Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, October 22, 2010

Tulisan Ringkas: Penjelasan buat Pelajar Pengajian Melayu

Sukacita saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat penjelasan berhubung tulisan saya di dalam blog ini yang bertajuk "Teknik Tulisan Ringkas dan Pantas [Kaedah MSS]" [baca: 'Teknik Tulisan']. Pautan tulisan tersebut boleh dibaca di sini [klik].

Penjelasan ini ditujukan khusus buat 'Pelajar Pengajian Melayu' dan juga mana-mana pihak yang berkaitan.


[Klik gambar - right-click -  untuk imej yang lebih jelas]


Memandangkan pada dasarnya saya ingin membuat penjelasan penuh, saya khuatir ianya mengambil masa yang panjang untuk dibaca. Maka saya mengambil pendekatan untuk menulisnya seringkas dan sepadat yang mungkin.

Penafian

DI dalam tulisan 'Teknik Tulisan' tersebut, saya ada membuat makluman [penafian] bahawa apa yang saya tulis adalah pandangan peribadi. Ianya tidak lebih sebagai suatu 'Cetusan Idea'. Ianya sekadar cadangan spontan.

Saya petik perenggan tersebut untuk rujukan bersama:



Tujuan dan Skop 'Teknik Tulisan'.

Di dalam penafian itu, juga telah diselitkan bersama tujuan saya menulis 'Teknik Tulisan'. Umumnya, saya menulis sebagai suatu perkongsian pengalaman-pengetahuan mengenai cara mudah bagi sesorang menulis suatu ucapan, nota, karangan dan lain-lain.

Maksud menulis itu hendaklah ditafsir sebagai "menulis dalam suasana atau bagi tujuan tidak rasmi".

Maknanya, bagi suasana atau tujuan yang rasmi, saya tidak mengesyorkan agar 'Teknik Tulisan' tersebut diguna pakai.  

Jadi secara mudah, 'Teknik Tulisan' saya adalah mengkhusus kepada seseorang yang ingin menulis sesuatu, dalam suasana tidak formal/rasmi sebagai simpanan/sisipan peribadi. Sebagai contoh, menyalin nota penting dari kuliah seorang pensyarah yang laju bercakap.

Intipati 'Teknik Tulisan'

Secara umum, 'Teknik Tulisan' mencadangkan pendekatan yang mungkin baharu bagi pengguna Bahasa Melayu. 

Ini kerana, 'Teknik Tulisan' mampu memelihara lenggok dan tatacara penulisan Bahasa Melayu dalam suasana tidak formal, terutamanya di dunia maya seperti Internet [Forum, Laman Sosial, Blog, dan lain-lain] dan Sains Teknologi [Sistem Mesej Singkat, Pengaturcaraan Komputer dalam Bahasa Melayu, dan lain-lain].

Melalui ketiga-tiga hukum 'Teknik Tulisan' yang saya cadangkan, ianya mementingkan logik yang wajar wujud dalam setiap perkataan, yang ditulis atau ingin ditulis. Dari logik ini, ianya mampu diangkat sebagai suatu piawaian [standard]. Bila sudah menjadi piawaian, ianya boleh difahami oleh semua golongan. Ingin ditekankan semula, ianya fokus dan mengkhusus kepada penggunaan dalam suasana/tujuan tidak formal/rasmi sahaja.

Cara ini juga - secara tersirat - ingin mengurangkan kadar penggunaan bahasa rojak yang membuatkan imej Bahasa Melayu standard tergugat dan cacat. Saya lebih 'berkenan' penggunaan 'Manglish' [Malaysian English] berbanding 'English in Bahasa'. Antara ayat " I know bah*.." dan "I nak you tahu..", saya lebih rela memilih ayat "I know bah..".

*Bah di sini bukan bermaksud air bah atau banjir. Bah adalah antara perkataan tambahan dalam Bahasa orang Sabah yang sudah menjadi standard dalam perbualan seharian yang merentasi kepelbagaian bangsa/kaum/etnik di Sabah..

Justeru, meringkaskan perkataan bagi memudahkan pengguna adalah pilihan yang lebih baik bagi membendung bahasa rojak. 'Teknik Tulisan' ingin tampil sebagai suatu alternatif.   

Merujuk pihak Dewan Bahasa dan Pustaka

Ini ialah pokok soalan 'Pelajar Pengajian Melayu'. 

Sebenarnya, jika diamati dengan baik perenggan penafian di awal tulisan tersebut, saya yakin pembaca boleh menghidu yang 'Teknik Tulisan' hanyalah tulisan spontan yang bersifat perkongsian peribadi secara umum untuk mendapatkan input baharu dari pihak lain.

Saya juga berpendapat bahawa tiada keperluan yang mendesak atau justifikasi yang wajar untuk membawa perkara ini ke pengetahuan pihak berkenaan. Ini kerana, cadangan saya memfokuskan suasana/tujuan yang bersifat tidak formal/rasmi. Lainlah jika saya ingin idea ini diangkat dan diasimilasikan dalam penggunaan standard. Sebagai contoh dalam Bahasa Inggeris, ayat "I do not know.." boleh diringkaskan menjadi "I don't know..". Ada banyak lagi contoh yang lain, yang telahpun diterima sebagai standard Bahasa Inggeris. 

