-masuk [log-in] hinggalah mghentikn [shut down] operasi komputer anda, semuanya Islamik.

[Ini mmpu 'mginsafkn' pgguna komputer spy mgunakn komputer sebaik2nya n x mlakukn pkara yg xsenonoh.. ;)]

Sabily skrg ialah Sabily 10.04, kod nama 'Manarat' versi Beta [pcubaan tahap ii..?]. Versi trbaharu Sabily lmbt kluar bbnding versi trbaharu Ubuntu krna Sabily mnjadikn Ubuntu sbgai rujukn utamanya.

Sabily mmpunyai dua versi [bbeza saiz perisian] iaitu Small Version n Full Version. Khabarnya, Sabily > ssuai utk pgguna Desktop bbnding Netbook.

Versi Sabily yg stabil skrg ialah Sabily 9.10: Gaza. Pgguna yg ingin mncuba Sabily blehlh mmsg versi ni.

Utk bacaan lnjut, blehlh mlwt lmn ni...

01. [Sabily.org]
02. [Linux Sabily]
03. [Sabily in Malay]
   
Slmt mcuba n gmbira mggunakn Sabily! ;D


u/p: Gaman nda ckup PC utk wat ujikaji. Klu wat kt Laptop yg skrg ni, risiko tggi ni, ehe..

Sunday, June 20, 2010

Jadual dan Keputusan Piala Dunia 2010

*Speaking

Ingin melihat jadual dan keputusan perlawanan Piala Dunia 2010 terus di komputer anda? Jika ya, teruskan membaca..! ;D

Aplikasi 'khas' ini menyokong kebanyakan platform seperti Windows, Mac, iPhone / iPod Touch dan iPad HD.

Cara-cara

01. Muat turun perisian ini di [sini]. [Nota: Sila baca baik2 kandungan web tu terutamanya System Requirements]

02. Ekstrakkan fail zip tadi, buka fail South-Africa-2010-1.1-EN dan klik kanan pada South-Africa-2010-1.1 untuk kebenaran menjalankannya.

03. Dwi-klik fail South-Africa-2010-1.1 itu.

04. Klik File untuk :

- Mula-mula tetapkan zon masa [set time zone].
- Kemudian klik online update.
- Jadual dan keputusan terkini akan terpapar.

Versi Windows juga boleh digunakan dengan menggunakan Wine.



MSS: Oleh kerana [selalu] menggunakan Ubuntu Linux AMD64, maka pilihan yang ada ialah Gaman muat turun aplikasi ni untuk platform Windows, dan menggunakannya [run] melalui Wine ;)


*Artikel ini ditulis dengan suntingan dari www.jomlinux.com. Pautan asal ada di [sini]. Kredit untuk jomlinux.com.

Friday, June 18, 2010

TEKNIK TULISAN RINGKAS DAN PANTAS [KAEDAH MSS]

*Speaking.


Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera buat semua...

Kali ni Gaman mau kongsi satu pengalaman peribadi. Pengetahuan mengenai gaya menulis / menaip yang ringkas dan pantas. Sesiapa yang tahu pasal Penulisan Kreatif atau Kewartawanan, harap boleh berkongsi sama sesuatu di sini. Manatau ada yang salah silap, ehe. Kaedah ini mengkhusus kepada Bahasa Melayu sahaja buat masa ini.

Setiap orang mempunyai gaya [style] menulis. Maksud gaya di sini bukan ja pasal cara memegang pensil atau pen dan bentuk tulisan [sambung, mereng kiri atau kanan dll], tapi ianya merangkumi juga 'hasil' tulisan.

Tapi ianya berlainan jika kemudahan teknologi digunakan seperti mesin taip, papan kekunci, skrin sesentuh dan banyak lagi. Contoh mudah yang memberi kesan besar kepada gaya tulisan anda di ruang teknologi ini ialah SMS [Sistem Mesej SIngkat].

