Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, October 03, 2010

Bonus Raya untuk pekerja kontrak

Alhamdulillah, bonus raya tahun ini dipanjangkan lagi untuk pekerja berstatus kontrak. Tidak pasti kalau semua jenis kontrak, tapi kami - Fasilitator SchoolNet - yang berstatus contract for service layak juga untuk pemberian bonus.

Sindrom mengadu

Semenjak di UMS [2006 - 2009], aku selalu mendapat tahu pelbagai jenis ketidak puasan hati dari pelbagai pihak, dan menyalurkannya dengan pelbagai cara juga. Abaikan seketika 'olahan' ayat mereka sama ada 'emosional' atau 'profesional'.

Contoh mudah, isu bas dan penempatan kolej. Di kampus Labuan, isu air. Antara yang hangat, isu pejabat Pusat Sehenti [One Stop Center] yang 'tiada orang' dan pelanggan mengalami 'layanan kelas ketiga'.

Bila aku datang lagi ke sana tidak lama selepas isu itu dijawap oleh TNC HEPA pada masa tu [Berita Harian: Surat], aku tengok ada sudah borang untuk rekod siapa-cari-siapa dan nombor tiket. Tiket yang macam di bank-bank tu, ehe.

Masyarakat kita rata-rata suka membuat aduan yang punya kebarangkalian untuk 'dilayan' yang tinggi, tidak kisah dengan cara apa; surat layang, panggil TV3 atau Karam Singh Walia, ulasan+kupasan di alam maya, atau tulis di media alternatif terutamanya yang dirasa 'mesra-pembangkang'. Namun, kesedaran itu semakin subur selepas dikatakan media alternatif menjadi antara punca utama Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga [2/3] di Parlimen buat pertama kali sejak kemerdekaan.

Aku fikir, tindakan itu patut bila kita betul-betul mengalami tahap kebosanan tahap gaban, atau adanya suatu kecemasan yang betul-betul mendapat perhatian.

Contohnya; Mengadu jalan raya rosak yang mengakibatkan beberapa orang awam mengalami kemalangan. Suatu hari, ada Orang Besar yang menggunakan jalan tersebut dan mengalami kemalangan juga. Esoknya, berduyun-duyunlah jentera, pekerja dan pemberita datang membuat kerja. Barulah jalan itu selamat.

Menarik perhatian

Tidak lama selepas tersebarnya di seluruh pelusuk Malaysia akan pemberian Bonus Raya yang dimulai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang lain juga membuat perkara yang sama.

Semua kakitangan awam Persekutuan dengan kriteria tertentu layak untuk mendapat bonus tersebut.

Tidak dapat dipastikan dari mana sumber bajet / peruntukan tersebut. Harap ianya tidaklah dari sumber cukai judi, arak dan pusat maksiat yang telah [mungkin] dicampur-gaul di Perbendaharaan Negara. Kalau ya, aku pun mahu protes juga pulangkan duit RM500. Panggil TV, buat liputan, rakam gambar helai-helai RM50/RM10 tu aku buang-buang. Kalau RM5000, fikir-fikirlah dulu, ehe..

Masa aku baca di Berita Hairan pasal siapa yang layak terima bonus tu, ada juga kontrak yang layak. Tapi, Fasilitator SchoolNet [FS] yang contract for service tidak layak. Tidak lama selepas Raya minggu pertama, aku baca surat dari seorang lelaki yang disiar di Malaysiakini yang 'memohon' untuk dipertimbangkan agar pemberian bonus dipanjangkan kepada pekerja kontrak Kerajaan. Alasan utama beliau, kami pekerja kontrak patut lebih dikesiankan sebab kami jawatan kontrak. Buat pinjaman apa-apa, jarang lepas. Kedua, kami pekerja kontrak sama sahaja dari segi penyumbangan bakti dan tenaga ke arah pembangunan negara. Malah, yang kontrak lagi sungguh-sungguh buat kerja dengan harapan dapat penyerapan.

Tidak berapa lama selepas surat lelaki itu disiar di Malaysiakini, kami FS pun dapat Pekeliling dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK] yang menyatakan kami juga layak untuk pemberian bonus raya sama seperti kumpulan yang mula-mula menerima.

Dan beberapa hari yang lalu, bonus itu sudah masuk ke akaun bank. Aku pun ke Shuttle Point di Keningau untuk melengkapkan kelengkapan Badminton ku. Adalah dalam RM300 terbang, ehe.      

Bonus Perayaan yang seterusnya..?

Apapun, tetap juga aku panjatkan syukur kepada Allah s.w.t sebab mendapat rezeki ini. Duit ini akan ku belanjakan dengan membeli barang-barang yang original dan ke arah yang baik. Belanja makan di kantin sekolah pun ok sudah. Bersedekah tidak akan memiskinkan kita..

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t, Alhamdulillah syukur nikmat, dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan kami pekerja kontrak peluang untuk menikmati bonus yang saban tahun dinikmati oleh pekerja tetap. Bersyukur kerana masih ramai lagi yang tidak menikmati pemberian ini.

Aku terfikir, selepas ini ada beberapa lagi perayaan besar / utama selepas Hari Raya Aidil Fitri. Mungkinkah ada bonus perayaan lagi..? Ada siapa-siapa lagi yang ingin 'memohonnya' secara terbuka..? 


Nota: MSS menanti pengumuman mengenai status jawatan FS ini sama ada disambung lagi atau diserapkan menjadi jawatan tetap. Kami-lah pegawai yang gred 41 tapi tiada kod huruf di depan angka.

2 comments:

  1. semoga senior dpt la pengesahan jawatan tetap kalau nda lama lagi la ni mo merasa nasi minyak..uhuk2

    ReplyDelete
  2. AMINNN...!!! Senior tunggu2 tu ja tu.. Sapa juga maw lama2 kan, hi5.. x>

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!