Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, June 14, 2010

Bas Mini vs Bas Ekspress

*Speaking

Bas Mini - atau nama lainnya 'Van 28' - mempunyai fungsi yang sama dengan Bas Ekspress tetapi berlainan 'modus operandi'nya. Kedua-duanya adalah kenderaan pengangkutan awam atau kegunaan persendirian [organisasi dll] untuk mengangkat orang dan barang.

Dalam dunia pengangkutan awam, beza utama kedua jenis perkhidmatan bas ini ialah; Masa / Jadual. Bas Mini akan jalan bila penumpang penuh [terpulang dengan pemandu]. Bas Ekspress pula mempunyai tetapan masa untuk mula bertolak sama ada penuh atau tidak.

Dari segi jarak perjalanan pula, biasanya Bas Ekspress digunakan untuk perjalanan yang lebih jauh berbanding Bas Mini. Namun, ini bergantung juga dengan keupayaan bas, tujuan dan aspek keperluan yang dipeduli oleh penumpang. Jika Sewa Khas, maka perlu ada kesepakatan yang jelas antara penumpang dan pemandu. Contohnya dari segi harga tambang, jarak perjalanan, tanggungan dan lain-lain.

Justeru, setiap penumpang perlulah merancang bentuk perjalanan seawal yang boleh sebaik-baiknya. Adalah disyorkan jika perjalanan adalah jauh melepasi 120km, inginkan lebih keselesaan, pengurusan masa yang baik, maka Bas Ekspress adalah pilihan yang terbaik. Namun ini bergantung juga dengan jenis perkhidmatan yang sedia ada.

Perlu diingat, beza utama antara Bas Mini dan Bas Ekspress ialah tetapan masanya. Bas Mini akan bertolak setelah bilangan penumpang mencukupi [penuh], berhenti-henti, boleh runding untuk mengambil penumpang di luar jalan utama, dan menunggu penumpang. Manakala Bas Ekspress pula, bertolak mengikut masa dalam jadual perjalanan, tidak berhenti-henti, tidak boleh mengambil penumpang di luar jalan utama dan tidak ada istilah tunggu penumpang di awal perjalanan [terminal].

Penumpang mesti tiba awal di terminal paling lewat dalam 10 - 5 minit sebelum masa bas bertolak. Jika tidak, tinggallah jawabnya. Tiket yang dibeli, akan hangus. Bagi Bas Mini, jika anda bernasib baik; datang terminal dan terus jalan.   

2 comments:

  1. ada tak sejarah bas mini di malaysia? hope balas cepat.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya xda bahan atau sumber pasal tu..

      Delete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!