Kaedah ini adalah hasil pengalaman Gaman. Gaman cuba mengetengahkannya sebab inginkan 'pembaharuan' dalam ilmu Gaman yang ini. Mungkin ianya sudah wujud tetapi belum menjadi 'piawaian umum'. Harap kalau ada yang pakar bahasa di sini, dapat memberikan tunjuk ajar.

Kaedah ini Gaman bahagikan kepada tiga 'hukum' utama.

Hukum Pertama

"Buangkan huruf vokal di dalam imbuhan"

Ini ialah peraturan asas bagi teknik tulisan Gaman. Huruf Vokal iaitu A, E, I, O, dan U merupakan huruf yang boleh menjadikan suatu perkataan itu disebut dengan baik dan betul. Ini pada sisi pandangan Gaman lah, ehe.

Imbuhan pula terdiri daripada pelbagai kelas mengikut perubahan sama ada menjadi Kata Kerja atau Kata Terbitan. Contohnya, buku ialah Kata Nama atau Kata Dasar. Bila ditambah dengan imbuhan dan 'mem-' '-kan', ianya menjadi Kata Kerja [Kata Terbitan] iaitu 'membukukan'.

Jadi, bila Hukum Pertama ini digunakan ke atas perkataan 'membukukan', maka hasil tulisan ringkas ialah 'mbukukn'. Secara automatik pembaca akan faham yang 'mbukukn' itu adalah 'membukukan' dan tidak difahami / disebut yang lain.

Kenapa 'mbukukn' tidak ditulis 'mbkukn'? Kan lebih ringkas? Persoalan ini dijawap oleh hukum yang seterusnya iaitu Hukum Kedua.

Hukum Kedua

"Meletakkan atau membuang huruf vokal di kedudukan yang wajar pada kata dasar"

Hukum ini mencadangkan penulis supaya 'mengedit' mana-mana kata dasar yang boleh mengguna pakai Hukum Pertama tadi. Contohnya, 'kereta' boleh ditulis menjadi 'kreta'. Mengapa tidak 'keret' atau 'kerta'?

Jawapannya ialah, perkataan tersebut akan menjadi tidak logik lagi [difahami secara logik]. Sebab itu Hukum Kedua mencadangkan agar suatu huruf vokal yang ingin kita buang dari kata dasar perlu dipilih dengan wajar untuk mengekalkan logik perkataan tersebut.

Kembali kepada 'mbkukn' tadi, ianya boleh membawa maksud yang lain jika ditulis begitu iaitu 'membekukan'. Jadi, kekeliruan boleh dielak menggunakan Hukum Kedua ini.

Hukum Ketiga

Hukum Pertama dan Hukum Kedua adalah bersifat 'eksklusif'. Ianya mungkin tidak dapat untuk digunakan ke atas semua perkataan, dalam semua keadaan. Masih ada beberapa perkataan yang 'melanggar' kedua-dua hukum tadi. Sebagai contoh, 'eja' bukanlah kata dasar bagi 'meja'. Begitu juga 'ada' kepada 'keadaan'. Justeru, Hukum Ketiga ini adalah alternatif dan bersifat fleksibel untuk melengkapkan kelompangan [had batasan] yang wujud pada Hukum Pertama dan Kedua.

"Suatu perkataan hendaklah ditulis mengikut pemahaman piawaian umum [standard] atau sekurang-kurangnya tidak lari dari maksud pokok kata dasar"

Hukum Ketiga menyarankan agar penulis yang ingin menulis dengan tulisan yang ringkas, untuk tujuan lebih pantas [cepat], tapi dijamin boleh difahami oleh semua orang yang membacanya sama ada hasil tulisan tangan, ataupun hasil taipan jari.

Hukum ini sebenarnya memberi peluang kepada penulis untuk membuat hasil yang lebih baik mengikut kreativiti masing-masing.

