Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1431 HIJRAH

Alhamdulillah, kita - umat Islam - telah sampai ke penghujung bulan Ramadhan yang mempunyai 1001 macam kebaikan dan kekayaan.

Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang, insya Allah.

Sebentar tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa [Aidilfitri] bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan [ialah] pada hari Jumaat, 10 Sept. 2010.

Saya mewakili diri saya, seluruh ahli keluarga saya, Armilla Mejon serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang menyampaikan ucapan Hari Raya dan yang mengenali diri kami [keluarga, rakan-rakan dan kenalan], walau di mana jua anda berada.


Pada yang telah lebih dahulu meninggalkan kita, kunjungilah pusaranya, titipkanlah doa untuknya. Kepada yang masih ada di sisi kita, berbakti dan berbuat baik lah kepada mereka. Kunjungi sanak-saudara, jiran tetangga, teman dan taulan sama ada yang selalu ditemui atau lebih-lebih lagi yang sudah lama tidak berjumpa. Bersederhana dan bersyukurlah semasa menyambut perayaan kita ini. Ingat-ingatlah saudara kita yang lain yang kesusahan dan bernasib malang. Susah-senang, kaya-miskin, itu semua adalah ujian dariNya.

Semoga di Hari dan Bulan Kemenangan ini, kita semua beroleh kegembiraan dan payungan kasih-sayangNya. Amin ya Rabbal 'alamin..


Sekotak mancis, secawan madu
Selaut kasih, seluas rindu
Salam manis, penuh syahdu
Salam Aidilfitri, dariku untukmu..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

(^_^)

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!