Saya petik semula perenggan yang berkaitan:



Pendek kata, saya belum lagi secara rasmi membawa perkara [idea] ini ke pengetahuan pihak yang lebih berautoriti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan, semakan, dan penilaian mengenainya. 

Kesimpulan

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Pelajar Pengajian Melayu' yang sudi memberikan maklum balas berhubung perkara ini. Sebagai makluman, beliau adalah orang pertama yang memberikan komen terus kepada saya sejak tulisan ini disiarkan beberapa bulan yang lalu.

Saya sangat mengalu-alukan komen 'Pelajar Pengajian Melayu' atau mana-mana pihak yang lain mengenai idea atau cadangan saya ini - 'Teknik Tulisan'. Saya yakin, masih wujud kelemahan atau kelompangan yang berlegar di luar kotak pengetahuan saya.

Sesungguhnya, pertanyaan tersebut menambah keyakinan dan kekuatan saya untuk memperbaiki lagi 'Teknik Tulisan'. Saya bercadang untuk mengajukan hal ini kepada pihak yang berautoriti di masa akan datang.

Saya harap, penjelasan yang singkat ini mampu menyuluh terang yang kabur, menguraikan yang tampak kusut. 

Sekali lagi, saya berbesar hati mengalu-alukan maklum balas dari mana-mana pihak. Sila berhubung terus dengan saya terutamanya melalui medium ini. Ini untuk memudahkan rujukan.

Ribuan terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.


Mohd. Samizul bin Samad
Tenom, Sabah

Nota: Jika perlu, mungkin nanti saya akan tanda [highlight] mana-mana isi yang penting, dan membuat penjelasan tambahan mengenai isu ini.

Thursday, October 21, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang ii

Ada sesuatu yang sangattt istimewa berlaku pada tarikh ini, tiga tahun yang lalu..

Waktu itu, aku masih di kerusi NYDP3 KKCD SST, UMS.. Dan si dia pula, masih di bangku *tUt*. Biarlah rahsia kata kak Sitti Nurhalidja... x>

Lagu ini didendangkan teristimewa buat yang sungguh teristimewa.. ;)




Selamat Ulang Tahun yang ke-3 Sayang...!!! 



Nota : Mula dengar lagu Hanyut ni di TV3 pada 10.10.10. Masa tu lepak dirumah ustaz yang sambut ulang tahun hari lahirnya hari tu.. Lebih kurang seminggu kemudian, dengar puas2 lagu tu dari album CD Adrenalin.. ORI okay..
 
Nota ii: Hal-hal romantik kurang ditayangkan di sini. Sebabnya, penulis blog ini seorang yang bermuka serius, muahua3! XD

Tuesday, October 19, 2010

Takziah buat rakan FS; Jumi n keluarga..

Pagi tadi, aku mendapat makluman dan berita sedih dari Group Facebook [FB] Fasilitator SchoolNet [FS] Sabah yang seorang rakan FS - Jumiati Abdul Razak - telah ditimpa musibah besar semalam.

Rumah kak Jumi dan keluarganya telah mengalami kebakaran. Tidak aku pasti tahap kebakaran itu tapi yang aku rasa pasti, ianya kebakaran besar. Setahu aku, kak Jumi tinggal di kawasan Likas, Kota Kinabalu. Aku juga cuba mencari dari mana-mana akhbar online yang ada memuatkan berita yang berkaitan. Malangnya, aku nda jumpa siang tadi. Setelah blogwalking, baru jumpa.. Dari blog FS Nurshizan. Pautannya ada di bawah. Menurut Utusan Malaysia Online, ianya berlaku di Inanam, pada waktu malam.

Kak Jumi merupakan FS di SKMM wilayah Sabah. Beliau merupakan FS ambilan sulung.

Berikut aku petik mesej yang aku terima..

Selamat pagi semua,

Di sini saya ingin maklumkan berita sedih yang rumah FS di SKMM iaitu Cik Jumiati Abdul Razak telah terbakar semalam.

Jika ada mana2 individu yang ingin meringankan beban Jumi dan sekeluarga bolehlah menghulurkan bantuan di akaun public bank Jumi.

Akaun Public Bank Jumi - 4 8 4 0 9 7 0 6 0 3

Sebarang bantuan dan sumbangan anda semua amatlah dihargai 


Buat kak Jumi dan keluarga, semoga ditabahkan hati dan bersabar sebanyak-banyaknya atas dugaan yang menimpa ini. Semoga Allah s.w.t memberikan hikmah yang lebih baik atas ujian yang sungguh berat ini.

Harap kita rakan-rakan FS dan kenalan beliau, serta pihak lain dapat juga menghulurkan tangan buat meringankan beban yang ditanggung oleh kak Jumi. 

-_-


Nota: Jika ada mana-mana rakan FS yang mempunyai berita sebegini untuk dikongsikan, harap dapat juga dikongsi bersama..

Ruj:
01. Facebook FS Sabah [klik]
02. FS Shizan - [klik]

Sunday, October 17, 2010

Fasilitator SchoolNet KPKK: SPS, PKS dan Belanjawan 2011

Nota: Tulisan ini hanyalah bersifat perkongsian pandangan peribadi. Penulis menulis apa yang dia tahu dan faham, sebagai satu perkongsian untuk input baharu dan yang lebih jitu. Dengan erti kata yang lain, ianya perlukan rujukan [dirujuk] dan kata putus dari pihak yang lebih utama [berautoriti] dalam perkara ini.