Hasilnya, seseorang itu dapat menjimatkan ruang; masa dan ruangan, membantu meningkatkan kemahiran membaca dan kefahaman, dan yang lagi penting ialah, menjaga 'murni dan harmoni' lenggok dan tutur Bahasa Melayu itu sendiri di semua keadaan [tulisan atau ucapan].

Bahasa Jiwa Bangsa.

Selamat mencuba! ;D


Kemas kini: 18 Jun 2010

KURSUS BELAJAR ASAS BLOG [KAWASAN KUDAT]

*Speaking
*Iklan

KURSUS BELAJAR ASAS BLOG
KAWASAN KUDAT, SABAH
ANJURAN PERSATUAN BELIA MUSLIM KUDAT [PBMK]


YURAN PENYERTAAN
Pelajar: RM15
Bekerja: RM25


MAKLUMAT LANJUT
[ KLIK ]

Thursday, June 17, 2010

Promosi: Antara Windows dan Linux

*Speaking
*Kupasan ringkas [Mini-Review]

Saya mula berkenalan dengan Linux [Ubuntu] bermula penghujung tahun yang lalu. Lupa hari dan bulannya. Cuma, saya serius untuk mencuba Linux bermula seawal tahun ini, lebih2 lagi bila mendapat kerja sebagai Fasilitator SchoolNet.

Ok, apa yang [sangat] menarik mengenai Linux ini? Apa bezanya dengan Windows? Kedua2 soalan ni tidaklah mampu saya huraikan lengkap sepenuhnya. Cuma apa yang baik saya kongsikan ialah, pengalaman sepanjang menggunakan Linux, bermula dengan Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

Apa yang cukup mengujakan dengan Linux ialah, ianya adalah FREE. Maksud free di sini ada dua; 1) Percuma, 2) Kebebasan. Huraian lanjut boleh di baca di web rasmi Ubuntu [ubuntu.com] atau web Linux yang menggunakan Bahasa Melayu. Pautannya ada di bawah.

Keunikan yang kedua: Saya rasa ianya lebih mesra pengguna. Mesra pengguna kerana ianya Percuma dan ada Kebebasan. Malah, muat turun yang dibekalkan oleh komuniti Ubuntu atau Linux adalah unik. Unik yang macam mana? Ini sukar saya jelaskan di sini. Anda kena mencubanya sendiri, baru mantop, ehe.

Kelebihan yang seterusnya ialah, operasinya ringan, laju dan tidak mudah digodam atau diserang penggodam, virus, malware, spyware dan banyak lagi -ware yang biasa dijumpai pada OS WIndows. Jika ada serangan, maka ianya lebih cepat 'diubati' oleh komuniti.

Saya rasa, ini ja lah dulu yang ingin saya tulis sebagai pendahuluan. Insya Allah di lain masa, saya akan kongsikan isi yang lain tapi masih dalam skop WIndows dan Linux.

Sebagai penutup, saya kongsikan satu petikan dari web komuniti Linux di Malaysia iaitu jomlinux.com

Selalunya, pengguna baru menyalah anggap Linux adalah OS tertutup seperti Windows yang meminta anda membayar lesen bagi setiap komputer yang menggunakannya. Konsepnya berbeza sekali, Microsoft menganggap OSnya adalah hak miliknya dan ia memberikan anda caj sewaan untuk menggunakannya — Linux pula sebaliknya.

Ia bebas untuk diolah, digubah dan digunakan oleh sesiapa sahaja — gunakannya tanpa was-was. Kerja yang anda buat darinya berkat, rezeki darinya pun halal berbanding anda membayar RM 10 untuk cetak rompak untuk membuat kerja dengan alasan kami pelajar kalau tak guna cetak rompak memang tak boleh buat kerja.

Matlamat tak menghalalkan anda mencuri hak orang — anda bukan darurat sehingga tiada alternatif. Gunakan OpenOffice kalau tak mampu guna Microsoft Office. Tapi cuba teka, orang masih nakkan juga  benda cetak rompak. Kadang-kadang orang ini jugalah yang berkongsi lagu-lagu secara tidak sah dengan kawan-kawan atas alasan tak mampu nak beli album original. Nanti tak dengar lagu, tak boleh buat kerja pula, katanya. Huh?!

