Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, November 30, 2010

Mari mendaftar di Persatuan Blogger Sabah!

MAKLUMAN: Saya menjemput semua Sabahan Blogger supaya menyertai Persatuan Blogger Sabah [PBS]. Pendaftaran sebagai "Ahli Seumur Hidup" akan ditutup pada hari ini 30 Nov. 2010, jam 12:00 tengah malam..

Notis Akhir PBS:

"LEBIH kurang 12 jam daripada sekarang, pendaftaran keahlian seumur hidup ahli Persatuan Blogger Sabah akan ditutup dan sesiapa yang mendaftar selepas daripada jam 12 tengah malam ini (30 November 2010) akan menjadi ahli bersekutu yang tidak berhak bertanding atau mengundi jawatankuasa Persatuan Blogger Sabah (PBS)."

Maklumat lanjut, kunjungi: PBS

Saya sudah menjadi Ahli Seumur Hidup. Nombor Keahlian [tidak rasmi] #145. Masa tu daftar dengan nama Domain msslawliet.blogspot.com, ehe. Anda bila lagi?



Internet Explorer 9 [IE9] kini di tahap Beta

Assalamua'laikum w.b.t n Salam Sejahtera buat semua..

Kali ini, aku mau sambung cerita pasal teknologi pula. Teknologi Pelayar Web atau dalam Bahasa Inggeris [bukan 'Bahasa Mat Saleh / Salleh / Soleh'] disebut Web Browser / Browser. Dalam tulisan ni, aku akan gunakan perkataan Browser untuk mengelakkan kecelaruan minda.

Siapa nda tahu apa itu Browser? Browser ialah penghubung kepada dunia internet. Internet adalah satu ruang atau medium di mana segala macam aktiviti dan perkongsian, penyebaran, dan banyak lagi dilakukan di seluruh dunia. Contoh Browser yang kita mula-mula sekali nampak  dan guna pakai bila mula 'bercintun' dengan komputer ialah Internet Explorer. Ala, huruf 'e' yang warna biru, macam kena potong dari sisi atas kanan ke sisi bawah kiri. Dulu-dulu, Browser ni hanya ada pada Microsoft / WIndows sahaja memandangkan ianya sejenis Perisian Tertutup.

Sebelum ini, IE9 dibuka untuk para Pembangun [Developer] yang berminat untuk menguji kaji prestasi IE9 dari segenap sudut. Ini bermaksud, pada masa itu, IE9 masih di tahap Alfa dan masih belum berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah Browser bagi pengguna akhir. IE9 juga dioptimumkan bagi pengguna Windows 7 dan Vista. Windows XP, tiada dalam senarai.

Secara ringkas, pembaharuan utama yang ada pada IE9 ialah:

01. Enjin Penskripan Baharu - dinamakan sebagai Chakra
02. Menyokong format terkini HTML iaitu HTML5 secara natif dengan pemecutan perkakasan PC yang moden sepenuhnya.
03. Memindahkan kebanyakan aktiviti pemprosesan grafik kepada GPU berbanding CPU.

Untuk maklumat lanjut atau muat turun:   http://www.beautyoftheweb.com/



Sementara itu, menurut Majalah CHIP Malaysia, Browser Chrome mendapat tempat pertama dengan markah prestasi [yang diuji kaji] 87.7, diikuti oleh Firefox 4 Beta 4 [86.1] dan Opera 10.70 [84.7].

Rank 1 = Chrome 7.0.510.0
Provider [Manufacturer] = Google
Security = 83
Performance i = 88
Performance ii = 92
Security: browserscope [max.16] = 15
Performance: WebKit SunSpider [ms] = 324
Performance: Google V8 [points] = 6.427
Performance: Mozilla Dromaeo JavaScript Tests [runs/s] = 601,72
Standard: Acid3 [max. 100] = 100
Standard: Browserscope CSS3 Selectors Test = 99.3%
Standard: Google Sputnik [max. 5.246] = 5.109
Standard: beta.html5test [max.377] = 244
Standard: caniuse html5 = 93%


Rank 2 = Firefox 4 Pre-Beta 6
Provider [Manufacturer] = Mozilla
Security = 85
Performance i = 84
Performance ii = 90
Security: browserscope [max.16] = 11
Performance: WebKit SunSpider [ms] = 478
Performance: Google V8 [points] = 2.754
Performance: Mozilla Dromaeo JavaScript Tests [runs/s] = 371,21
Standard: Acid3 [max. 100] = 97
Standard: Browserscope CSS3 Selectors Test = 100%
Standard: Google Sputnik [max. 5.246] = 4.978
Standard: beta.html5test [max.377] = 245
Standard: caniuse html5 = 89%


Rank 3 = Opera 10.70 Build 9036
Provider [Manufacturer] = Opera
Security = 90
Performance i = 79
Performance ii = 87
Security: browserscope [max.16] = 9
Performance: WebKit SunSpider [ms] = 294
Performance: Google V8 [points] = 4.159
Performance: Mozilla Dromaeo JavaScript Tests [runs/s] = 366,67
Standard: Acid3 [max. 100] = 100
Standard: Browserscope CSS3 Selectors Test = 99.8%
Standard: Google Sputnik [max. 5.246] = 5.166
Standard: beta.html5test [max.377] = 203
Standard: caniuse html5 = 77%


Rank 4 = Safari 5.0.1
Provider [Manufacturer] = Apple
Security = 76
Performance i = 71
Performance ii = 88
Security: browserscope [max.16] = 13
Performance: WebKit SunSpider [ms] = 431
Performance: Google V8 [points] = 2.769
Performance: Mozilla Dromaeo JavaScript Tests [runs/s] = 248,10
Standard: Acid3 [max. 100] = 100
Standard: Browserscope CSS3 Selectors Test = 99.3%
Standard: Google Sputnik [max. 5.246] = 5.076
Standard: beta.html5test [max.377] = 220
Standard: caniuse html5 = 86%


Rank 5 = Internet Explorer 9 PP4
Provider [Manufacturer] = Microsoft
Security = 86
Performance i = 78
Performance ii = 57
Security: browserscope [max.16] = 12
Performance: WebKit SunSpider [ms] = 491
Performance: Google V8 [points] = 1.425
Performance: Mozilla Dromaeo JavaScript Tests [runs/s] = 208,65
Standard: Acid3 [max. 100] = 95
Standard: Browserscope CSS3 Selectors Test = 99.8%
Standard: Google Sputnik [max. 5.246] = 5.145
Standard: beta.html5test [max.377] = 79
Standard: caniuse html5 = 63%

BEST VALUE
WORST VALUE

Apa Browser yang anda pakai? Jangan lupa periksa kemas kini Browser anda selalu ya..

Nota: Aku pakai Firefox dan Chrome bagi Ubuntu/Linux, ehe..

Rujukan: Majalah CHIP Malaysia, November 2010.

Monday, November 29, 2010

"Kami Benci Orang SABAH!"