Tulisan ini didedikasikan istimewa untuk semua rakan sejawatan - Fasilitator SchoolNet [FS] - seluruh Malaysia.


Skim Perkhidmatan Singkat

SPS ialah akronim bagi Skim Perkhidmatan Singkat.

Ianya adalah medium, kaedah dan 'penaung' bagi orang-orang yang taraf jawatannya adalah kategori Singkat dalam kamus Perkhidmatan Awam Malaysia. Jawatan yang berstatus [kategori] Tetap adalah 'lawan' kepada status Singkat. Kontrak, Sambilan, dan Sementara ialah contoh bagi status Singkat. Tetap, Tetap dalam Percubaan, Tetap dan Berpencen ialah contoh bagi status Tetap.

SPS diwujudkan berdasarkan situasi/keperluan semasa. Maksudnya, bukan 'keperluan sentiasa'.

Jika ada keperluan mendesak atau khusus, maka skim ini diwujudkan [atau melalui skim ini bagi situasi yang lain], bergantung kepada kaedah [cara/peraturan] semasa dalam Perkhidmatan Awam.

Suatu angka bajet akan ditetapkan setelah mengambil kira faktor untuk mereka yang berkhidmat di bawah skim ini seperti bilangan, kadar upah, jam bekerja, dan tempoh berkhidmat.

Bajet tadi adalah berdasarkan peruntukan yang datang [diberi, susulan, bantuan khas dsb] atau yang sedia ada dalam suatu Agensi atau Jabatan.

Pegawai Khidmat Singkat

PKS adalah akronim bagi Pegawai Khidmat Singkat. PKS adalah orang [manusia], atau mereka yang bekerja di bawah / di dalam SPS.

Menurut laman web treasury.gov.my, PKS adalah pekerja yang diberikan upah [gaji] berdasarkan jam bekerja dan biasanya hanya berkhidmat selama enam bulan. Walaupun tidak diiktiraf sebagai Penjawat Awam, beberapa peraturan atau undang-undang bagi Penjawat Awam adalah terpakai bagi PKS. Contohnya, jumlah waktu/jam bekerja, dan Akta Rahsia Rasmi.

Aku tidak tahu kalau ada PKS yang diiktiraf juga sebagai Penjawat Awam.

PKS antara 'jenis' jawatan yang wujud dalam SPS. Aku tidak tahu apa lagi jenis jawatan yang wujud dalam SPS. Kalau ada jenis-jenis lagi lah..

Bagi aku, PKS adalah justifikasi dari SPS. PKS wujud kerana SPS wujud.

PKS = mereka yang bekerja dalam tempoh singkat.. SPS = 'penyebab' yang menawarkan pekerjaan tetapi untuk tempoh berkhidmat yang singkat..

Kalau PKS tidak termasuk atau dikategorikan di bawah / di dalam SPS, PKS masuk kategori mana lah?

Bukan dalam FS, ada istilah 'gaji dipotong' juga kalau tidak lampirkan bersama surat/borang tertentu yang diperlukan tu..?

Belanjawan 2011: 'Hadiah' untuk PKS

Dalam Belanjawan 2011, ada dinyatakan bahawa PKS yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2010, akan disambung semula bagi tempoh setahun [sehingga 31 Disember 2011].

Yang menjadi 'riuh-rendah' di kalangan FS sekarang ialah, adakah FS termasuk dalam geng PKS? Mari lihat dua perkara yang mencetuskan persoalan ini:

01. Surat Tawaran dan Surat Perjanjian FS dengan jelas menyebut FS dilantik di bawah SPS Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

02. Surat Pemulangan Kontrak ada menyebut 'Pegawai SPS FS' dan 'Pegawai Skim Khidmat Singkat [SPS]'.

Soalan lain, apakah perkara yang boleh menjadikan/melayakkan FS termasuk sebagai geng PKS?

Masih ingat Bonus Raya RM500 baru-baru ini yang dipanjangkan sehingga Pekerja Kontrak untuk Perkhidmatan [Contract for Service] - seperti FS - dapat menikmatinya sama..?

Itu bukti kita FS bukan penjawat awam. Jauh sekali berstatus Tetap. Malah bagi aku, kontrak kita ialah kontrak yang paling bawah sekali dalam 'struktur' kontrak. Kontrak, sudah tentu Singkat bukan..

Rumusan: Pandangan peribadi

Berdasarkan apa yang aku tulis di atas, sudah nyata yang aku beranggapan bahawa FS ialah PKS, juga ialah pegawai SPS.

Jadi secara mudah, aku berpendirian dan 'majoriti' optimis yang kita FS akan disambung tempoh berkhidmat untuk setahun lagi [sehingga 31 Disember 2011] selepas ia pada asalnya dijadual tamat pada 31 Disember 2010 ini.

Namun, perkara begini perlu ada 'hitam-putih'nya. Surat Pekeliling dari KPKK mengenai hal ini ialah bukti pengesahan. Itu 'kata putus'.

Esok hari Isnin. Aku sangat berharap geng-geng FS sekalian seluruh Malaysia akan bangun penuh semangat dan motivasi - tidak seperti Isnin-isnin yang lalu - untuk bekerja sambil menunggu khabar 'penenang jiwa' dari Bos kita.

