Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, July 26, 2010

Menguji keupayaan Papan Kekunci PC anda

*Salin-Tampal dengan sedikit suntingan.
*Terpulang sama ada meyakini atau tidak uji kaji ini, ehe.

Papan Kekunci [Keyboard] merupakan salah satu perkakasan yang sering kita pakai pada saat menggunakan komputer.

Di sini saya memberikan beberapa cara untuk menguji apakah Papan Kekunci anda benar-benar handal atau tidak.

Anda hanya perlu menaip perkataan
the quick brown fox jumps over the lazy dog” tetapi dengan cara-cara berikut :


1. Buka notepad [Windows] atau gedit bagi Linux [Ubuntu] anda.

2. Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.

3. Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. [Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan di lepas].

4. Lihat apakah tulisan yang keluar lengkap sesuai dengan kata-kata di atas atau ada huruf yang hilang.

5. Semakin banyak huruf yang tidak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard anda.

Mengapa harus menulis perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” ?

Kerana kata-kata tersebut merupakan sebuah perkataan yang berisi semua huruf dalam abjad yang biasa digunakan untuk menguji mesin taip dan Papan Kekunci komputer, dan dalam aplikasi lain yang melibatkan semua huruf dalam abjad Inggeris.

Selamat mencuba!!!


Keputusan MSS:

01. Acer Aspire 4520
TE QUICK BROWN FOX JUP OVER TE LAZY O
t m s h d g

02. External Keyboard - E-View [EV-2005]
HE QUIC BROWN OX UMP OVER HE Z OG
t k f j s l a y d

Sumber + Kredit: amieyna@syok.org

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!