Satu lagi Page yang wujud di Facebook yang cuba mempermain atau memperlekehkan perasaan mereka yang cinta dan sayangkan Sabah. Ini satu sentimen 'kenegerian' atau sentimen jiwa yang menyongsang akibat pengalaman peribadi yang entah apa puncanya.

Page ni bukannya popular sangat pun. Yang 'Like' pun masa aku mula diberi pautan oleh seorang rakan FB, hanya 11 orang ja. Tapi hari ni, sudah mencapai 120+ orang. Yang 'Like' tu kebanyakan sekadar supaya dapat komen di Wall. Maki-hamun sang pembina Page dan sekutunya.


KREDIT: FACEBOOK


Sebagai reaksi, Page ini perlu diberi pengajaran yang serius. Biar ia menerima nasib seperti Lucas dan beberapa pihak yang lain yang telah menghamburkan kata-kata bukan sahaja kesat, malah berbaur provokasi menghina dan menjatuhkan maruah negeri Sabah dan yang lain di alam maya.

Mungkin ada yang mempersoal kenapa Page yang ciput macam ni pun mau layan lebih-lebih. Kenapa nda biarkan ja. Biar Page tu stim sendiri dengan omongannya. Kita nda tahu motif sebenarnya. Mungkin sengaja mengenakan mereka yang cinta dan sayangkan Sabah.. Dia dan kawan-kawannya hanya ketawa terbarai-barai bila nampak ada yang maki-hamun di Page. Memang hobi yang pelik. Bagus buat Page lain yang baik faedahnya. Memang cari nahas geng sang bedebah ni.

Jawapanku, mudah saja. Dia ada motif untuk mengenakan dan bersifat membalas. Maka, aku pun ada juga mekanisme 'mempertahankan'. Kawalan bagi emosi dan juga serangan balas. Biar sang bedebah itu tahu sejauh mana dirinya 'popular'. Mereka sang bedebah gilakan populariti. Maka marilah kita 'raikan' mereka hingga ke mahkamah, seboleh-bolehnya. Itu lebih afdhal.

Ini ayat amaran yang aku hantar di Page..


PERHATIAN kepada CREATOR, ADMIN & 'Penyokong2' Page ini, SILA PADAM PAGE INI DAN 'BERSURAI' DARI SINI. PAGE ini sedang dalam PELAPORAN kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia [SKMM]. Masih ingat kes Lucas yang menghina Sabah beberapa bulan yang lalu? AWAS dengan KATA2 & AKTIVITI anda di alam maya! 


Kepada SEMUA yang terpaksa 'Like' dan menghantar SEBARANG KOMEN yang bersifat KURANG AJAR, LUCAH, & yang seumpama dengannya kerana marahkan Page ini, saya nasihatkan agar kamu juga beredar sama dari Page ini SEKARANG. SILA PADAM KOMEN KAMU DAN 'UNLIKE' PAGE INI. Jangan salahkan saya jika kamu juga terlibat dengan penyiasatan lanjut pihak SKMM.


Saya beri kamu tempoh 48 jam, bermula SEKARANG.


Ni aku pos sekitar 1:00 petang tadi.

Aku serius.

Aku sudah buat laporan kepada FB. Report Page. Sekarang dalam pelaporan kepada pihak SKMM. Aku jemput semua buat laporan ke pihak SKMM di pautan ni: http://aduan.skmm.gov.my/ atau datang ke Pejabat SKMM, atau Balai Polis kalau perlu.

Selepas Lucas, Kami Benci Orang Sabah. Lepas ni, apa lagi pula..? <--- pinjam ayat Sir Jake

Sunday, November 28, 2010

Anugerah untuk Persahabatan

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera semua..! ;D

Di petang yang semakin senja ini, aku mendapat angin yang baik untuk menulis. Aku perlukan angin supaya aku terus berasa nyaman, sejuk, dan selesa semasa menulis.. ;D

Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan aku titipkan buat En. SASA [Bukan nama sebenar] dan Pn. Shizan [Nama yang aku panggil] kerana sudi memilih aku [samizul.net] sebagai penerima Anugerah Persahabatan yang sedang hangat diblog-blog Malaysia, YEAH!

Seperti yang mereka berdua telah sebutkan, anugerah ini sebenarnya bebas untuk dimiliki sesiapa pun. Sebagai seorang Blogger yang biasa-biasa ja, tidak se-gah artis atau orang ternama, kami tidak memilih bulu. Bagi aku, mudah saja. You follow me, I will follow you back undoubtedly . Blog merupakan suatu 'komuniti' atau perhimpunan yang tidak memerlukan sama sekali permit untuk berhimpun melakukan aktiviti dan menyuarakan pandangan dengan pelbagai jenis tapisan. Karenah birokrasi orang kata.

Kongsilah apa sahaja yang anda mahu kongsikan. Tapi kena beringat, biarlah berpada-pada dan menjaga tatasusila. Itu prinsip asas sebagai seorang Blogger. ^^,

Panjang pula aku membebel. Memang bakat untuk menulis panjang lebar ni macam sebuah ensiklopedia atau buku rujukan. Novel? Maaflah nak, abang nda minat novel-novel ni walaupun abang selalu beli majalah Pelita Bahasa. Layan cerpen, boleh lagi. 

Nah kita balik ke medan penganugerahan tadi. Haha.

Diorang dua ni bagi lambang Persahabatan bukan percuma pula..? Laa, kena jawap soalan cepu emas lah pula. Yelah2, aku jawap aa..

01. What do you think of SASA and Shizan's blog?

Kalau kata konsep, dua-dua memang berlainan jenis. SASA lebih ke arah bidang fotografi, dan Shizan pula lebih kepada ala-ala diari. Diari yang boleh semua tengok, ehe3..

SASA: Kau mau aku puji camna ni bos? Haha. SASA punya ni memang umphh lah semuanya. Nampak rekabentuk Header tu? Buatan sendiri tu. Dan banyak lagi lah. Apa yang menakjubkan aku ialah kemajuan blognya tu sangat cepat terutama dari segi Follower dan maklumbalas. Yang singgah tinggal komen lah. Aku antara Follower-nya yang awal. Jadi, rekabentuk, isi dan keadaan blognya masa dulu-dulu memang aku nampak. Naseb aku nda screenshoot tu SASA, haha! 

Cuma satu yang aku nda berkenan, penggunaan warna hitam tu sebagai background. Kadang payah mau nampak tulisan yang Dark juga. Mungkin aku sebab nda pakai cermin mata.. Memang aku nda pakai pun di bilik, haha.


Shizan: Seingat aku, Template yang kak Shizan pakai sekarang adalah perubahan kali ke-3. Betulkah kak? Ehe. Memandangkan blognya juga macam blogku sedang dalam proses naik taraf, maka tentu ada kesulitan atau yang kureng dinampak. Nda apa, pelan2 orang bilang.. Masing-masing ada citarasa dan idea sendiri.. ;D


02. List down your friends.

SASA masukkan aku sebagai Geng Spotingnya. Ingat semua, aku ada anugerah sebagai seorang yang spoting ok, haha. 