Mudah-mudahan dengan izinNya, khabar indah itu adalah nikmat yang pasti untuk kita. Amin ya Allah. vv(^^,)


Nota: Kalau pasti sudah kontrak disambung, surat mohon perlanjutan yang disokong oleh pentadbiran sekolah macam manalah..? Hi5.. x)

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011: Bajet oleh Rakyat

Aku nda pasti apa tema belanjawan negara kita bagi tahun 2011.

Apa yang aku pasti - menurut Perdana Menteri [PM] kita - ianya adalah 'Bajet Rakyat' atau 'Bajet oleh Rakyat'. Ini kerana, belanjawan ini bukan sahaja demi rakyat, tetapi juga dari rakyat. PM menjelaskan bahawa pembentangan ini mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai.

Pencadang

Ahli politik, para hartawan dan kaki kipas juga adalah rakyat. Aku harap, pandangan-pandangan atau cadangan-cadangan yang berbau projek yang bersifat keuntungan dan/atau 'geng' semata diminimumkan dari menyelinap masuk ke dalam intipati Belanjawan 2011.

Dalam keseronokan kita melihat angka bajet yang dibentang semakin besar, angka defisit bagi belanjawan negara yang terus melebar saban tahun janganlah mudah dilupakan.

Rakyat dan marhaen, aku fikir sesuatu yang tidak serupa. Sama tapi tidak serupa.

Topik dan sasaran

Antara topik yang dibangkitkan yang berkaitan dengan pekerjaan ialah: 1) Pelaksanaan Gaji Minimum, 2) Cukai dan Subsidi, 3) Kualiti dan Kos Pendidikan, dan 4) Menaikkan taraf internet dan jalur lebar.

Perkara lain ialah mengenai peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin.

Secara ringkas, bajet ini mensasarkan [matlamat] agar Belanjawan 2011 dapat menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tonton dan saksikan

Semua rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan untuk mendengar sama sesi pembentangan Belanjawan 2011 ini bermula pukul 4:00 petang [sekejap lagi], hari ini [15.10.2010] secara langsung di kaca televisyen.

Seterusnya, sama-sama kita perhalusi intipati-intipati yang wujud di setiap tajuk dalam pembentangan ini. Jangan tidur okay.. Mana tahu ianya betul-betul ngam sama kita..? Ehe..

Selamat membentang kepada YAB Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan dan anggota rakyat. Semoga Belanjawan 2011 ini dapat dikurangkan pembaziran dan ketirisannya demi menjelmakan hasrat Malaysia terus dipacu maju ke hadapan dalam serba-serbi kualiti hidup/kehidupan.

Sumber: Bajet 2010


Nota: Aku berdebar-debar mengenai status kontrak aku selaku Fasilitator SchoolNet. Kami antara 'duta ICT' dari pihak kerajaan di sekolah-sekolah. Dub dab, dub dab.. Gulpp..

Thursday, October 14, 2010

Kembali ke persada maya

Akhirnya aku kembali aktif ke persada alam maya...!

Beberapa hari dalam minggu ini amat mencabar kenormalan rutin harianku. Syukur semuanya diatasi perlahan-lahan sebaik mungkin. Kata Albert Einstein, "Saya bukan genius kerana saya menyelesaikan masaalah itu; tetapi kerana saya 'bersama' dengan masaalah itu lebih lama". Begitulah lebih kurang maksudnya, ehe.

Ubuntu 10.10: Maverick Meerkat

Semuanya bermula gara-gara menaik taraf [upgrade] versi sistem operasi [OS] laptop aku ini; dari Ubuntu 10.04 ke Ubuntu 10.10 yang baru sahaja dilepaskan pada 10.10.2010 yang lalu. Aku mula menaik taraf pada hari Isnin malam sebab hari Ahad tu masih ada masaalah untuk naik taraf. Bila Isnin, barulah keluar kemas kini terbaharu dari Ubuntu yang membolehan aku menaik taraf.

Dipendekkan cerita, 12hb tu laptop aku masih ok walaupun ada beberapa setting yang terkacau oleh versi baharu Ubuntu terutamanya versi kernel.

Tapi yang kacau betul ialah aku nda dapat masuk Windows XP melalui VirtualBox. Ni yang aku hangen tul. Naseb masa tu ada kangen-kangen sama 'tut'. Muahua3! XD

Lagi yang aku hangen bangat ialah aku TERsalah pilih file system jadi 'read-only'. Ini menyebabkan login tidak dapat secara graphical mode. Hanya dapat guna Terminal dan Recovery Mode. Situasi menjadi rumit. Pertapaan yang masuk hari ke-2 masih jauh dari penyelesaian, menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membuat fresh installation. Ni kira macam format lah juga. Sebelum buat pemasangan [install], kena ada Live CD Ubuntu dulu. Jadi tadi petang aku pun muat turun lah iso Ubuntu 10.10 untuk desktop edition

Windows dalam Linux

Aku guna Windows XP tu untuk kelas ICT yang aku adakan sejak minggu lalu. Oleh sebab laptop masaalah, maka kelas ICT untuk 12hb jadi aktiviti bebas [jadual belajar = MS Office Word], dan 13-14hb pula kelas aku batalkan. Terperuk di pejabat untuk selesaikan hal ini.

Apapun, sekarang semua dah kembali baik. Masa aku menaip ni, tinggal perisian VirtualBox lagi yang belum aku pasang. Kali ni aku mau cuba VirtualBox edisi Sumber Terbuka [Open Source Edition] pula untuk menjalankan [run] Windows XP dalam Linux Ubuntu. Dua OS dalam satu laptop, wauwh.