Baca lanjut di: http://www.jomlinux.com/?p=3227
Kredit: http://www.jomlinux.com 
Kempen Ubuntu: http://kempen.digide.com.my/index.php

Monday, June 14, 2010

Bas Mini vs Bas Ekspress

*Speaking

Bas Mini - atau nama lainnya 'Van 28' - mempunyai fungsi yang sama dengan Bas Ekspress tetapi berlainan 'modus operandi'nya. Kedua-duanya adalah kenderaan pengangkutan awam atau kegunaan persendirian [organisasi dll] untuk mengangkat orang dan barang.

Dalam dunia pengangkutan awam, beza utama kedua jenis perkhidmatan bas ini ialah; Masa / Jadual. Bas Mini akan jalan bila penumpang penuh [terpulang dengan pemandu]. Bas Ekspress pula mempunyai tetapan masa untuk mula bertolak sama ada penuh atau tidak.

Dari segi jarak perjalanan pula, biasanya Bas Ekspress digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh berbanding Bas Mini. Namun, ini bergantung juga dengan keupayaan bas, tujuan dan aspek keperluan yang dipeduli oleh penumpang. Jika Sewa Khas, maka perlu ada kesepakatan yang jelas antara penumpang dan pemandu. Contohnya dari segi harga tambang, jarak perjalanan, tanggungan dan lain-lain.

Justeru, setiap penumpang perlulah merancang bentuk perjalanan seawal yang boleh sebaik-baiknya. Adalah disyorkan jika perjalanan adalah jauh melepasi 120km, inginkan lebih keselesaan, pengurusan masa yang baik, maka Bas Ekspress adalah pilihan yang terbaik. Namun ini bergantung juga dengan jenis perkhidmatan yang sedia ada.

Perlu diingat, beza utama antara Bas Mini dan Bas Ekspress ialah tetapan masanya. Bas Mini akan bertolak setelah bilangan penumpang mencukupi [penuh], berhenti-henti, boleh runding untuk mengambil penumpang di luar jalan utama, dan menunggu penumpang. Manakala Bas Ekspress pula, bertolak mengikut masa dalam jadual perjalanan, tidak berhenti-henti, tidak boleh mengambil penumpang di luar jalan utama dan tidak ada istilah tunggu penumpang di awal perjalanan [terminal].

Penumpang mesti tiba awal di terminal paling lewat dalam 10 - 5 minit sebelum masa bas bertolak. Jika tidak, tinggallah jawabnya. Tiket yang dibeli, akan hangus. Bagi Bas Mini, jika anda bernasib baik; datang terminal dan terus jalan.   

Sunday, June 06, 2010

FS: Ceritaku [3]

*Speaking.

Fuhh, sudah lama nda kemas kini cerita peribadi pasal FS. FS tu singkatan bagi Fasilitator SchoolNet. Rasanya, jawatan ni agak asing bagi kebanyakan orang. Cuma mungkin [selain agensi yang terlibat langsung dengan projek ni] di sekolah2 terpilih sahaja yang mengecam sedikit hal ni. Sebab, sekolah2 tadi ada menerima beberapa perkakasan dan peralatan ICT bagi projek SchoolNet seperti capaian internet, komputer dan lain2.

Sekolah2 ni aku panggil 'Sekolah Rakan SchoolNet'.

Emm, masa yang berlalu membawa banyak pengalaman yang berharga. Sayangnya, ruang agak terbatas walau peluang agak selalu terbuka. Masakan nda, online ja kan selalu, ehe..

18 Jun ni, genaplah enam bulan aku bekerja sebagai FS. Tinggal separuh lagi 'cas bateri'. Biasanya aku, kalau bateri laptop sudah mau habis, aku akan gandakan lagi usaha untuk menyiapkan kerja2 yang sedang dibuat. Nanti nda sempat 'Save' pla, ehe.