Kak Shizan pula masukkan aku sebagai Geng Cool. Cool bah ni..! Nombor satu lagi tu, muahua3 ;D

Aku nda ada pengelasan yang khusus buat kamu berdua. Kamu semua antara yang cambest bagi aku. Bagi aku, cukuplah kamu sudah menghidangkan pos-pos yang dapat aku baca dengan penuh nikmat. Senang ja mau tau bila aku datang. Periksa kat Feedjit tu, tengok OS Linux [gambar Tux], Kuala Lumpur, browser Chrome atau Firefox. 

Jadi, siapa yang aku ingin anugerahkan Friendship Award ini? 



Ya, anda semua Follower yang tersayang..! ;D Terimalah lambang ini seadanya dan paparkanlah di blog anda tanda persahabatan kita walaupun di alam maya.. Terima kasih atas kesudian anda semua..! ;D

SELAMAT HARI LAHIR! ;D

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua peminat samizul.net yang sebelum ini dikenali dengan nama manja sebagai MSS LaWLiET. Eh, ada kah peminat? XD

Rasanya baru sehari semalam aku nda pos apa-apa di sini. Jadual aktivitiku padat. Ini belum lagi bila Kelas ICT yang kedua bermula 01 Disember nanti. 

Kelmarin, aku 'senyap' ja di online. Bukan apa, kelmarin kan 'Hari Cuti Umum lagi Rasmi' aku. Muahua3. 

Baiklah, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat yang telah, sedang dan akan diberikan oleh Yang Maha Esa kepadaku untuk terus menjalani kehidupan di alam fana dunia ini.

Dengan izin-Nya, aku berpeluang menambah lagi angka umur dan dalam masa yang sama mengurangkan pula bakinya. Tanggal 27 November 2010 [kelmarin], genaplah sudah umur ku 23 tahun. Boleh kawen mengundi sudah ni untuk menentukan kerajaan mana yang terbaik untuk Malaysia bagi generasi siber akan datang.. x)

Sungguh ramai yang menyampaikan ucapan dan doa selamat hari lahir / jadi. 27.11.1987 [Jumaat] merupakan hari kelahiranku. Hari aku menjadi seorang manusia yang bermula di alam rahim, hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui bersama mereka yang diizinkan-Nya. 

Jutaan terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa yang kalian semua titipkan buatku walau di kejauhan. Dalam ramai-ramai yang mengucapkan selamat hari lahir itu, mungkin ramai yang nda sabar-sabar mau tahu apakah balasan ucapan ku pula, ehe.

Pertama sekali, aku ingin mengajak kesedaran semua bahawa insan yang paling berhak untuk  menerima ucapan tahniah ialah nda lain nda bukan kedua ibu bapaku - Rosmah Olai dan Samad Ayong. Sebanyak-banyak Terima Kasih yang nda terhingga buat mereka. Tanpa mereka berdua, siapalah Mohd. Samizul yang kamu kenali ini. Tanggal 27.11.1987 merupakan hari di mana keagungan kasih ibu dan bapa terserlah. Aku selamat dilahirkan di dunia untuk bertemu dan bila dewasa nanti menjaga dan menaungi mereka pula. Bertemu dengan kamu semua, yang terus sudi berkenalan dan bersahabat dengan aku walaupun aku banyak kekurangan dalam serba-serbi. Belum lagi campur salah-silap yang aku telah dan sedang lakukan.. Hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati keindahannya. Moga perhubungan kita semua terus berpanjangan hingga ke alam abadi..

23 membawa maksud tersendiri bagiku. Nombor tu bukan sahaja menunjukkan 'turutan menaik' yang mengikut urutan malah angka ganjil. Nombor ini sekumpulan dengan angka 27, 11 dan 1987. Semuanya ganjil. Jadi janganlah hairan kalau orangnya pun macam ganjil-ganjil atau lain-lain atau unik sikit, hua5.

Aku ingin mengabadikan kenangan ini. Buat tatapan ingatan di masa akan datang. Aku ingin semua orang tahu bahawa aku menghargai dan menghormati orang di sekeliling aku.

Sebab itu aku tukar alamat blog ini dari msslawliet.blogspot.com kepada samizul.net. Walaupun aku mengukir nama dengan nama manja samaran MSS LaWLiET, aku tetap ingin menggunakan nama sendiri. MSS = akronim nama penuhku. Lawliet pula nama kepada satu watak kartun Jepun dalam Death Note. Detektif L atau Lawliet Ryuuzaki/Teuzaki.

Mari kita 'bergambar' merakam kenangan di sini. Aku terharu dan sungguh gembira menerima ucapan selamat dan doa sempena ulangtahun hari lahirku yang ke-23 ini dari kamu semua..

Kaum Keluarga
01. Rosmah Olai dan Samad Ayong
02. Rosimah Samad - Adik nombor empat
03. Mad Safrin Latip - Sepupu sebelah mama
04. Fadilah Mohamad - Sepupu sebelah bapa
05. Fadzmie Mohamad - Sepupu sebelah bapa