Maaf...

Maaf jika ada yang nda terlayan di alam maya selama dua tiga hari ni. Insya Allah lepas ni aku akan bermesra kembali dengan kamu semua.

Nantikan ceritaku yang akan datang. Jumpa lagi! ;)




Nota: Aku aktif juga sikit online sebab aku pakai laptop PPSMI. Mau pakai dua laptop bah untuk 'eksperimen' ni, ehe3

Monday, October 11, 2010

Buku Panas sudah sampai..!

Buku bikin panas SUDAH sampai..!

Seingat-ingat lupa aku, ini adalah buku yang pertama aku beli secara Dalam Talian [Online]. Ini juga buku yang aku fikir super eksklusif sebab bukan sembarangan kedai yang ada menjualnya. Eksklusif dari sudut 'tema' yang dibawa. Aku rasalah..

Baiklah, tanpa melengahkan lagi masa, marilah melihat buku apakah yang di-mengidamkan oleh MSS LaWLiET ini..!




Keganasan, Penipuan dan Internet; 
hegemoni media daulah pecah





Berminat? Hubungi laman di atas..


Harga = RM30. Pos = RM5. Aku cadang untuk kongsi sedikit sinopsis mengenainya nanti. Sinopsis dari bahagian 'Mukaddimah'. Setakat ini, aku sudah masuk ke cerita yang ke-4.


Nota: Aku pernah beritahu di Facebook yang aku mahu beli buku ni, ehe..

Sunday, October 10, 2010

Sindrom kurang motivasi di pagi Isnin

Anda termasuk dalam kelompok yang aku sebutkan di atas?

Nah, lebih kurang juga kita, ehe..

Aku pun dulu selalu berasa malas-malas di pagi Isnin. Lama sudah berperasaan begitu; Pagi Isnin = Malas-malas, Petang Jumaat = Rajin tidur. Tambah terbiasa masa di asrama SMATS dulu, ehe..

Apapun, sejak bekerja di persekitaran sekolah ini, sesuatu perlu diubah. Pagi Isnin, ada perhimpunan. Aku sudah biasa untuk ikut sama datang perhimpunan.

Aku juga sudah biasa bangun lebih awal di pagi Isnin sebab ada beberapa kerja rumah yang belum aku siapkan. Contohnya [kadang-kadang], cuci tandas, bersihkan dapur, menyapu, basuh kain dll.

Kadang-kadang, rasa malas-malas datang. Jadi, lagu ni lah yang aku layan dan pasang suara [volume] kuat-kuat. Saja supaya yang lain dengar.. Bila sudah kuat, aku ikut menyanyi-nyanyi pun tidaklah sumbangnya ketara sangat.

Apa kata anda mencubanya..? Nyanyi dengan penuh semangat a..


 Malaysia Satu - Faizal Tahir



Nota: MSS peminat Faizal Tahir 

Saturday, October 09, 2010

Konvokesyen 2010: Salam Graduasi untuk semua!

Sumber: scu.edu


Bersempena meraikan Hari Konvokesyen bagi tahun 2010 buat semua rakan-rakan sama ada senior mahupun junior, aku dengan penuh rasa bangga dan gembira mengucapkan "Selamat Berkonvokesyen" kepada kamu semua terutamanya buat alumni SMKA Tun Said, Kota Belud [SMATS] dan semua kenalan di Universiti Malaysia Sabah [UMS].

Ada yang awal konvo, ada yang sedang konvo, dan ada juga yang bakal konvo dalam sedikit masa lagi.

Apapun, SYABAS dan TAHNIAH aku ucapkan kerana kamu telah berjaya menamatkan sesi pengajian di alam kampus dan dianugerahkan segulung Ijazah yang menjadi impian ramai untuk menggenggamnya.

Selamat bergembira dan raikan detik-detik manis ini sebaiknya bersama mereka yang tercinta dan tersayang..!

Welcome to the Club! ;D


Sumber: Facebook MSS


Nota: Aku sedang berada di KK untuk pemeriksaan gigi.

Friday, October 08, 2010

Kelas ICT SKPT: Monolog Skema

Ia suatu penantian yang agak lama.

Ketika tiba di suasana dan persekitaran yang baharu, misi yang di bawa juga baharu.

Setelah mengenali dan memahami [kalau dapat] 'komponen' dan 'interaksi antara komponen', maka mungkin misi kita perlu diperbaharui atau perlukan sedikit sentuhan perubahan.

Di mana kita masih lagi baru didalamnya.

Mencatur strategi: Cari peluang, rai kesempatan

Setiap orang punya strategi sendiri dalam menghadapi sesuatu.

Ada orang; bila dengar bunyi mengilai, terus kecut perut dan berlari ketakutan. Ada orang; bila dengar bunyi mengilai, dia menjerit balik menanyakan soalan bonus, "WOI SAPA TU HAH...?!"

Bunyi mengilai = Menghadapi sesuatu. Berlari ketakutan / menjerit balik = Strategi. [Dalam kes ini: Strategi untuk menghilangkan rasa takut oleh bunyi mengilai.]

Dalam peperiksaan, temuduga dan sebagainya, ada orang yang akan terus mengulang kaji hingga ke saat-saat akhir. Ada pula, yang diam sambil memerhatikan sekeliling. Ada juga yang terus bercerita bergelak ketawa.

