Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, July 14, 2010

MInyak Kelapa Dara [V'COL]

*Salin-Tampal [Copy-Paste]


MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara telah digunakan di mana-mana pada masa kini. Daripada kosmetik ke ubat-ubatan dan makanan tambahan, yang pastinya akan menghasilkan satu fenomena baru kepada manusia. Oleh itu, adalah sangat berbaloi untuk kita menimba ilmu dan membiasakan kehidupan kita dengan minyak kelapa dara.

Minyak Kelapa Dara merupakan hasil olahan daripada buah kelapa yang matang dan segar tanpa pemanasan dan bahan kimia. Ianya jernih dan mempunyai aroma asli kelapa. Virgin Coconut Oil atau lebih dikenali sebagai CVO kini semakin mendapat reputasi secara global sebagai minyak yang paling "SIHAT" dan banyak penemuan yang menakjubkan hasil daripada kajian saintifik terhadap kandungan nutrien dalam VCO.

Menurut standard-standard yang ditetapkan oleh Department Trade and Indusrty-Bureau Product Standards Filipina [pengeksport kelapa terbesar dunia], minyak kelapa dara mestilah tidak berwarna, bebas endapan dengan bau kelapa baru semula jadi dan bebas daripada bau tengik atau rasa-rasa lain. Minyak Kelapa Dara hendaklah mengandungi maksima .20% lembapan dan tidak sepatutnya mengandungi bahan makanan tambahan. -PNS / BAFPS 22:2004 Dengan Pindaan 1:2005*

*Sumber: http://www.thevirgincoconutoil.com

KANDUNGAN VCO 

Penemuan paling menakjubkan di mana terdapat satu nilai nutrisi di dalam VCO menyerupai satu komponen dalam susu ibu yang berperanan dalam membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan iaitu Asid Laurik. Asid Laurik [Lauric Acid] adalah sejenis nutrien yang mudah diserap oleh badan dan merupakan sumber tenaga yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Asid Laurik yang terdapat dalam VCO dan susu ibu ini telah dikenalpasti sebagai anti virus, anti bakteria dan anti protozoa yang menguatkan sistem daya tahan badan dalam melawan penyakit.

KEBAIKAN

Kajian-kajian telah mendapati Minyak Kelapa Dara memberi pelbagai kesan positif seperti yang tersenarai di bawah:

01. Meningkatkan dan memperbaiki sistem imunisasi badan
02. Meningkatkan kadar metabolisma badan
03. Meningkatkan sumber tenaga dengan cepat
04. Mengurangkan risiko diabetis
05. Membantu mengurangkan berat badan
06. Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
07. Mengurangkan risiko penyakit jantung
08. Melembap dan melembutkan kulit
09. Melambatkan proses penuaan dengan memperbaiki fungsi penyerapan mineral dan mempertahankan keseimbangan hormon
10. Mencegah dan mengatasi masalah gizi seperti kurang vitamin

FAKTA BERKAITAN

"Kira-kira 50% asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik yang terdapat dalam susu ibu." - Mary G. Ening, Ph.D.

"MInyak kelapa dara merupakan minyak yang paling sihat untuk digunakan." - Dr. Mark Atkins

"Anti kegemukan kesan penggunaan VCO telah jelas dalam semua kajian, dan pada kebanyakan rakan saya yang sering menggunakannya." - Raymond Peat, Ph.D.

"Biarkan makanan menjadi ubat, biarkan ubat dihasil dari makanan." - Hippocrates


Kredit:
01. Produk Inovasi Desa [Dana Inovasi Komuniti],
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

02. JS COCONUT ENTERPRISE,
Kg. Panikuan Matunggong, Kudat

03. Pengusaha Kelapa Kg. Goshen,
Komuniti Rukun Tetangga [KRT] Kg. Goshen,
Biro Pembangunan Ekonomi Kota Marudu

04. Pengusaha Kelapa Kg. Guoman, Matunggong,
Pejabat Pertanian Matunggong,
Peti SUrat 100, 89057 Kudat, Sabah

05. Pengusaha Kelapa Kg. Panikuan,
Kampung Panikuan Batu 42,
Jalan Kudat, Sabah

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!