Geng 'karas' dan 'lembut' sejak sekolah rendah hingga di SMATS XD
01. Armilla Mejon - <--- ? [Siapa teka tepat, dapat hadiah kad istimewa. Muahua3]
02. Wan Azian Aziera - Adik angkat di SMATS =)
03. Faradilah Dahlan - Junior SMATS merangkap peminat setia samizul.net XD
04. Haryati Abdul Razak - Geng sejak di SUIS Pekan Kudat sampai dah jadi isteri orang.. XD
05. Affendy Derisa - Geng karas sejak jadi Ketua Bilik 03 di SMATS [2000] sampai sekarang merangkap think-tanker team. LOL! XD
06. Laila Anabella - Junior di SMATS merangkap bodyguard makcik aku di SMATS. Kami sekelas masa di Menengah Atas [Sains II Arif] dengan makcik ku tu, miaha3! XD
07. Manja Ena - Satu Generasi masa di SMATS. Talupa eh nama penuh mu Manja Ena masa menaip ni, uhu3..
08. Rozianah Nanarina - Junior di SMATS. Kenal melalui si anu ni mengkali, ehe3.
09. Nurshaillah Rizzana Amarisner - Junior di SMATS. Geng karas paling karas si anu juga ni, ehe3..
10. Zahariah Mastar - Junior di SMATS. Anak cikgu subjek Sejarah ku. Nda tau kalau kami pernah dating berbual masa di SMATS, hua3.
11. Mardhiah Mudin - Satu Generasi di SMATS. Mau jadi bini orang sudah ni. Syabas! ;D
12. Anuar Hasanudin - Satu Generasi di SMATS. Geng paling karasz sejak di SMATS. Jangan kau risau, sapa juga mau lambat2 kahwin, hua3 XD
13. Noorfatimah Abdullah - Satu Generasi di SMATS. Bakal Ustazah ni, ehe
14. Noraziela Raplis - Junior di SMATS. Abang dia = kawan aku. 
15. Adzilah Aiddy - Satu Generasi di SMATS. Antara kembar paling popular di SMATS. Adz, boleh tolong camna kira soalan Matematik Tambahan ni..? Muahua3 XD
16. Siti Syakirah - Junior di SMATS. Nda pasti kalau pernah date jumpa di SMATS, ehe..
17. Mohd. Azlan Bensui - Junior di SMATS. 'Musuh ketat' bagi Half-Life, Counter-Strike dan Warcraft. Masih mau lawan otai? Hua2 XD
18. Baharom Bahador - Satu generasi di SMATS.. Rasanyalah, ehe =)
19. Ferero Rocher - Junior di SMATS.. =)
20. Darsuki Lahat - Junior di SMATS.. Geng kepada geng karas tapi lembut juga, miaha3.. XD
21. Shahira Hindua - Satu Generasi di SMATS. Bakal Ustazah juga ni.. =) 
22. Nurul Hamimi Awang Japilan - Satu Generasi di SMATS. Bakal Ustazah juga ni.. Pisau plastik masih kemas tersimpan, ha2 XD
23. Munirah Mohamad - Junior di SMATS sampai di UMS.. =)
24. Zawanie Omar - Junior di SMATS.. =)
25. Amir Firdaus - GENG KARAS SEJAK SEKOLAH RENDAH tapi 'terputus' masa Menengah dan jumpa balik jadi Junior pula di UMS. Amir, ada komik baru? Pinjam.. XD
26. Aiyie Ashley - Satu Generasi di UMS. Adei, ni pun aku talupa sudah nama penuhnya ni.. Tu lah guna nama glamer tapi nda glamer sama aku, hua2 XD.
27. Arjila Agim - Satu Generasi di SMATS. Penyimpan rahsia si anu ni masa aku kacau2 dulu, oho3.. XD
28. Rizal Othman - Satu Generasi di SMATS. Geng karas main bubut2. Geng, lain kali jangan lagi main bubut2 waktu malam a, muahua3 XD
29. Norashikin Norjain - Satu Generasi di SMATS.. =)
30. Rosminah Mustakim - Junior di SMATS.. =)
31. Aishah Maljib - Satu Generasi dan sekelas masa Menengah Atas.. =) 
32. Nor Azura Awang - Ustazah masa Menengah Rendah di SMATS.. =)
33. Mohd. Nawal Ahmad Karim - Satu Generasi di SMATS merangkap Ketua Pelajar yang nda aku takuti. Dong manas kau Nawal.. XD
34. Azman Utul - Satu Generasi di SMATS sampai di KML. Tauliah Jurutera Bahan sudah ni orang.. =)
35. Rosbita Qingse Waslin - Satu Generasi di SMATS. Tauliah Akauntan ni.. =)
36. An-Nur Solehah - Macam junior di SMATS, ehe =)
37. Nailofare Edieca - Junior di SMATS.. =)
38. Hazrinah Samin - Satu Generasi di SMATS. Geng Kudat.. =) 
39. Nurikhma Indan - Junior di SMATS.. Tapi nda pernah lagi berjumpa, ehe.. =)
40. Affeira - Junior di SMATS rasanya, ehe..
41. Haryanah Moksan - Satu Generasi di SMATS.. Bakal Jururawat.. =)
42. Wan Zainudin Aliaspar - Junior di SMATS yang 'HOT'.. =)
43. Pyepa Frankie - Junior di SMATS rasanya, ehe.. =)
44. Siti Nurajjar Jami - Junior di SMATS.. =)
45. Maslinah Karim - Satu Generasi di SMATS dan jumpa balik di UMS.. 'pewaris' juga ni, hua2 XD
46. Siti Hafizah Alidin - Satu Generasi di SMATS dan jumpa balik di UMS.. Geng Kudat, oho XD
47. Fadzianah Suparman - Junior di SMATS.. Bakal Cikgu.. =)
48. Nursani Gunak - Cikgu BM dan Seni ku di SMATS.. =)
49. Ning Masturah Abd. Rahim - Junior di SMATS tapi nda sempat lagi berjumpa.. =)
50. Noraziela Ramlin - Satu Generasi di SMATS. Geng Kudat.. Geng Tuisyen Taman Pakka masa sekolah rendah di Kudat [<--- dia kasih ingat, alamak!] ;D
51. Hafizah Ernie Sham - Satu Generasi di SMATS.. =)
52. Halimatus Saa'diah - Junior di SMATS.. =)


KML ---> UMS 
01. Al-Do de Seragas - Senior dari KML. Senior yang nda sempat dijumpa, ha2.. XD
02. Syafeika Edora - Sepupu si anu.. =)  
03. Wan Fadhilah - Junior Sains Sekitaran, SST, UMS =)
04. Norazwinah Azreen Hussin - Junior di UMS merangkap 'pewaris tersayang' di JAKMAS KKCD. ;D
05. Mohd. Syafri Yusof - Junior Sains Sekitaran, SST, UMS. Ingat lagi awal2 berkenalan sebab pinjam2 nota.. Ha2 XD
06. Jasmine Cheah Wan Rhu - Satu Generasi di SST, UMS. Saintis bidang Kimia Industri =)
07. Nazatul Shima O. Jairin - Satu Generasi di KML.. =)
08. Nur Asmah - Cikgu Nur Asmah. Satu Generasi di UMS dan satu kolej tapi macam nda pernah date berjumpa, hua3 XD 
09. Erwan Shah Shamsiar - Geng KARAS di KML sampai di UMS. Wan, pinjam Game Boy dulu.. XD
10. Davies Austin Spiji - Geng karas dari KML sampai sama2 keluar UMS, ha2.. XD
11. Noor Amy Ajak - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS. Sekarang jadi Boss sudah ni jalan2 sini-sana, hua2 XD
12. Nurshazwanie - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS.. =)
13. Suhaizam Suhaimi - Geng KARAS+LEMBUT di KML.. Apa tip perasaan terbaharu Su? LOL. XD
14. Sheila Engal - Satu Tutor di KML.. Bakal Doktor.. =)
15. Mohd Ashrulmuzanie Abd Rahman - Senior di UMS merangkap mantan JAKMAS KKCD yang jadi rujukan.. =)
16. Rozita Zaini - Satu Generasi di SST, UMS. Saintis Biologi Pemuliharaan. Sekarang berkhidmat sebagai S/U Wanita UMNO Perak.. =)
17. Rozilah Awg. Kanak - Satu Generasi di SST, UMS. Saintis Kimia Industri merangkap 'Angel' Kumpulan BI. LOL! XD
18. Anisya Qam - Satu Generasi di UMS. Orang SPTA. Pakar pokok-pokokan, muahua3 XD
19. Khadafi Ibrahim - Satu Generasi di UMS. Saintis Bioteknologi.. =)
20. Megat Ahmad Sobrie - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS. Jadi Inspektor Kesihatan kah sudah mengkali dia.. =)
21. Kah Jin Yap - SST, UMS. Saintis Kimia Industri.. =)
22. Hasra Ibrahim - UMS.. Mantan MPP era kami.. =)
23. Dora Anjum - SPPS, UMS.. Cikgu Dora kawan gaduh2 di Pejabat KKCD, hua2 XD
24. Mohd. Fuad Mat Sani - Geologi, UMS. Geng karas masa LI lawan Mafia Wars, oho3.. XD
25. Ahmad Azri - UMS. Mantan MPP era kami.. =)
26. Afiq Mahat - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS. Geng karas jadi anggota PMUMS Sayang nda sempat DOTA.. LOL! XD
27. Adeline Tan - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS. Selalu Group dengan dia.. =)
28. Hamzan Robian - Senior serumah di KKKFNR, UMS merangkap tukang masak pro kami, miaha3 XD
29. Stephen Tiong - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS. Geng karas jadi anggota PMUMS. Selalu Group juga ni dengan Afiq.. =)
30. Milah Althafunnisa - Satu Generasi Sains Sekitaran, SST, UMS.. =)
31. Gwiyeoun Sonyeo - UMS.. =)
32. Afiq Nordin - Junior di SST, UMS merangkap 'pewaris' JAKMAS KKCD.. =)
33. Mohd. Azizul Abdullah - Satu Generasi SST, UMS merangkap 'Big Boss' kami JAKMAS KKCD 07/08.. Banyak terhutang budi sama kau Zul. Dua-dua Zul dan dipanggil Cikgu, muahua3! XD