Ketika aku masih baru tiba kelmarin, maka esok bukanlah semestinya aku mula melaksanakan gerak langkah yang sudah disemat sebelum datang. 

Sebagai warga baru, ada perkara yang menjadi utama untuk dipersembahkan.

Ini strategi, untuk suatu adaptasi, untuk mencapai misi.

Aku lebih suka menafsir peluang ini ialah sesuatu yang selalunya datang tanpa dirancang oleh kita sendiri. Didalamnya, hampir-hampir kosong peratus peluang untuk kita 'mengubahnya'. Kesempatan pula, adalah sesuatu yang wujud sama ada dalam peluang yang datang, atau dalam rutin harian. Didalamnya, kita boleh 'menambah-baik'.

Contoh; Aku menerima jawatan sebagai FS. Ini adalah peluang untuk aku mendalami bidang ICT dan Keguruan. Memahami psikologi dan persekitaran sekolah serta warganya, adalah suatu kesempatan yang baik untuk aku terokai.

Carilah peluang pekerjaan. Bila peluang itu sudah tiba, rai-lah kesempatan-kesempatan yang ada untuk kita menambahkan pengalaman dan tahap bergunanya diri kita kepada struktur masyarakat / sosial.



Berani Bertaruh = Berani Gagal

Pernah baca buku 'Berani Gagal'? Sejujurnya, aku lebih banyak melihat muka depan buku itu berbanding balik-balik membaca kandungan didalamnya.

Aku suka ke kedai buku. Sama macam aku suka ke mesin ATM untuk keluarkan duit. Kalau boleh, aku mahu beli semua buku yang berpuluh-puluh [bukan berpeluh-peluh] minit aku belek-belek di kedai buku itu.

Aku tahu kalau aku beli buku itu, aku belum tentu dapat menghabiskannya dalam masa yang singkat. Ada buku yang sudah bertahun aku beli, tanda baca-nya masih belum menjengah muka surat 'indeks'.

Itu boleh dikira sebagai suatu kegagalan. Namun demikian, aku tetap juga membeli buku itu kerana aku 'berani bertaruh'. Bertaruh, yang suatu masa nanti buku itu akan menjadi kebanggaan aku.

Kejayaan adalah apa yang kita banggakan. Kita bangga bila kita berjaya.

Begitu juga bila kita merancang sesuatu. Kita sebenarnya bertaruh. Bertaruh dengan banyak faktor; luaran dan dalaman.



Situasi 'menang-menang' [win-win situation]

Ayat ini ibarat Hubungan Simbiosis dalam Sains. Hubungan ini menguntungkan kedua belah pihak, dan dalam masa yang sama TIDAK merugikan mana-mana pihak. 

Tidak seperti Monopoli atau Kapitalisme yang lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan sangat ada pihak yang rugi atau tidak. 

Ketika kita mencatur strategi, dan bertaruh [atau dalam Catur aku panggil: Piece Suicide], maka faktor KESAN perlu dicongak dan dianalisis sebaik mungkin. 

Analisis faktor kesan, bagaikan meramal masa hadapan. 

Ketika suatu strategi itu dirasa bakal menuju ke arah kegagalan, maka Pelan Sokongan [Backup Plan] perlu 'diserenkan'. 

Sekiranya adalah payah untuk menyediakan Pelan Sokongan atau upaya Pelan Sokongan itu tidak kuat meyakinkan, maka strategi yang dicatur awal-awal tadi - jika tetap juga diguna pakai - perlu minimum kesan negatif atau impaknya terhadap pihak yang berkepentingan.

Contoh; Kelas ICT dirancang diadakan untuk semua murid serta warga yang lain. Namun, ada pihak dalam kategori murid dan warga yang lain tadi yang 'No.1'. Maka golongan inilah yang menjadi target utama atau sasaran sang perancang.

Memandangkan faktor masa, persekitaran dan kemudahan adalah terbatas, tidak semua murid atau warga sekolah yang lain dapat ikut Kelas ICT. Maka Pelan Sokongan ialah, sebagai contoh: Mengadakan kelas di luar waktu 'bekerja', Menyediakan bahan-bahan bercetak untuk diedarkan terutamanya nota dari Kelas ICT, dan 'melobi' para guru supaya dapat juga menyentuh mengenai ICT semasa waktu P & P mereka.

Maka, situasi menang-menang yang akan muncul ialah; Semua pihak memperolehi input mengenai ICT walaupun tidak berpeluang untuk mengikuti / menghadiri kelas ICT.

Wujudkan situasi menang-menang dalam setiap tindakan untuk keputusan yang sudah kita putuskan, sehari-hari.

Monday, October 04, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang

Nota: Sesuai untuk yang berkenaan sahaja.




Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



SeLaMaT MeNyAmBuT UlAnG TaHuN HaRi LaHiR YaNg Ke-21...!

Didoakan agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa beramal kebajikan, dan dalam rahmat dan kasih-sayangNya..!

Jangan lupa ucap syukur pada Allah s.w.t dan terima kasih pada mama n bapa ya.. ;D

Selamat Maju Jaya dan Moga Bahagia Kekal Sampai ke Sana.. ;D


Nota: 04 Oktober merupakan CUTI UMUM bagi LaWLiET sempena Hari Keputerian LUVI.

