Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, September 29, 2010

Kembali Dari Bercuti...

Assalamua'laikum peminat MSS semua..! Apa khabar anda di sana? Moga khabarnya baik-baik sayang juga ya.. Ehh? Macam lain pula ayat, ehe.. xD

Setelah lama menyepi, Alhamdulillah sampai juga masanya kekuatan dan keupayaan untuk meneruskan coretan aku di blog kesayangan ini. Satu-satunya laman aku [tapi domain masih Blogspot] yang boleh dikunjungi oleh semua orang yang memasuki alam maya - dunia Internet. Walaupun aku tersangat aktif 'menelaah' Facebook dan Twitter [dan sekali-sekala ke Friendster dan myfriends2u juga], aku tetap juga mengunjungi Blogspot sebab laman blog sekolah - tempat aku mencari nafkah dan ilmu-pengalaman - menggunakan domain Blogspot.

Banyak cerita dalam tempoh yang berlalu hampir sebulan, menarik untuk dikongsi sama. Mudah-mudahan di masa akan datang aku dapat menceritakannya sedikit demi sedikit dengan bantuan 'Daya ingatan berklu' [Clue Memory].

Dalam sedikit masa lagi, aku akan siapkan tulisan untuk Bahagian 2 - Aktiviti Keagamaan di Televisyen: Islam sahaja..? Anda boleh baca Bahagian 1 di sini

Sesiapa yang ada idea, cadangan atau pertanyaan mengenai tajuk tu, aku jemput dengan penuh hormat untuk dikongsi sama di blog ini.

Aku juga berharap dapat menulis lebih kerap lagi selepas ini. Hajat di hati, dua hingga tiga topik ditulis dalam sehari. Blog ini akan lebih banyak berubah ke arah cerita peribadi [diari] dan juga pengalaman-pengalaman yang menarik yang sesuai untuk dikongsi sebagai suatu ilmu pengetahuan dan amal kebajikan, insya Allah.

Sampai ketemu lagi! Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Batin dan Zahir..! ;D


Nota: Malam ni MSS berusaha dengan sepenuh upaya untuk menyiapkan Laporan Aktiviti dan Laporan Kehadiran FS bagi bulan September.

Wednesday, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1431 HIJRAH

Alhamdulillah, kita - umat Islam - telah sampai ke penghujung bulan Ramadhan yang mempunyai 1001 macam kebaikan dan kekayaan.

Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang, insya Allah.

Sebentar tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa [Aidilfitri] bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan [ialah] pada hari Jumaat, 10 Sept. 2010.

Saya mewakili diri saya, seluruh ahli keluarga saya, Armilla Mejon serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang menyampaikan ucapan Hari Raya dan yang mengenali diri kami [keluarga, rakan-rakan dan kenalan], walau di mana jua anda berada.


Pada yang telah lebih dahulu meninggalkan kita, kunjungilah pusaranya, titipkanlah doa untuknya. Kepada yang masih ada di sisi kita, berbakti dan berbuat baik lah kepada mereka. Kunjungi sanak-saudara, jiran tetangga, teman dan taulan sama ada yang selalu ditemui atau lebih-lebih lagi yang sudah lama tidak berjumpa. Bersederhana dan bersyukurlah semasa menyambut perayaan kita ini. Ingat-ingatlah saudara kita yang lain yang kesusahan dan bernasib malang. Susah-senang, kaya-miskin, itu semua adalah ujian dariNya.

Semoga di Hari dan Bulan Kemenangan ini, kita semua beroleh kegembiraan dan payungan kasih-sayangNya. Amin ya Rabbal 'alamin..


Sekotak mancis, secawan madu
Selaut kasih, seluas rindu
Salam manis, penuh syahdu
Salam Aidilfitri, dariku untukmu..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

(^_^)

Monday, September 06, 2010

Bercuti Raya 1431 Hijrah

Cuti panjang datang lagi.

Cuti kali ini bersifat 'pakej kombo'. Cuba fikir kenapa aku bilang begitu?

O jangan risau. Tanda untuk bayangan jawapan tetap aku sediakan - seperti selalu.