Warga SK. Paguokon dan Rakan Sekerja
01. Mohd Izha Isare - Geng karas FS. Oldtai geng FS. Pakar Fotografi dan Komputer ni, oho XD
02. Aminah A. B. - Cikgu di SKPT.. =)
03. Bob Yusman - Geng Karas FS.. Sekarang berkhidmat di UMS.. =)
04. Cons Constantine Vitus - Geng Karas FS merangkap Penghulu 2nd Batch. Otai Komputer dan Radio Calling juga ni, oho..
05. Noridah Latigu - Cikgu di SKPT.. =)
06. Ahmad Latip - Cikgu di SKPT.. Geng karas main badminton.. XD
07. Nur Ain - Staf di SKPT.. =)
08. Rokiah Md Yassin - Cikgu di SKPT.. =)
09. Nurshizan Osman - Geng karas FS.. Kira geng Kudat juga ni, hua3 XD
10. Nurul Fafizah Ams - Geng sekerja selaku FS. Ntah tau masih FS kah nda.. XD
11. Antuna Sungkim - Guru Besar SK. Saga, Tenom.. ;D
12. Insight Sabah - One of the Sabah famous portal.. ;D
13. J. Lawasa Kasim - Pegawai di PPD Tenom.. ;D
14. Rosinah Masahat - Geng FS Sabah.. ;D
15. Rukiah Arshad - Cikgu di SK. Pekan Membakut, Sabah.. ;D 

Kenalan rakan atau kaum keluarga..
01. Anirah Mejon - Adik Armilla.. =)
02. Chelsea Girl'z - Adik Sepupu Armilla.. =)
03. Haryati Ahmad Jasni - Kakak Siti Nadzirah, junior di SMATS.. =)
04. Adziah Aziz - Pakar BI, ehe.. =)


Kemas kini: 5:30 petang, 28.11.2010

Panjang betul aku taip kan.. Jarang jumpa orang buat macam ni, ha2. Nah sekarang kita dengar lagu pula.. Nyanyi sama-sama ok.. ;D




TERIMA KASIH SEMUA...!!! ;D 

Friday, November 26, 2010

Selamat Datang www.samizul.net!

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera semua..!

MAAF sebab lama tiada kemasan terkini. Faham-fahamlah kalau orang 'office hour' ni, ehe.

Tulisan kali ni ringkas ja. Aku cuma mau buat pengumuman rasmi lagi akan perubahan yang dioperasikan ke atas laman blogku ini. 

Imbas kembali, operasi pertama yang aku lakukan ialah menukar template. Template umphh dari pihak ketiga [Wordpress Theme] kepada template ringkas oleh Blogspot. Selain untuk mendekorasi perabot-perabot mewah yang ada, ianya juga bertujuan untuk mempercepatkan tahap penayangan [loading] kandungan blog. Jadi, aspek kekemasan, keteraturan dan daya tarik ditekankan di situ. Supaya, tamu cepat-cepat datang masuk bertamu dan nda putus-putus berkunjung, ehe.

Perubahan kedua ialah, operasi menaik taraf nama Domain blog ku ini kepada suatu nama yang baharu, yang tampak sebagai Blogger 'elit dan profesional', muahua3! XD Benda ini sudah lama aku dambakan. Masuk tahun ketiga menjadi Blogger rasanya sudah cukup lama untuk menumpang di domain Blogspot..

Kenangan yang sempat dirakam..


Apa itu Domain? Kenapa perlu tukar? Macam mana mau tukar? Kalau ingin lihat jawapannya di sini, janganlah ketinggalan untuk bertanya atau Follow kemasan terkini [update] dari blog ini ya.. Bookmark atau langgan [subscribe] Newsletter. Newsletter tu ada di atas, ehe.

Sampai sini dahulu. Aku ada tugasan besar lagi. Walaupun cuti sekolah, tetap juga sibuk tu ada, ehe. 

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahi walhamdulillah, aku merasmikan nama baharu blog ini dari msslawliet.blogspot.com kepada www.samizul.net. Senang-senang, ubahlah pautan URL atau alamat tu ya.. Setakat ni kalau masuk URL msslawliet.blogspot.com, ia akan diajukan terus [redirect] kepada URL www.samizul.net juga. Jadi, tiada masalah untuk akses.

Selamat datang dan berkunjung ke 'rumah baharu'..! ;D


Nota: Jangan lupa untuk membaca tulisan akan datang. Ada sesuatu yang istimewa pasal petukaran nama Domain ini. Yeah! ;D

Nota: Nda tau kenapa ada 'www' tu.. Kalau tiada 'www', nda dapat masuk laman, uhu.  

Wednesday, November 24, 2010

Suratku disiarkan di Sabahkini.net. Yeah!

Syukur Alhamdulillah..! Aku sangat gembira dan ceria bila surat yang aku kirimkan kepada editor Sabahkini.net dekat tengah malam semalam, sudah disiarkan awal pagi tadi. Terima kasih buat editor atau pentadbir Sabahkini.net yang sudi menyiarkan dan memberikan tajuk "PBS MAMPU MEMPERKASA BLOGGER". Aku sukakan tajuk itu dan ianya memang sesuai.



