Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, June 04, 2010

Freedom Flotilla: Khabar dari Malaysia

*Speaking

Isu serangan ke atas misi bantuan kemanusiaan - Freedom Flotilla - dari sukarelawan pelbagai negara mendapat reaksi pantas dari negara kita, Malaysia.

Meskipun pengumuman rasmi dari Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, YAB DS Najib Tun Razak sedikit lewat berbanding pemimpin tempatan yang lain, nadanya seirama; Mengutuk [Zionis-] Israel dan melahirkan simpati-dukacita terhadap sukarelawan misi Freedom Flotilla.

Setiap kali Zionis-Israel mengganas, maka laungan anti, kutukan, maki-hamun, boikot dan pelbagai lagi kejian dilemparkan kepada mereka. Siri demonstrasi menjadi persembahan wajib di negara kita yang dihiasi dengan acara bakar-membakar dan penghantaran memorandum membantah kebiadapan [Zionis-] Israel.

Uniknya mutakhir ini, episod bantahan dan menzahirkan rasa simpati akibat kekejaman pengganas Zionis-Israel ini disulami dengan ajakan Qunut Nazilah dan Solat Hajat beramai-ramai seluruh negara.

Saya tidak ketinggalan untuk menyertai mana-mana acara yang mampu saya sertai. Di Sabah amnya dan Tenom khasnya, 'aman'. Tiada ura-ura acara demonstrasi setahu saya di sini. Saya turun ke pekan Tenom kerana kebetulan ada urusan rasmi. Lalu, saya mengambil peluang untuk berJumaat di Masjid Ar-Rahman, Pekan Tenom.   

Alhamdulillah, pihak pengurusan Masjid tidak terlupa untuk mengadakan solat hajat beramai-ramai usai mengerjakan fardhu Jumaat. Saya mendengar pengumuman tersebut datangnya dari JAKIM.

Namun sayangnya, saya sedikit terkilan kerana jumlah jemaah yang hadir berJumaat tadi sangat ramai [sehingga koridor luar digunakan], tetapi yang sudi maju ke saf hadapan sama-sama solat hajat hanyalah seramai empat sof sahaja. Itupun rata-rata mereka yang berketurunan India atau Pakistan, dan beliau-beliau sudah.

Begitulah tahap sensitiviti masyarakat muslim tempatan yang datang ke Masjid utama di Pekan Tenom ini. Kalau diumumkan ada jamuan makan-makan selepas solat, sof mungkin bertambah sekali atau dua kali ganda sahaja. Yang lain, isi perut dahulu. Ohya, mungkin ada urusan yang lebih wajib ingin mereka kerjakan. Tidak mengapa, mungkin mereka solat sunat hajat di rumah nanti.

Saya tidak berminat untuk mengupas lanjut apa peranan dan gesaan dari pihak negara kita berhubung isu rejim Zionis ini. Semua tahu apa yang sedang dan akan dilakukan. Skripnya sama. Gitu-gitulah juga..

Kita tidak dapat memulaukan orang Yahudi. Sekiranya orang-orang Yahudi ini kita hantar ke Bulan, silap haribulan mereka tetap dapat melangsungkan kemandirian mereka. Yahudi mempunyai daya hidup [survival] yang tinggi. Otak mereka bagus dan cerdas. Kalau mereka berjaya hidup di Bulan, apa jadi kita di Bumi?

Walaupun bangsa Yahudi telah mendapat laknat daripada Allah s.w.t kerana sikap dan sifat mereka yang melampaui batas, kita jangan lupa bahawa rahmat dan ampunan Allah s.w.t itu lebih luas mengatasi kemurkaan-Nya.

Yahudi tidak semestinya pro-Israel dan pro-Zionis. Pro-Israel dan pro-Zionis tidak semestinya dari darah Yahudi. Apa yang merugikan bangsa Yahudi ialah, kebanyakan mereka didominasi oleh doktrin Zionisme. Dan doktrin Zionisme ini mendominasi sebahagian besar kuasa-kuasa utama dan kerajaan di dunia sekarang.

Buktinya, negara Amerika Syarikat menjadi talam dua muka kerana dominasi pelobi pro-Zionis atas tiket negara Israel dan bangsa Yahudi. Ini merugikan rakyat Amerika.

Di negara kita, isu pengaruh Yahudi yang pro-Zionis ini semakin nyata menjelma. Buatlah kajian atau bacaan lanjut mengenai APCO Worldwide dan Asiasoft [Malaysia] Sdn. Bhd. [no. Syarikat : 150529-H].

Saya pasti akan ditemui data-data yang menyokong fakta bahawa kita memberikan sokongan kepada kekuatan Zionis sama ada secara langsung mahupun tidak.  

Jika sesuatu itu berkait dengan Yahudi, kita ada pilihan. Tapi bila ianya berkait dengan pro-Zionis, sewajarnya pilihan hanya satu; Jangan menyokong mereka.

Saya fikir, sekiranya Zionisme tidak menguasai Israel, benih-benih keamanan sudah lama tumbuh di wilayah Palestin. Israel mungkin tidak menjadi negara haram lagi. Hal yang seterusnya, terserahlah kepada kepimpinan Palestin di sana untuk menyelesaikannya dengan bijaksana lagi berhikmah.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!