Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, October 02, 2010

Percaya kepada kuasa ubat, atau kuasa 'Mutlak'..?

Usai menunaikan solat Jumaat [kelmarin], seperti biasa aku mengambil kesempatan untuk lepak-lepak di beranda bersama beliau-beliau yang lain. Rasanya, aku seorang ja yang belia-belia selalu melepak bersama mereka. Yang lain, budak-budaklah yang bermain sambil menunggu waktu kelas mengaji.

Borak-borak tidaklah lama sangat. Sekitar 15 hingga 30 minit sudah cukup. Di samping boleh mengetahui khabar antara ahli jemaah, boleh juga bertukar-tukar isu semasa. Aku cuba menjadi moderator dalam borak-borak ni sebab melaluinya aku boleh meraih pelbagai maklumat. Bertanya adalah pelengkap kepada membaca dalam tamsilan 'Membaca Jambatan Ilmu'.

Setelah relaks-relaks sekejap mengambil angin, aku bertanya kepada Ustaz Raman mengenai bengkak dipipinya. Maka bermulalah cerita kami mengenai penyakit, perubatan moden dan tradisional.

Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional

Rumusan yang aku perolehi, bolehlah dikatakan dikalangan mereka yang lahir pada tahun 60-an dan 70-an masih kekal menjadikan perubatan cara tradisional sebagai pilihan utama. Tapi ini tidaklah bermaksud kalau sakit mereka akan terus berubat ala 'kampungan'. Hospital atau klinik tetap juga dikunjungi tapi dalam kebanyakan kes, mereka beralih ke cara tradisional.

Kami mendengar En. Azmie bercerita mengenai pengalaman saudaranya [saudara A] berubat cara tradisional. Saudaranya ke Ranau setelah dicadang oleh seorang tua yang mereka temui masa berubat di Hospital sebab bengkak-bengkak dileher. Setelah direnung dan ditenung, orang tua tadi lantas mencadangkan kepada saudara A untuk mencari seseorang di Ranau, di kampung sekian sekian untuk berubat.

Kuasa daun dan pil

Diringkaskan, maka saudara A pun bertemulah dengan orang yang dimaksudkan [orang Ranau]. Dari cerita orang Ranau tersebut, beliau mengubat orang menggunakan sejenis daun. Menurutnya, beliau bermimpi tiga malam berturut-turut supaya mencari dan menanam pokok daun tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga turut diajar bagaimana daun tersebut 'diproses' hingga sesuai digunakan untuk berubat. Tidak lama selepas itu, Saudara A tadi pun sembuh dan pulih dari sakitnya.

Bila En. Azmie menceritakan kisah tadi kepada saudaranya yang lain, beliau semacam diketawakan. Mereka tidak percaya berubat dengan daun tersebut boleh menyembuhkan seseorang.

Aku berfikir. Kemudian, aku memberitahunya,  
"Ni lah masaalahnya bila kita percaya bulat kepada kuasa daun. Ubat perubatan moden macam pil dan sirap samalah macam daun tu juga. Tu semua perantara ja. Kuasa penyembuh sebenar ialah kuasa 'mutlak'.."

Raikan ilmu dan warisan

Aku tidak menolak mujarab yang wujud pada perubatan ala tradisional, tidak juga taksub kepada perubatan moden. Apa yang jauh lebih penting, bagaimana cara berubat tersebut. Selalunya ala tradisional dicemari oleh insiden yang mengugat kepercayaan dan ala moden pula oleh isu profesionalisme dan kandungan ubat.

Aku fikir, sudah sampai masanya kita menyelamatkan perubatan tradisional kita. Ada banyak metod dan kaedah yang baik yang diamalkan oleh perubatan tradisional. Ini boleh kita kumpul, kemudian dipiawaikan dan 'disilibuskan'.

Maka bidang Perubatan Tradisional menjadi alternatif atau pelengkap [vice-versa] kepada Perubatan Moden.


Nota: Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan [Doktor Perubatan] + Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Tradisional [Doktor Perubatan].

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!