Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, July 28, 2010

SENYUM PAGI: PANAS DAN SEJUK

*Loghat Sabah
*Lawak Jenaka

Suatu [awal] pagi yang cerah, seorang beliau-beliau melangkah perlahan ke sebuah kedai kupi' tempat dia dan rakan-rakannya selalu datang sembang-sembang kedai kopi. Semalam, ada pengumuman Kerajaan mengenai pengurangan subsidi bagi lima jenis barang. Kurang subsidi maksudnya harga barang naik diselaraskan lagi. Isu inilah yang akan menjadi topik utama borak-borak mereka nanti.

Ketika semuanya sudah sampai, mereka pun mula memesan juadah. Masa siuk-siuk bercerita, si beliau ternampak seorang beliau-beliau yang lebih beliau dari dirinya seperti kelam-kabut menghabiskan kupi panas yang baru sampai dimejanya. Berasap-asap lagi tu.

Si beliau pun menyapa; "Ui Gaman, napa kau hirup kupi tu cepat-cepat. Panas lagi bah itu.. Tunggulah sajuk sikit baru kau minum pelan-pelan.."

Si Gaman dengan muka sedikit terkejut menjawap; "Ei nda kau tau kah.. Cuba kau tinguk harga kupi ping di dinding tu.. Jadi kalau kupi panas ni basajuk, mahal lah sia bayar nanti.."

Si beliau terlopong...

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!