Sunday, October 03, 2010

Bonus Raya untuk pekerja kontrak

Alhamdulillah, bonus raya tahun ini dipanjangkan lagi untuk pekerja berstatus kontrak. Tidak pasti kalau semua jenis kontrak, tapi kami - Fasilitator SchoolNet - yang berstatus contract for service layak juga untuk pemberian bonus.

Sindrom mengadu

Semenjak di UMS [2006 - 2009], aku selalu mendapat tahu pelbagai jenis ketidak puasan hati dari pelbagai pihak, dan menyalurkannya dengan pelbagai cara juga. Abaikan seketika 'olahan' ayat mereka sama ada 'emosional' atau 'profesional'.

Contoh mudah, isu bas dan penempatan kolej. Di kampus Labuan, isu air. Antara yang hangat, isu pejabat Pusat Sehenti [One Stop Center] yang 'tiada orang' dan pelanggan mengalami 'layanan kelas ketiga'.

Bila aku datang lagi ke sana tidak lama selepas isu itu dijawap oleh TNC HEPA pada masa tu [Berita Harian: Surat], aku tengok ada sudah borang untuk rekod siapa-cari-siapa dan nombor tiket. Tiket yang macam di bank-bank tu, ehe.

Masyarakat kita rata-rata suka membuat aduan yang punya kebarangkalian untuk 'dilayan' yang tinggi, tidak kisah dengan cara apa; surat layang, panggil TV3 atau Karam Singh Walia, ulasan+kupasan di alam maya, atau tulis di media alternatif terutamanya yang dirasa 'mesra-pembangkang'. Namun, kesedaran itu semakin subur selepas dikatakan media alternatif menjadi antara punca utama Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga [2/3] di Parlimen buat pertama kali sejak kemerdekaan.

Aku fikir, tindakan itu patut bila kita betul-betul mengalami tahap kebosanan tahap gaban, atau adanya suatu kecemasan yang betul-betul mendapat perhatian.

Contohnya; Mengadu jalan raya rosak yang mengakibatkan beberapa orang awam mengalami kemalangan. Suatu hari, ada Orang Besar yang menggunakan jalan tersebut dan mengalami kemalangan juga. Esoknya, berduyun-duyunlah jentera, pekerja dan pemberita datang membuat kerja. Barulah jalan itu selamat.

Menarik perhatian

Tidak lama selepas tersebarnya di seluruh pelusuk Malaysia akan pemberian Bonus Raya yang dimulai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang lain juga membuat perkara yang sama.

Semua kakitangan awam Persekutuan dengan kriteria tertentu layak untuk mendapat bonus tersebut.

Tidak dapat dipastikan dari mana sumber bajet / peruntukan tersebut. Harap ianya tidaklah dari sumber cukai judi, arak dan pusat maksiat yang telah [mungkin] dicampur-gaul di Perbendaharaan Negara. Kalau ya, aku pun mahu protes juga pulangkan duit RM500. Panggil TV, buat liputan, rakam gambar helai-helai RM50/RM10 tu aku buang-buang. Kalau RM5000, fikir-fikirlah dulu, ehe..

Masa aku baca di Berita Hairan pasal siapa yang layak terima bonus tu, ada juga kontrak yang layak. Tapi, Fasilitator SchoolNet [FS] yang contract for service tidak layak. Tidak lama selepas Raya minggu pertama, aku baca surat dari seorang lelaki yang disiar di Malaysiakini yang 'memohon' untuk dipertimbangkan agar pemberian bonus dipanjangkan kepada pekerja kontrak Kerajaan. Alasan utama beliau, kami pekerja kontrak patut lebih dikesiankan sebab kami jawatan kontrak. Buat pinjaman apa-apa, jarang lepas. Kedua, kami pekerja kontrak sama sahaja dari segi penyumbangan bakti dan tenaga ke arah pembangunan negara. Malah, yang kontrak lagi sungguh-sungguh buat kerja dengan harapan dapat penyerapan.

Tidak berapa lama selepas surat lelaki itu disiar di Malaysiakini, kami FS pun dapat Pekeliling dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK] yang menyatakan kami juga layak untuk pemberian bonus raya sama seperti kumpulan yang mula-mula menerima.

Dan beberapa hari yang lalu, bonus itu sudah masuk ke akaun bank. Aku pun ke Shuttle Point di Keningau untuk melengkapkan kelengkapan Badminton ku. Adalah dalam RM300 terbang, ehe.      

Bonus Perayaan yang seterusnya..?

Apapun, tetap juga aku panjatkan syukur kepada Allah s.w.t sebab mendapat rezeki ini. Duit ini akan ku belanjakan dengan membeli barang-barang yang original dan ke arah yang baik. Belanja makan di kantin sekolah pun ok sudah. Bersedekah tidak akan memiskinkan kita..

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah syukur nikmat, dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan kami pekerja kontrak peluang untuk menikmati bonus yang saban tahun dinikmati oleh pekerja tetap. Bersyukur kerana masih ramai lagi yang tidak menikmati pemberian ini.

Aku terfikir, selepas ini ada beberapa lagi perayaan besar / utama selepas Hari Raya Aidil Fitri. Mungkinkah ada bonus perayaan lagi..? Ada siapa-siapa lagi yang ingin 'memohonnya' secara terbuka..? 


Nota: MSS menanti pengumuman mengenai status jawatan FS ini sama ada disambung lagi atau diserapkan menjadi jawatan tetap. Kami-lah pegawai yang gred 41 tapi tiada kod huruf di depan angka.

