Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, October 17, 2010

Fasilitator SchoolNet KPKK: SPS, PKS dan Belanjawan 2011

Nota: Tulisan ini hanyalah bersifat perkongsian pandangan peribadi. Penulis menulis apa yang dia tahu dan faham, sebagai satu perkongsian untuk input baharu dan yang lebih jitu. Dengan erti kata yang lain, ianya perlukan rujukan [dirujuk] dan kata putus dari pihak yang lebih utama [berautoriti] dalam perkara ini.

Tulisan ini didedikasikan istimewa untuk semua rakan sejawatan - Fasilitator SchoolNet [FS] - seluruh Malaysia.


Skim Perkhidmatan Singkat

SPS ialah akronim bagi Skim Perkhidmatan Singkat.

Ianya adalah medium, kaedah dan 'penaung' bagi orang-orang yang taraf jawatannya adalah kategori Singkat dalam kamus Perkhidmatan Awam Malaysia. Jawatan yang berstatus [kategori] Tetap adalah 'lawan' kepada status Singkat. Kontrak, Sambilan, dan Sementara ialah contoh bagi status Singkat. Tetap, Tetap dalam Percubaan, Tetap dan Berpencen ialah contoh bagi status Tetap.

SPS diwujudkan berdasarkan situasi/keperluan semasa. Maksudnya, bukan 'keperluan sentiasa'.

Jika ada keperluan mendesak atau khusus, maka skim ini diwujudkan [atau melalui skim ini bagi situasi yang lain], bergantung kepada kaedah [cara/peraturan] semasa dalam Perkhidmatan Awam.

Suatu angka bajet akan ditetapkan setelah mengambil kira faktor untuk mereka yang berkhidmat di bawah skim ini seperti bilangan, kadar upah, jam bekerja, dan tempoh berkhidmat.

Bajet tadi adalah berdasarkan peruntukan yang datang [diberi, susulan, bantuan khas dsb] atau yang sedia ada dalam suatu Agensi atau Jabatan.

Pegawai Khidmat Singkat

PKS adalah akronim bagi Pegawai Khidmat Singkat. PKS adalah orang [manusia], atau mereka yang bekerja di bawah / di dalam SPS.

Menurut laman web treasury.gov.my, PKS adalah pekerja yang diberikan upah [gaji] berdasarkan jam bekerja dan biasanya hanya berkhidmat selama enam bulan. Walaupun tidak diiktiraf sebagai Penjawat Awam, beberapa peraturan atau undang-undang bagi Penjawat Awam adalah terpakai bagi PKS. Contohnya, jumlah waktu/jam bekerja, dan Akta Rahsia Rasmi.

Aku tidak tahu kalau ada PKS yang diiktiraf juga sebagai Penjawat Awam.

PKS antara 'jenis' jawatan yang wujud dalam SPS. Aku tidak tahu apa lagi jenis jawatan yang wujud dalam SPS. Kalau ada jenis-jenis lagi lah..

Bagi aku, PKS adalah justifikasi dari SPS. PKS wujud kerana SPS wujud.

PKS = mereka yang bekerja dalam tempoh singkat.. SPS = 'penyebab' yang menawarkan pekerjaan tetapi untuk tempoh berkhidmat yang singkat..

Kalau PKS tidak termasuk atau dikategorikan di bawah / di dalam SPS, PKS masuk kategori mana lah?

Bukan dalam FS, ada istilah 'gaji dipotong' juga kalau tidak lampirkan bersama surat/borang tertentu yang diperlukan tu..?

Belanjawan 2011: 'Hadiah' untuk PKS

Dalam Belanjawan 2011, ada dinyatakan bahawa PKS yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2010, akan disambung semula bagi tempoh setahun [sehingga 31 Disember 2011].

Yang menjadi 'riuh-rendah' di kalangan FS sekarang ialah, adakah FS termasuk dalam geng PKS? Mari lihat dua perkara yang mencetuskan persoalan ini:

01. Surat Tawaran dan Surat Perjanjian FS dengan jelas menyebut FS dilantik di bawah SPS Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

02. Surat Pemulangan Kontrak ada menyebut 'Pegawai SPS FS' dan 'Pegawai Skim Khidmat Singkat [SPS]'.

Soalan lain, apakah perkara yang boleh menjadikan/melayakkan FS termasuk sebagai geng PKS?

Masih ingat Bonus Raya RM500 baru-baru ini yang dipanjangkan sehingga Pekerja Kontrak untuk Perkhidmatan [Contract for Service] - seperti FS - dapat menikmatinya sama..?

Itu bukti kita FS bukan penjawat awam. Jauh sekali berstatus Tetap. Malah bagi aku, kontrak kita ialah kontrak yang paling bawah sekali dalam 'struktur' kontrak. Kontrak, sudah tentu Singkat bukan..

Rumusan: Pandangan peribadi

Berdasarkan apa yang aku tulis di atas, sudah nyata yang aku beranggapan bahawa FS ialah PKS, juga ialah pegawai SPS.

Jadi secara mudah, aku berpendirian dan 'majoriti' optimis yang kita FS akan disambung tempoh berkhidmat untuk setahun lagi [sehingga 31 Disember 2011] selepas ia pada asalnya dijadual tamat pada 31 Disember 2010 ini.

Namun, perkara begini perlu ada 'hitam-putih'nya. Surat Pekeliling dari KPKK mengenai hal ini ialah bukti pengesahan. Itu 'kata putus'.

Esok hari Isnin. Aku sangat berharap geng-geng FS sekalian seluruh Malaysia akan bangun penuh semangat dan motivasi - tidak seperti Isnin-isnin yang lalu - untuk bekerja sambil menunggu khabar 'penenang jiwa' dari Bos kita.

Mudah-mudahan dengan izinNya, khabar indah itu adalah nikmat yang pasti untuk kita. Amin ya Allah. vv(^^,)


Nota: Kalau pasti sudah kontrak disambung, surat mohon perlanjutan yang disokong oleh pentadbiran sekolah macam manalah..? Hi5.. x)

2 comments:

  1. ya..
    nda pa.. surat tu kita hantar maknanya kehadiran kita dihargai oleh pihak sekolah kan dik.. dan juga mengharapkan kehadiran kita disana untuk membantu proses meningkatkan kemahiran ICT. :) harap2lah ada berita yang menggembirakan untuk kita esok dan juga tahun hadapan. tapi disamping kita mencari pekerjaan yang lain. jangan risau pasti ada rezky janji kita berusaha, doa dan tawakal. ;)

    ReplyDelete
  2. Iya, betul tu kak.. Aminnn.. Moga ada khabar yang sangat menggembirakan.. (^_^)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!