Ok untuk isu kali ni, aku cuma mau kongsi pengalaman pasal sesi fotografi SK. Paguokon yang bermula 26 Mei yang lalu. Mengikut turutan, sepatutnya sesi dimulakan untuk para guru dan pentadbiran, barulah kelas dan kumpulan yang seterusnya. Tapi, ada beberapa orang guru tidak ada di sekolah pada masa tu sebab urusan rasmi di luar, termasuklah Guru Besar dan PK1. Jadi, kami teruskan sesi fotografi kelas ja la dulu..

Aku mendapat tahu, sesi fotografi sudah lama tidak dibuat. Lebih2 lagi, untuk murid2. Aku pernah nampak gambar kenangan pentadbiran dan guru2 yang lalu tetapi macam tiada yang khas untuk murid2.

Jadi, ini suatu peluang yang baik. Aku berharap juga, ini menjadi katalis kepada usaha2 yang seterusnya. Semoga sesi ini dapat terus dilaksana di tahun-tahun yang mendatang.

Sesi ni dijalankan ringkas sahaja. Budak2 memang suka bergambar. Kamera yang aku pakai pun, kamera digital yang biasa2 ja [BenQ 7.2mp]. Bagi aku, ini suatu 'eksperimen'. Melihat apa yang berlaku sangat mengujakan.

Murid2 sangat bersemangat. Berlari2 datang bila dipanggil untuk bergambar. Walaupun keadaan agak riuh, namun semuanya berjalan lancar sebab budak2 tu ikut cakap. Terima kasih banyak2 buat Cikgu Ahmad, Ustaz Rahman, Cikgu Marhaini, para guru kelas, murid2 dan semualah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung memberikan kerjasama membantu menjayakan sesi ini. Kelemahan dan kekurangan yang ada, harap dimaklumi dan dapat dimaafkan. Terutamanya, cuaca yang tiba2 pandai berpanas, ehe3..

Mau tengok gambar2 tu? Hah ada di bawah ni... d(^^,)

Laman blog SK. Paguokon; Klik ---> [ KELAS ]
Facebook SK. Paguokon; Klik ---> [ PHOTOS ]

Jumpa lagi!

Friday, June 04, 2010

Freedom Flotilla: Khabar dari Malaysia

*Speaking

Isu serangan ke atas misi bantuan kemanusiaan - Freedom Flotilla - dari sukarelawan pelbagai negara mendapat reaksi pantas dari negara kita, Malaysia.

Meskipun pengumuman rasmi dari Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, YAB DS Najib Tun Razak sedikit lewat berbanding pemimpin tempatan yang lain, nadanya seirama; Mengutuk [Zionis-] Israel dan melahirkan simpati-dukacita terhadap sukarelawan misi Freedom Flotilla.

Setiap kali Zionis-Israel mengganas, maka laungan anti, kutukan, maki-hamun, boikot dan pelbagai lagi kejian dilemparkan kepada mereka. Siri demonstrasi menjadi persembahan wajib di negara kita yang dihiasi dengan acara bakar-membakar dan penghantaran memorandum membantah kebiadapan [Zionis-] Israel.

Uniknya mutakhir ini, episod bantahan dan menzahirkan rasa simpati akibat kekejaman pengganas Zionis-Israel ini disulami dengan ajakan Qunut Nazilah dan Solat Hajat beramai-ramai seluruh negara.

Saya tidak ketinggalan untuk menyertai mana-mana acara yang mampu saya sertai. Di Sabah amnya dan Tenom khasnya, 'aman'. Tiada ura-ura acara demonstrasi setahu saya di sini. Saya turun ke pekan Tenom kerana kebetulan ada urusan rasmi. Lalu, saya mengambil peluang untuk berJumaat di Masjid Ar-Rahman, Pekan Tenom.   