Penggal, Raya dan Merdeka. PRM. Owh, ini bukan Parti Rakyat Malaysia atau yang seumpama dengannya ya..

Cuti Pakej Kombo - Set A

Sempena cuti pakej kombo ini, aku memilih 'set A'. Set A menurut pengelasan aku ialah bentuk cuti yang kebiasaan orang pilih. Sebagai suatu perbandingan, hari Ahad merupakan cuti umum set A sebab majoriti besar orang di Malaysia ini akan bercuti, atau paling kurang buat suatu aktiviti pada hari ini yang dianggap sebagai 'bercuti'.

Cuti Set A dan Cuti Kelas A adalah berlainan. Cuti Set A seperti penjelasan yang di atas. Cuti Kelas A pula, cuti umum yang mesti cuti punya tanpa mengira kena hari berapa. Lebih istimewa, kalau kena cuti ini pada cuti umum set A [Ahad atau Sabtu], ianya akan diganti pada hari bekerja yang berikutnya. Tapi, ini bergantung juga.. Jawatan apa, Majikannya siapa..

Faham...?

Balik kepada cuti kombo set A cerita aku tadi, muahua3.

Tahun ini, menurut kalendar Masihi, umat Islam Malaysia bakal menyambut kehadiran Syawal yang pertama pada 10 Sept. Tertakluk kepada perubahan pihak berkuasa agama dan pengisytiharaan Majlis Raja-Raja [+ TYT-TYT].

Untuk menambah masa cuti, aku memilih untuk mula balik dari Tenom pada 03 Sept [Jumaat]. Jadi, kena mohon [bukan ambil] cuti bermula 06 - 09 Sept.

Inilah cuti set A yang aku maksudkan.


Borang Mohon Cuti

Kad Cuti Rehat

Belakang kad cuti rehat


Cuti Tambahan

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran [KPM] ada membuat pegumuman di saat-saat akhir mengenai cuti tambahan dan cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengumuman ini menyebabkan banyak sekolah yang sudah membuat cuti ganti dan mengambil cuti peristiwa, 'menghalalkan' saja cuti mereka yang bertindih dengan pengumuman cuti yang lewat itu.

13 Sept. = Cuti Peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri.

14 - 15 Sept. = Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri.

16 Sept. = Cuti Hari Penubuhan Malaysia [bukan Kemerdekaan Malaysia].


Tu tarikh-tarikh yang aku ingat lah..

Perancangan semasa

Rancangan untuk bersahur, berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga sudah tertunai, walaupun hanya di se-pertiga terakhir.

Tahun ni, solat sunat Aidulfitri di Kudat. Kemudian, raya kedua akan ke Pitas [Kg. Saab]. Di sana masa raya kedua meriah di kawasan perkuburan dari awal pagi hingga petang. Rata-rata yang tidak sempat atau tidak datang pada raya pertama ke kampung, akan terus ke tanah perkuburan ini untuk menziarahi kaum keluarga sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Raya ketiga, balik ke Kudat. Tiada aktiviti lagi untuk raya ketiga dan keempat ni, ehe.

Raya kelima, insya Allah akan beraya ke rumah bakal keluarga buah hati di Kg. Mosolog, Kota Marudu. Tema kami tahun ni, warna ungu [Keluarga, campur-campur. Yang lelaki, hijau]. Mau juga warna perang [oren] tapi macam ketara pula nanti bilang Pakatan Rakyat, muahua3!

Raya keenam dan seterusnya, masih tidak tetap lagi. Setakat ni untuk sekitar Kudat, sudah ada dua jemputan rasmi untuk datang beraya. Kak Shizan [rakan FS] dan juga Kak Kasmah [senior UMS].

Luar Kudat, ada tiga. Armilla [junior SMATSKB ;')], Atiqah [ex-classmate SMATSKB], dan ust. Ismail [guru masa di SMATSKB].

Ada juga yang lain tapi yang umum punya lah, ehe.

Jadi pada yang sudi, pastikan anda sudah menjemput aku datang beraya ke rumah kalian ya, hua2.