Seingat aku, ini kali yang pertama aku menghantar tulisan atau 'karya' kepada media massa secara serius. Tulisan sulung ini beruntung dan bertuah kerana ianya disiarkan tanpa menunggu lama.

Ini memberikan aku satu 'pek tenaga' untuk terus aktif menceburi dunia penulisan secara profesional. Walaupun masih di tahap 'newbie', aku bercita-cita untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu penulisanku.

Kata seorang pengunjung dan 'peminat' setia blog ku ni, 

"Aku rasa kau ni banyak silent reader sebab terlampau tinggi bah ayat2 mu jadi kadang2 orang mau komen tu takut ... Nda ngam kan.. Aku pun kalau sudah ayat2 mu mengancam nda brani aku komen.. Nanti tersalah cakap hihi.." ~Vintage Rose


Aku ambil pusing akan komennya itu. Sebenarnya, aku sangat mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan dari pengunjung yang membaca artikel di blogku ini. Catatlah sebarang komen walau tajuk artikel aku tu nampak 'garang dan serius atau skema'. Luahkan apa yang dirasa atau terbuku. Jangan biar ia membeku dan dibawa pergi angin yang berlalu, ehe. Aku faham, kadang aku menulis dengan angin atau cara yang serius, kadang nda serius. Ini dapat melatih dan menyeimbangkan gaya penulisan aku. Dua-dua dapat masuk, dua-dua dapat diolah dengan power gitu, oho.   

Jadi, jangan malu-malu atau takut-takut untuk memberi komen ya. Aku dah menaik taraf sistem komen di blog ini di mana para pengunjung atau pembaca boleh komen menggunakan akaun Blogger, Facebook, Twitter, OpenID atau Intense Debate. Aku tambah Facebook dan Twitter sebab boleh tahan ramai juga pengunjung aku datang dari Facebook. Ini memudahkan semua.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua kepada MSS LaWLiET ;D 

 Kredit: Sabahkini.net


MSS: Tulisanku yang sudah disiarkan tu boleh dikunjungi di sini: [KLIK] Kenangan terindah bah itu.. ;D

Tuesday, November 23, 2010

Persatuan Blogger Sabah: Suatu Cadangan

Kemas kini: Surat ini telah disiarkan di Sabahkini.net pada 24.11.2010. Lihat di sini [KLIK].

Surat untuk Sabahkini.net

Kategori: Surat Pembaca.




Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Saudara Pengarang,

Saya ingin merujuk tajuk berita "PBS SASAR 300 AHLI SEUMUR HIDUP" yang disiarkan di laman ini pada 14 November 2010 yang lalu.

Pertama sekali, saya ingin menzahirkan rasa sukacita dengan perkembangan terkini Persatuan Blogger Sabah [PBS] dan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha ini.

Menyatupadukan para Blogger Sabah yang bukan sahaja aktif-serius dalam aktiviti Blogging mereka, tetapi juga ingin melahirkan para Blogger yang berketrampilan dan berkualiti terutamanya dari sudut penulisan yang dikongsi merupakan usaha terpuji yang wajar dimartabatkan. Ini bersesuaian dengan objektif PBS yang ingin melatih ahli PBS menjadi Blogger yang bertanggungjawab untuk membina masa depan negara.

PBS menjadi wadah pertama, setahu saya, yang mengumpulkan para Blogger Sabah secara rasmi dan nyata. Walaupun sekarang masih lagi diperingkat 'Tajaan', saya optimis PBS mampu pergi jauh dan lebih realistik dalam mendepani isu-isu yang berkaitan. Kolaborasi dengan pihak lain yang berkepentingan awam di Sabah mampu melonjakkan lagi imej PBS dalam mendepani pelbagai cabaran Blogger dan yang berkaitan pada masa kini atau yang akan datang. Saya fikir, tidak perlulah - sekurang-kurangnya buat masa ini - saya menulis lanjut mengenai kebaikan dan keburukan dunia Blogger di sini.

Saya ada beberapa cadangan untuk pihak yang sedang bertungkus-lumus menjayakan agenda PBS. Pertama, saya mencadangkan agar diwujudkan satu wadah atau ruangan untuk para ahli PBS beraktiviti. Sebagai contoh, PBS telah mempunyai lebih kurang 250 orang Ahli Seumur Hidup. Maka, melalui medium yang saya sebutkan tadi, para ahli boleh mempamerkan atau berkongsikan karya mereka. Ini mampu mengeratkan perhubungan sesama ahli dan juga penyebaran maklumat adalah lebih meluas. 

Memandangkan PBS pertama kali 'diiklankan' di Sabahkini.net, maka ada wajarnya wadah atau ruangan itu diwujudkan di kolum PBS di Sabahkini.net sekarang dan terus dikekalkan. Di sana, pengunjung boleh melihat tulisan terkini dari para ahli. Pembahagian kategori bagi jenis blog ahli juga boleh difikirkan sama.

Kedua, melalui kolum PBS tadi, saya cadang sebarang berita atau perkembangan yang berkaitan dengan PBS yang 'wajib' diketahui oleh ahli PBS dimuatkan didalamnya. Ini supaya, sebagai contoh, para ahli tidak tercari-cari hebahan terkini dari pihak pemimpin organisasi yang ditujukan khusus kepada ahli biasa. Sebagai contoh, makluman mengenai perkara atau agenda yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBS. Saya tidak bermaksud agar Minit Mesyuarat 'dibocorkan' tapi suatu bentuk makluman yang padat, tersusun, rasmi dan khusus untuk hebahan atau tindakan lanjut ahli perlu dimaklumkan di kolum PBS tadi. 

Yang terakhir, saya mencadangkan agar mesyuarat penubuhan PBS secara rasmi menjelang Disember tahun ini diadakan secara 'nyata', bukannya di alam 'maya'. Namun, bagi proses pemilihan Majlis Tertinggi dan yang seumpama dengannya boleh dijalankan secara maya atau dalam talian [online]. Dengan syarat, biarlah proses tersebut mempunyai sistem yang baik upayanya, telus, dan mematuhi peraturan-peraturan [contohnya: peraturan pemilihan] yang telah ditetapkan.

Selamat Maju Jaya saya ucapkan buat para pendukung dan penyokong PBS. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari-Nya untuk terus berkembang maju menggenggam cita.


Mohd. Samizul bin Samad
Ahli Seumur Hidup Persatuan Blogger Sabah

Nota: Sebarang komentar atau cadangan untuk penulis bolehlah dikirimkan melalui alamat emel mss.lawliet@gmail.com atau laman blog di atas.


Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers!

BERITA CAMBEST DARI NUFFNANG UNTUK SABAHAN NUFFNANGER! 

PERHATIAN buat SEMUA AHLI KOMUNITI NUFFNANG [dikenali sebagai 'Nuffnanger'] tidak kira sama ada status keahlian anda ialah Biasa atau Glitterati [macam aku] yang bermastautin atau berada di Sabah, satu aktiviti 'Mini Gathering' untuk para Nuffnanger akan diadakan hujung minggu ini!