Alhamdulillah, pihak pengurusan Masjid tidak terlupa untuk mengadakan solat hajat beramai-ramai usai mengerjakan fardhu Jumaat. Saya mendengar pengumuman tersebut datangnya dari JAKIM.

Namun sayangnya, saya sedikit terkilan kerana jumlah jemaah yang hadir berJumaat tadi sangat ramai [sehingga koridor luar digunakan], tetapi yang sudi maju ke saf hadapan sama-sama solat hajat hanyalah seramai empat sof sahaja. Itupun rata-rata mereka yang berketurunan India atau Pakistan, dan beliau-beliau sudah.

Begitulah tahap sensitiviti masyarakat muslim tempatan yang datang ke Masjid utama di Pekan Tenom ini. Kalau diumumkan ada jamuan makan-makan selepas solat, sof mungkin bertambah sekali atau dua kali ganda sahaja. Yang lain, isi perut dahulu. Ohya, mungkin ada urusan yang lebih wajib ingin mereka kerjakan. Tidak mengapa, mungkin mereka solat sunat hajat di rumah nanti.

Saya tidak berminat untuk mengupas lanjut apa peranan dan gesaan dari pihak negara kita berhubung isu rejim Zionis ini. Semua tahu apa yang sedang dan akan dilakukan. Skripnya sama. Gitu-gitulah juga..

Kita tidak dapat memulaukan orang Yahudi. Sekiranya orang-orang Yahudi ini kita hantar ke Bulan, silap haribulan mereka tetap dapat melangsungkan kemandirian mereka. Yahudi mempunyai daya hidup [survival] yang tinggi. Otak mereka bagus dan cerdas. Kalau mereka berjaya hidup di Bulan, apa jadi kita di Bumi?

Walaupun bangsa Yahudi telah mendapat laknat daripada Allah s.w.t kerana sikap dan sifat mereka yang melampaui batas, kita jangan lupa bahawa rahmat dan ampunan Allah s.w.t itu lebih luas mengatasi kemurkaan-Nya.

Yahudi tidak semestinya pro-Israel dan pro-Zionis. Pro-Israel dan pro-Zionis tidak semestinya dari darah Yahudi. Apa yang merugikan bangsa Yahudi ialah, kebanyakan mereka didominasi oleh doktrin Zionisme. Dan doktrin Zionisme ini mendominasi sebahagian besar kuasa-kuasa utama dan kerajaan di dunia sekarang.

Buktinya, negara Amerika Syarikat menjadi talam dua muka kerana dominasi pelobi pro-Zionis atas tiket negara Israel dan bangsa Yahudi. Ini merugikan rakyat Amerika.

Di negara kita, isu pengaruh Yahudi yang pro-Zionis ini semakin nyata menjelma. Buatlah kajian atau bacaan lanjut mengenai APCO Worldwide dan Asiasoft [Malaysia] Sdn. Bhd. [no. Syarikat : 150529-H].

Saya pasti akan ditemui data-data yang menyokong fakta bahawa kita memberikan sokongan kepada kekuatan Zionis sama ada secara langsung mahupun tidak.  

Jika sesuatu itu berkait dengan Yahudi, kita ada pilihan. Tapi bila ianya berkait dengan pro-Zionis, sewajarnya pilihan hanya satu; Jangan menyokong mereka.

Saya fikir, sekiranya Zionisme tidak menguasai Israel, benih-benih keamanan sudah lama tumbuh di wilayah Palestin. Israel mungkin tidak menjadi negara haram lagi. Hal yang seterusnya, terserahlah kepada kepimpinan Palestin di sana untuk menyelesaikannya dengan bijaksana lagi berhikmah.