Balik Tenom

Di Tenom pun banyak juga jemputan. Antara jemputan yang rasmi punya ialah dari Kak Diana [isteri ust. Raman, SK. Paguokon]. Dia SMS masa aku dalam bas dalam perjalanan Keningau-KK. Sodeh pula nda dapat beraya kejap masa awal-awal Raya. Manatau tiada peluang lagi beraya awal-awal di Tenom... x>

Ohya, bila aku balik ke Tenom? Biarlah rahsia... Muahua3! XD

Wednesday, September 01, 2010

Aktiviti keagamaan di Televisyen: Islam sahaja? [1/2]

Saya ada terbaca di Group "Pertahankan Hak Sabah" di Facebook mengenai cadangan untuk menyiarkan slot / rancangan program keagamaan untuk agama Kristian melalui televisyen. Perbandingan yang diberikan ialah program Jejak Rasul yang umum mengetahui ianya dikategorikan sebagai 'khusus untuk muslim' atau yang beragama Islam sahaja.

Kalau program sedemikian dibikin untuk Muslim, kenapa tiada untuk penganut Kristian..? Begitu persoalan yang timbul.

Kedaulatan Undang-undang

Sekali imbas, cadangan ini adalah baik dalam semangat 'sama-rata' dan sedikit dalam justifikasi 'Adil'. Mengapa saya berfikiran sedemikian?

Undang-undang tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan. Jika suatu undang-undang selain yang diperuntukan atau termaktub di dalam Perkara-perkara Perlembagaan Persekutuan, ianya terbatal, tertolak dan tidak sah untuk diperlakukan.

Sebab itu 'pengazetan' suatu undang-undang atau peraturan memerlukan peruntukan perundangan dari Perlembagaan Persekutuan. Dalam bahasa yang mudah, undang-undang A, B, dan C perlukan keizinan dari Perlembagaan Persekutuan.

Keizinan itu pula - saya fikir - terbahagi kepada dua iaitu secara jelas bertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan, atau melalui huraian, justifikasi dan rumusan para Hakim yang kemudiannya diwarta atau dilaksanakan oleh pihak yang lain.

Contohnya, takrifan mengenai Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan perlukan huraian dan pencerahan lanjut dari para Hakim dan pakar undang-undang dan kurang tepat untuk difahami melalui bacaan-pemahaman secara literal. Ia menganggu sedikit lojik kita.

Pendapat saya

Bagaimana dengan agama rasmi? Pengamalan agama yang lain? 'Imuniti' agama rasmi?

Kita berbalik kepada topik.

Berdasarkan asas yang saya sebut di atas melalui lontaran persoalan, saya secara peribadi berpendapat:-

Orang bukan Islam di Malaysia;

a. bebas mengamalkan ajaran masing-masing tanpa halangan,

b. bebas melakukan aktiviti keagamaan masing-masing,


..selagi dalam ruang lingkup keperluan mereka, mematuhi undang-undang atau peraturan yang dikuat kuasakan oleh pihak yang bertanggungjawab, dan tidak ditujukan khusus kepada orang Islam.

Aktiviti keagamaan ['dakwah'] orang bukan Islam di Malaysia tidak boleh dengan apa cara dan maksud sekali pun dituju dan dikenakan ke atas orang Islam. Ianya salah menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Melalui peruntukan ini, ianya dilaksana oleh setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia, melainkan beberapa situasi bagi Sabah dan Sarawak.  

Walaupun Islam adalah agama rasmi dan aktiviti atau pengamalan yang bersifat keagamaan [beridentitikan Islam] adalah lebih meluas, terbuka, dan pendek kata ada di mana-mana sahaja di Malaysia, orang bukan Islam tidak perlu risau jika ia dirasakan sebagai suatu ancaman kerana ianya bukan suatu paksaan. Orang bukan Islam bebas untuk memilih sama ada 'peduli' atau 'tidak mempedulikannya'.

Inilah yang saya maksudkan sebagai 'imuniti agama rasmi' di Malaysia melalui kaca mata Perlembagaan Persekutuan.


~Bersambung...