Saturday, October 02, 2010

Percaya kepada kuasa ubat, atau kuasa 'Mutlak'..?

Usai menunaikan solat Jumaat [kelmarin], seperti biasa aku mengambil kesempatan untuk lepak-lepak di beranda bersama beliau-beliau yang lain. Rasanya, aku seorang ja yang belia-belia selalu melepak bersama mereka. Yang lain, budak-budaklah yang bermain sambil menunggu waktu kelas mengaji.

Borak-borak tidaklah lama sangat. Sekitar 15 hingga 30 minit sudah cukup. Di samping boleh mengetahui khabar antara ahli jemaah, boleh juga bertukar-tukar isu semasa. Aku cuba menjadi moderator dalam borak-borak ni sebab melaluinya aku boleh meraih pelbagai maklumat. Bertanya adalah pelengkap kepada membaca dalam tamsilan 'Membaca Jambatan Ilmu'.

Setelah relaks-relaks sekejap mengambil angin, aku bertanya kepada Ustaz Raman mengenai bengkak dipipinya. Maka bermulalah cerita kami mengenai penyakit, perubatan moden dan tradisional.

Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional

Rumusan yang aku perolehi, bolehlah dikatakan dikalangan mereka yang lahir pada tahun 60-an dan 70-an masih kekal menjadikan perubatan cara tradisional sebagai pilihan utama. Tapi ini tidaklah bermaksud kalau sakit mereka akan terus berubat ala 'kampungan'. Hospital atau klinik tetap juga dikunjungi tapi dalam kebanyakan kes, mereka beralih ke cara tradisional.

Kami mendengar En. Azmie bercerita mengenai pengalaman saudaranya [saudara A] berubat cara tradisional. Saudaranya ke Ranau setelah dicadang oleh seorang tua yang mereka temui masa berubat di Hospital sebab bengkak-bengkak dileher. Setelah direnung dan ditenung, orang tua tadi lantas mencadangkan kepada saudara A untuk mencari seseorang di Ranau, di kampung sekian sekian untuk berubat.

Kuasa daun dan pil

Diringkaskan, maka saudara A pun bertemulah dengan orang yang dimaksudkan [orang Ranau]. Dari cerita orang Ranau tersebut, beliau mengubat orang menggunakan sejenis daun. Menurutnya, beliau bermimpi tiga malam berturut-turut supaya mencari dan menanam pokok daun tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga turut diajar bagaimana daun tersebut 'diproses' hingga sesuai digunakan untuk berubat. Tidak lama selepas itu, Saudara A tadi pun sembuh dan pulih dari sakitnya.

Bila En. Azmie menceritakan kisah tadi kepada saudaranya yang lain, beliau semacam diketawakan. Mereka tidak percaya berubat dengan daun tersebut boleh menyembuhkan seseorang.

Aku berfikir. Kemudian, aku memberitahunya,  
"Ni lah masaalahnya bila kita percaya bulat kepada kuasa daun. Ubat perubatan moden macam pil dan sirap samalah macam daun tu juga. Tu semua perantara ja. Kuasa penyembuh sebenar ialah kuasa 'mutlak'.."

Raikan ilmu dan warisan

Aku tidak menolak mujarab yang wujud pada perubatan ala tradisional, tidak juga taksub kepada perubatan moden. Apa yang jauh lebih penting, bagaimana cara berubat tersebut. Selalunya ala tradisional dicemari oleh insiden yang mengugat kepercayaan dan ala moden pula oleh isu profesionalisme dan kandungan ubat.

Aku fikir, sudah sampai masanya kita menyelamatkan perubatan tradisional kita. Ada banyak metod dan kaedah yang baik yang diamalkan oleh perubatan tradisional. Ini boleh kita kumpul, kemudian dipiawaikan dan 'disilibuskan'.

Maka bidang Perubatan Tradisional menjadi alternatif atau pelengkap [vice-versa] kepada Perubatan Moden.


Nota: Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan [Doktor Perubatan] + Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Tradisional [Doktor Perubatan].

Sambutan Raya di sekolah

Siang kelmarin, ada Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Islam dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat SK. Paguokon. 

Majlis bermula sekitar jam 9:00 pagi. Seperti biasa, tugas utamaku ialah menjadi jurukamera. Di samping membantu kelancaran majlis; contohnya persiapan peralatan [Komputer, LCD dll] dan mengawal murid. Tugas lain pula, membantu menghabiskan juadah. Itupun kalau ada, ehe.

Untuk cerita lanjut mengenai majlis atau program ini, silalah berkunjung ke laman blog SK. Paguokon. Klik ja lencana warna kuning di kolum tengah blog ni.

Kedua-dua majlis berjalan lancar dan cukup meriah. Sangat meriah dan ceria. Apa yang tambah menarik, menu juadah yang ada cukup banyak. Memang membuatkan para guru dan AKS rambang mata. Apatah lagi murid-murid, ehe.

DI sebalik majlis ini, murid Tahun 6 juga turut menyumbang sama untuk meraikan para guru dan AKS. Menu utama untuk kami ditaja oleh mereka.

Terima kasih kepada penganjur majlis, para penaja dan juga semua yang telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan majlis ini. ^^,


Para Guru, AKS dan murid Tahun 6 mengabadikan kenangan...



 Nota: Lebih banyak gambar akan menyusul nanti. Nantikan..