Tarikh : 26 Vovember 2011 [Jumaat]
Masa : 8 malam
Tempat : Dream Cones, Jesselton Point, Kota Kinabalu

Aktiviti ini dianjurkan oleh Nuffnang dengan kerjasama Presiden Kelab Glitterati Plus iaitu saudara Shah. Saudara Shah akan datang ke Sabah dan bersama-sama dengan ahli komuniti Nuffnang yang lain, istimewa untuk Nuffnanger di Sabah.

Selain sambil-sambil mengeratkan lagi perhubungan sesama ahli dan menikmati ais krim yang sedap di sana, Nuffnang juga berbesar hati untuk menghadiahkan Badges dan T-Shirt edisi terhad Nuffnang. Macam mana kena kasih hadiah, itu nda aku pasti, ehe..

Mesti ada yang tanya "Ada pass atau tiket kah untuk masuk / ikut sama..?" Hah, jawapannya ada dalam gambar ini:



Maklumat lanjut, boleh baca di sini [KLIK].

Happy Gathering Nuffnangers! ;D


MSS: Rancang mau pigi KK hujung minggu ni. Mijul Harry Potter terbaru dah keluar, oho3.. X> 

Monday, November 22, 2010

One Day Seminar: Think Wisely, Choose Safety

Khidmat Pesanan Masyarakat: Di salin-tampal dari emel..

Come join our seminar for this December.

Title : One Day Seminar : Think Wisely, Choose Safety
Venue : Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak
Date : 15 December 2010

Introduction:

SAFETY. When people hear this word, they only think about construction sites, factories, heavy industries, etc. But what about Home Safety? Personal Safety? Workplace Safety? Most of us are complacent about these as we think it is common sense and not related to us.

Think Wisely, Choose Safety is a one day seminar that will guide participants on personal safety, home safety, etc. Speakers from various organizations related to these issues will offer their opinions and advice as well as high-lighting the importance of thinking and protecting our-selves anywhere.

Objectives:

1. To promote a safe lifestyle
2. To create safety awareness everywhere

Target Group

1. Employees
2. Housewives
3. Human Resource Personnel
4. Any Interested individual

For more information, please contact Mr Ahmad Zaki or Mr
Muhammad Julaihi at:

NIOSH Sarawak Regional Office
No. 90, Sublot 11, Lot 324,
Section 54, Jalan Petanak,
93100 Kuching
Tel : 082-256500
Fax : 082-253020
Email : sarawak@niosh.com.my

or kindly visit our website http://www.niosh.com.my/ and download the brochure.

Thank you.

Berita FS 15 Nov: Perasaanku..

Aku baru ja selesai membuat pemeriksaan ke atas Makmal Komputer bagi Laporan Audit Negara bersama-sama dengan dua orang Juruteknik Komputer dan seorang rakan sejawatku, Fasilitator SchoolNet [FS]. Untuk hari ini, ada beberapa sekolah yang kami datangi. Data mentah sudah ada. Tinggal proses memasukkan data dan seterusnya menghantar kepada PPD dan JPN Sabah lagi yang tinggal. Pemeriksaan ini dijadualkan selama seminggu.

Sudah lama aku tidak meringankan minda untuk mengambil tahu perkembangan semasa status jawatan kami sebagai FS. Sumber utama yang aku kunjungi ialah di laman Facebook [FB] FS Sabah atau FS Malaysia. Aku sudah bosan untuk bercengkerama dengan FB. Ianya semacam penjara, seperti 'penjara terbuka' di wilayah Palestin. 

Aku masih belum mampu meninggalkan FB 100 peratus sebab profil untuk tujuan kerja aku wujud di sana. Profil selaku FS SK. Paguokon, Tenom dan juga selaku Pentadbir Laman [Pages] SK. Paguokon. Aku akan perlahan-lahan tidak lagi aktif dengan profil peribadi di FB. Aku akan aktif di blog ini, MSS LaWLiET.

Sebentar tadi, aku ringankan tangan untuk menjengah laman FS Malaysia dan FS Sabah. Hasilnya, ada berita terkini berupa surat pekeliling [baca: Pekeliling] yang menerangkan mengenai perlanjutan kontrak bagi Contract For Service yang dijadual tamat pada 31 Disember ini.

Aku sudah membaca Pekeliling berkenaan. Oleh kerana minda masih letih, aku hanya ringkaskan sedikit apa perasaan [komen] aku bila sudah membacanya. Nda mampu eh baca mendalam lama-lama, uhu..

Perasaan i

Pekeliling ini membenarkan intuisi aku, dan yang lain yang sependapat, sebelum ini. FS termasuk dalam kategori Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat [SPS] di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Setelah YAB PM mengumumkan yang kontrak Pegawai Khidmat Singkat [PKS] akan disambung bagi setahun lagi, aku berkeyakinan itu ialah khabar gembira buat FS. Apa beza Pegawai SPS dengan PKS? Dua-dua ialah orang yang perkhidmatanya adalah Singkat kategori Kontrak. Dalam Singkat, ada kategori Sementara, ada kategori Sambilan, ada kategori Kontrak.

Sekarang, Pekeliling itu sudah menjelaskannya [rujuk isi #2]. 50 markah penuh untuk aku kerana menjawap dengan tepat dan jitu. Yeahh! Haha.


Kredit: Group FB FS Malaysia / Sabah


Perasaan ii

Namun, jangan dulu kita berkenduri rakan-rakan sekalian. Ada satu perkara yang ditimbulkan lagi dalam Pekeliling itu yang jelas telah mengerutkan dahi kita semua.

Pekeliling itu menyatakan [rujuk isi #5] Pegawai SPS mana yang layak untuk penyambungan kontrak untuk setahun lagi. Secara mudah, Pegawai SPS bagi kerja/tujuan/projek yang telah tercapai maksudnya/telah siap/telah selesai, maka Pegawai SPS ini TIDAK WAJAR DILANJUTKAN. Baca sekali lagi, TIDAK WAJAR DILANJUTKAN. Bukan TIDAK BOLEH DILANJUTKAN atau DILARANG UNTUK DILANJUTKAN

Siapa pula yang WAJAR - atau dalam ayat lain layak - untuk disambung kontraknya? Ada jawapannya di Perkara 5 Pekeliling itu.

Sekarang, mari kita zoom lagi mengenai FS. FS wujud kerana adanya projek SchoolNet yang dilaksana. Sejajar dengan pelaksanaan projek SchoolNet ini, maka terbinalah Makmal-makmal Komputer di beberapa buah sekolah terpilih. Apakah hubungan antara SchoolNet dengan makmal komputer ini?

Apakah yang 'menghidupkan' makmal komputer ini selain sambungan elektrik dan peralatannya? Jawapannya, talian internet SchoolNet. Piring Satelit itu letaknya pula di sebelah makmal.