Freedom Flotilla: Seuntai kata untuk dirasa

*Speaking

Isu misi Freedom Flotilla seakan menenggelamkan pelbagai isu mutakhir di seluruh dunia. Masakan tidak, pengganas seantero bumi - Zionis - yang merupakan anak berlian 'Polis Dunia' - Amerika Syarikat - melancarkan jihad mempertahankan maruah dan daulah mereka dari diceroboh oleh sekumpulan sukarelawan dari pelbagai dunia yang ingin menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dilaporkan menderita kebuluran sejak tahun 2007 lagi. Derita penduduk Palestin bermula seiring dengan pembentukkan Negara Haram Israel melalui Deklarasi Berat-Sebelah Balfour 1917.

Mungkin perisikan Zionis [disebut juga sebagai negara haram Israel] - Mossad - menerima dan menafsir maklumat dengan metod pemikiran yang telah lama didoktrin ke atas mereka; 'Born to Kill'.

Flotilla atau dalam Bahasa Melayu-nya Flotila, bermaksud: a. Kumpulan kecil kapal; b. Kumpulan kapal yang terdiri daripada kapal yang kecil, terutamanya kapal perang.

Sebab itu Zionis-Israel menghantar kumpulan Komando mereka untuk menyambut ketibaan kapal Mavi Marmara. Hasil risikan mereka mendakwa kapal [dan kapal misi yang lain] tersebut membawa bekalan peperangan [senjata dll] untuk pejuang Palestin. Risikan mereka juga mendapati misi [Freedom Flotilla] tersebut mempunyai 'kabel dalaman' dengan kumpulan Hamas. Walhal, kapal-kapal tersebut hampir dimiliki dan digerakkan sepenuhnya oleh Turki. Apa kaitan Turki dan Hamas? Bukankah Ankara mempunyai hubungan diplomatik dengan Jerusalem?

Hasilnya, pembunuhan, kecederaan dan dipenjara dideritai oleh misi aman sukarelawan ini. 

Mungkin ini salah satu pendekatan dan peluang keemasan pentadbiran Zionis-Israel terhadap Turki, di mana pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan pernah memalukan Simon Peres, Perdana Menteri Israel di Forum Ekonomi Dunia 2009.

Ada lori, ada bas. Ada hari, Zionis balas..

Ketokohan Zionis-Israel dalam dunia perang dan keganasan tidak perlu diragui lagi. Menghairankan bila membaca di dada-dada portal akhbar bahawa dunia telah sedar dan patut buka mata akan kekejaman dan kebiadapan Zionis-Israel. Menghairankan sebab Zionis-Israel bukanlah menjadi kejam dan biadap semalam. Ianya telah berdekad-dekad lamanya. Lebih kejam dan biadap berbanding penjajahan Amerika dan yang seumpama dengannya.

Kalau Amerika dan dunia barat yang cukup sedar dan bulat mata melihat, itu melebihi 'menghairankan'; itu ialah 'keajaiban'.

Tuesday, June 01, 2010

Recovery disc download [Vista & XP]

Assalamua'laikum, Salam sejahtera buat anda semua..!

Tidak dilupakan, selamat bercuti kepada semua sempena meraikan Hari Wesak, Pesta Menuai Sabah [Kaamatan], dan Hari Gawai Sarawak..! Semoga kita semua dapat terus hidup harmoni, kerjasama dan toleransi antara sesama kita sebagai 1Manusia.

Baiklah, dalam pos yang ringkas ni Gaman cuma mau kongsi dua bahan yang mungkin bermanfaat buat kengkawan. Gaman sebenarnya bercuti [panjang] tapi masih nda ada mood untuk menulis hal peribadi sekarang, ehe.

Ok lah, kali ni bahan dalam skop ICT pula.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah boot windows tapi tiada Recovery Disc [hilang, rosak atau 'tiada'], boleh mencuba bahan di bawah ni.. Gaman juga sedang mencubanya dan sedang menguji menggunakan Pendrive [pilihan lain selain burn ke dalam CD / DVD].

Jangan lupa baca baik2 pa yang ditulis dan juga komen para pembaca..

Selamat mencuba..!

01. VISTA
02. XP