Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011: Bajet oleh Rakyat

Aku nda pasti apa tema belanjawan negara kita bagi tahun 2011.

Apa yang aku pasti - menurut Perdana Menteri [PM] kita - ianya adalah 'Bajet Rakyat' atau 'Bajet oleh Rakyat'. Ini kerana, belanjawan ini bukan sahaja demi rakyat, tetapi juga dari rakyat. PM menjelaskan bahawa pembentangan ini mengambil kira pandangan rakyat kerana sebahagian besar intipatinya adalah cadangan dan pandangan orang ramai.

Pencadang

Ahli politik, para hartawan dan kaki kipas juga adalah rakyat. Aku harap, pandangan-pandangan atau cadangan-cadangan yang berbau projek yang bersifat keuntungan dan/atau 'geng' semata diminimumkan dari menyelinap masuk ke dalam intipati Belanjawan 2011.

Dalam keseronokan kita melihat angka bajet yang dibentang semakin besar, angka defisit bagi belanjawan negara yang terus melebar saban tahun janganlah mudah dilupakan.

Rakyat dan marhaen, aku fikir sesuatu yang tidak serupa. Sama tapi tidak serupa.

Topik dan sasaran

Antara topik yang dibangkitkan yang berkaitan dengan pekerjaan ialah: 1) Pelaksanaan Gaji Minimum, 2) Cukai dan Subsidi, 3) Kualiti dan Kos Pendidikan, dan 4) Menaikkan taraf internet dan jalur lebar.

Perkara lain ialah mengenai peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin.

Secara ringkas, bajet ini mensasarkan [matlamat] agar Belanjawan 2011 dapat menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tonton dan saksikan

Semua rakyat Malaysia amatlah dialu-alukan untuk mendengar sama sesi pembentangan Belanjawan 2011 ini bermula pukul 4:00 petang [sekejap lagi], hari ini [15.10.2010] secara langsung di kaca televisyen.

Seterusnya, sama-sama kita perhalusi intipati-intipati yang wujud di setiap tajuk dalam pembentangan ini. Jangan tidur okay.. Mana tahu ianya betul-betul ngam sama kita..? Ehe..

Selamat membentang kepada YAB Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan dan anggota rakyat. Semoga Belanjawan 2011 ini dapat dikurangkan pembaziran dan ketirisannya demi menjelmakan hasrat Malaysia terus dipacu maju ke hadapan dalam serba-serbi kualiti hidup/kehidupan.

Sumber: Bajet 2010


Nota: Aku berdebar-debar mengenai status kontrak aku selaku Fasilitator SchoolNet. Kami antara 'duta ICT' dari pihak kerajaan di sekolah-sekolah. Dub dab, dub dab.. Gulpp..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!