Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, June 04, 2010

Freedom Flotilla: Seuntai kata untuk dirasa

*Speaking

Isu misi Freedom Flotilla seakan menenggelamkan pelbagai isu mutakhir di seluruh dunia. Masakan tidak, pengganas seantero bumi - Zionis - yang merupakan anak berlian 'Polis Dunia' - Amerika Syarikat - melancarkan jihad mempertahankan maruah dan daulah mereka dari diceroboh oleh sekumpulan sukarelawan dari pelbagai dunia yang ingin menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dilaporkan menderita kebuluran sejak tahun 2007 lagi. Derita penduduk Palestin bermula seiring dengan pembentukkan Negara Haram Israel melalui Deklarasi Berat-Sebelah Balfour 1917.

Mungkin perisikan Zionis [disebut juga sebagai negara haram Israel] - Mossad - menerima dan menafsir maklumat dengan metod pemikiran yang telah lama didoktrin ke atas mereka; 'Born to Kill'.

Flotilla atau dalam Bahasa Melayu-nya Flotila, bermaksud: a. Kumpulan kecil kapal; b. Kumpulan kapal yang terdiri daripada kapal yang kecil, terutamanya kapal perang.

Sebab itu Zionis-Israel menghantar kumpulan Komando mereka untuk menyambut ketibaan kapal Mavi Marmara. Hasil risikan mereka mendakwa kapal [dan kapal misi yang lain] tersebut membawa bekalan peperangan [senjata dll] untuk pejuang Palestin. Risikan mereka juga mendapati misi [Freedom Flotilla] tersebut mempunyai 'kabel dalaman' dengan kumpulan Hamas. Walhal, kapal-kapal tersebut hampir dimiliki dan digerakkan sepenuhnya oleh Turki. Apa kaitan Turki dan Hamas? Bukankah Ankara mempunyai hubungan diplomatik dengan Jerusalem?

Hasilnya, pembunuhan, kecederaan dan dipenjara dideritai oleh misi aman sukarelawan ini. 

Mungkin ini salah satu pendekatan dan peluang keemasan pentadbiran Zionis-Israel terhadap Turki, di mana pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan pernah memalukan Simon Peres, Perdana Menteri Israel di Forum Ekonomi Dunia 2009.

Ada lori, ada bas. Ada hari, Zionis balas..

Ketokohan Zionis-Israel dalam dunia perang dan keganasan tidak perlu diragui lagi. Menghairankan bila membaca di dada-dada portal akhbar bahawa dunia telah sedar dan patut buka mata akan kekejaman dan kebiadapan Zionis-Israel. Menghairankan sebab Zionis-Israel bukanlah menjadi kejam dan biadap semalam. Ianya telah berdekad-dekad lamanya. Lebih kejam dan biadap berbanding penjajahan Amerika dan yang seumpama dengannya.

Kalau Amerika dan dunia barat yang cukup sedar dan bulat mata melihat, itu melebihi 'menghairankan'; itu ialah 'keajaiban'.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!