Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, October 08, 2010

Kelas ICT SKPT: Monolog Skema

Ia suatu penantian yang agak lama.

Ketika tiba di suasana dan persekitaran yang baharu, misi yang di bawa juga baharu.

Setelah mengenali dan memahami [kalau dapat] 'komponen' dan 'interaksi antara komponen', maka mungkin misi kita perlu diperbaharui atau perlukan sedikit sentuhan perubahan.

Di mana kita masih lagi baru didalamnya.

Mencatur strategi: Cari peluang, rai kesempatan

Setiap orang punya strategi sendiri dalam menghadapi sesuatu.

Ada orang; bila dengar bunyi mengilai, terus kecut perut dan berlari ketakutan. Ada orang; bila dengar bunyi mengilai, dia menjerit balik menanyakan soalan bonus, "WOI SAPA TU HAH...?!"

Bunyi mengilai = Menghadapi sesuatu. Berlari ketakutan / menjerit balik = Strategi. [Dalam kes ini: Strategi untuk menghilangkan rasa takut oleh bunyi mengilai.]

Dalam peperiksaan, temuduga dan sebagainya, ada orang yang akan terus mengulang kaji hingga ke saat-saat akhir. Ada pula, yang diam sambil memerhatikan sekeliling. Ada juga yang terus bercerita bergelak ketawa.

Ketika aku masih baru tiba kelmarin, maka esok bukanlah semestinya aku mula melaksanakan gerak langkah yang sudah disemat sebelum datang. 

Sebagai warga baru, ada perkara yang menjadi utama untuk dipersembahkan.

Ini strategi, untuk suatu adaptasi, untuk mencapai misi.

Aku lebih suka menafsir peluang ini ialah sesuatu yang selalunya datang tanpa dirancang oleh kita sendiri. Didalamnya, hampir-hampir kosong peratus peluang untuk kita 'mengubahnya'. Kesempatan pula, adalah sesuatu yang wujud sama ada dalam peluang yang datang, atau dalam rutin harian. Didalamnya, kita boleh 'menambah-baik'.

Contoh; Aku menerima jawatan sebagai FS. Ini adalah peluang untuk aku mendalami bidang ICT dan Keguruan. Memahami psikologi dan persekitaran sekolah serta warganya, adalah suatu kesempatan yang baik untuk aku terokai.

Carilah peluang pekerjaan. Bila peluang itu sudah tiba, rai-lah kesempatan-kesempatan yang ada untuk kita menambahkan pengalaman dan tahap bergunanya diri kita kepada struktur masyarakat / sosial.



Berani Bertaruh = Berani Gagal

Pernah baca buku 'Berani Gagal'? Sejujurnya, aku lebih banyak melihat muka depan buku itu berbanding balik-balik membaca kandungan didalamnya.

Aku suka ke kedai buku. Sama macam aku suka ke mesin ATM untuk keluarkan duit. Kalau boleh, aku mahu beli semua buku yang berpuluh-puluh [bukan berpeluh-peluh] minit aku belek-belek di kedai buku itu.

Aku tahu kalau aku beli buku itu, aku belum tentu dapat menghabiskannya dalam masa yang singkat. Ada buku yang sudah bertahun aku beli, tanda baca-nya masih belum menjengah muka surat 'indeks'.

Itu boleh dikira sebagai suatu kegagalan. Namun demikian, aku tetap juga membeli buku itu kerana aku 'berani bertaruh'. Bertaruh, yang suatu masa nanti buku itu akan menjadi kebanggaan aku.

Kejayaan adalah apa yang kita banggakan. Kita bangga bila kita berjaya.

Begitu juga bila kita merancang sesuatu. Kita sebenarnya bertaruh. Bertaruh dengan banyak faktor; luaran dan dalaman.



Situasi 'menang-menang' [win-win situation]

Ayat ini ibarat Hubungan Simbiosis dalam Sains. Hubungan ini menguntungkan kedua belah pihak, dan dalam masa yang sama TIDAK merugikan mana-mana pihak. 

Tidak seperti Monopoli atau Kapitalisme yang lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan sangat ada pihak yang rugi atau tidak. 

Ketika kita mencatur strategi, dan bertaruh [atau dalam Catur aku panggil: Piece Suicide], maka faktor KESAN perlu dicongak dan dianalisis sebaik mungkin. 

Analisis faktor kesan, bagaikan meramal masa hadapan. 

Ketika suatu strategi itu dirasa bakal menuju ke arah kegagalan, maka Pelan Sokongan [Backup Plan] perlu 'diserenkan'. 

Sekiranya adalah payah untuk menyediakan Pelan Sokongan atau upaya Pelan Sokongan itu tidak kuat meyakinkan, maka strategi yang dicatur awal-awal tadi - jika tetap juga diguna pakai - perlu minimum kesan negatif atau impaknya terhadap pihak yang berkepentingan.

Contoh; Kelas ICT dirancang diadakan untuk semua murid serta warga yang lain. Namun, ada pihak dalam kategori murid dan warga yang lain tadi yang 'No.1'. Maka golongan inilah yang menjadi target utama atau sasaran sang perancang.

Memandangkan faktor masa, persekitaran dan kemudahan adalah terbatas, tidak semua murid atau warga sekolah yang lain dapat ikut Kelas ICT. Maka Pelan Sokongan ialah, sebagai contoh: Mengadakan kelas di luar waktu 'bekerja', Menyediakan bahan-bahan bercetak untuk diedarkan terutamanya nota dari Kelas ICT, dan 'melobi' para guru supaya dapat juga menyentuh mengenai ICT semasa waktu P & P mereka.

Maka, situasi menang-menang yang akan muncul ialah; Semua pihak memperolehi input mengenai ICT walaupun tidak berpeluang untuk mengikuti / menghadiri kelas ICT.

Wujudkan situasi menang-menang dalam setiap tindakan untuk keputusan yang sudah kita putuskan, sehari-hari.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!