Aku tidak pasti berapa banyak sekolah yang ada talian SchoolNet, tapi tiada makmal dibina. Sebab, aku tidak mahu mengupas dalam-dalam isu makmal ini. Di situ ada sesuatu yang menggelengkan kepala mereka yang jernih fikrahnya. 

Cuma satu yang ingin aku sentuh, bandingkan makmal di Sabah dan di Semenanjung Malaysia. Bandingkan dari aspek pembinaan, penyerahan, fungsi, dan segalanya lah. Dalam 300 makmal, hanya dua yang diserahkan kepada pihak sekolah [siap] menurut Laporan Tahunan KPM 2009* bagi negeri Sabah. Isu ini pernah disuarakan di Berita Harian beberapa bulan yang lalu.

*Perlu dirujuk semula tahunnya.

Dari situasi di atas, bagaimana kami FS di Sabah ingin mengatakan bahawa projek SchoolNet TELAH SIAP atau TELAH SELESAI atau BERJALAN DENGAN LANCAR? Aku baru ja tadi buat pemeriksaan makmal-makmal yang bermasalah. Ada makmal, tiada peralatan komputer. Ada makmal, barang lengkap, tapi tiada pula sambungan kuasa elektrik dan tiada penyerahan untuk sekolah. Semua makmal mempunyai masalah yang serupa. 

Justeru, bagaimana aku selaku Fasilitator SchoolNet ingin menyokong penuh kenyataan bahawa projek SchoolNet berjalan dengan lancar di sini dan selesai sepenuhnya?

Jika perasaan aku ini benar sekali lagi, maka 25 markah penuh untuk aku. Sekarang, tinggal baki 25 markah lagi untuk aku 'skor'. 25 markah ini datangnya dari pihak yang menaungi kami - kolaborasi KPKK-KPM - berupa surat 'hitam-putih'.

Kalaupun - palis-palis** - aku tidak mendapat markah bagus dari KPKK-KPM dan markah untuk Perasaan ii itu, aku beranggapan bahawa aku telah lulus walaupun tidak layak akhirnya untuk memasuki 'kelas' bagi tahun hadapan. 

**Slanga Sabah yang bermaksud, "Minta dijauhkan".

Melakukan usaha yang terbaik atau sehabis baik adalah satu kejayaan dan ianya lebih cemerlang berbanding wujud kebergantungan terhadap nasib. 

Sambung atau tidak kontrak, hidup kita perlu diteruskan. Teruskan perjuangan!


Nota: Sekalung penghargaan buat FS SK Mentadak, Tawau yang telah sudi menghantarkan mesej pasal ni sama aku dan juga terima kasih buat rakan FS yang terus menghebahkan perkongsian berita. Teruskan usaha! 

Nota ii: Jika ada yang ingin membaca Pekeliling tersebut, bolehlah tinggalkan komen di bawah atau terus mengunjungi Group Facebook FS Sabah atau FS Malaysia. Sebarang komen, pandangan atau cadangan terhadap tulisan ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih! ;D

Sunday, November 21, 2010

MSS LaWLiET Sudah Berstatus Glitterati!

Yeah! Setelah beberapa hari yang lalu aku mendaftar dan kembali aktif dengan Nuffnang, akhirnya status keahlian aku sudah dinaik taraf menjadi Glitterati..!



Apa itu Nuffnang? Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan tempatan yang aktif sekitar Asia Pasifik. Kamu boleh cari dengan enjin carian atau klik di sini [Nuffnang].

Apa pula Glitterati? Aku tidak tahu maksudnya dari segi bahasa tapi dari apa yang aku faham, Glitterati merupakan ahli istimewa dalam komuniti Nuffnang. Ada banyak keistimewaan bagi mereka yang mendapat status ini terutamanya dari segi pendapatan dan kepopularan.

Oleh itu, dengan rasminya aku telah menyertai dua syarikat pengiklanan berbayar. Ini salah satu pendapatan secara dalam-talian [online]. Sekurang-kurangnya, ada hasil dari segi kewangan juga aku masuk internet hari-hari.

Malam sudah semakin lewat dan aku pun mula mengantuk. Nanti aku sambung pula cerita pengalaman aku dengan perniagaan atau program menjana wang yang terlalu banyak di alam maya ini untuk disertai. Walaupun aku baru menjadi Glitterati secara rasmi, tapi ini bukanlah pengalaman pertama aku dengan program menjana wang seperti Nuffnang, ehe.


MSS: Kejap lagi mau layan lagu 'Selamat Malam' oleh Faizal Tahir.. Selamat Malam semua...! ;D

Jauhkan Diri Dari Radio!

Nampak ganas dan keras tajuk kali ini. Seteguh dan sekerasnya pendirian aku terhadap suatu 'budaya' yang telah lama menjalar di kehidupan kita. Aku amat tidak menyenangi budaya ini. Budaya ini sama seperti kita membuat iklan mengenai rokok; yang popular dengan tema 'Amaran Kerajaan Malaysia: Merokok Membahayakan Kesihatan'.

Kalau bukan kerana ramai kaum keluarga dan rakan-rakan aku merupakan perokok, sudah tentu aku akan bersurah setiap detik menghentam mereka yang terlibat. Belum masuk skop 'perokok berintegriti'. Aku tidak menyalahkan perokok 100 peratus. Aku tahu kamu faham apa yang aku maksudkan.

Setelah diselusuri, di situ kita akan dapati betapa lawaknya larangan itu. Tahap kebodohan kerendahan intelek juga terserlah sama ada di pihak pengguna atau pemberi. 

Tapi budaya yang aku bebelkan sekarang ini ada sedikit kelainan. Ianya berkait dengan perkhidmatan di radio yang menjemput pendengar untuk menjadi pemanggil dalam suatu acara atau aktiviti yang dijalankan oleh juruhebah.

Aku, Radio, dan Siarannya

Ketika aku di alam sekolah menengah, radio merupakan kegilaanku. Radio lebih berguna dan penting berbanding telefon bimbit waktu itu. Aku sanggup menggunakan sebahagian besar duit biasiswa persekutuan semata-mata untuk membeli walkman yang berjenama. Ada kalanya terpaksa akur untuk membeli yang tidak berjenama. Perangai ini terbawa-bawa hingga ke alam kolej matrikulasi.

Masa itu, aku suka mendengar Radio Muzik yang kini dikenali sebagai MuzikFM. Cuma sekarang aku lebih selalu mendengar SabahFM kerana dahagakan hebahan terkininya.

Dari era aku mendengar Radio Muzik sampailah ke SabahFM, ada satu 'iklan' yang sentiasa diulang-ulang juruhebah. Iklan ini selalu diulang siar bila juruhebah membuka talian buat pemanggil. Aku tersenyum sapi bila mendengar 'amaran' juruhebah ini. Tapi aku berubah jadi sakit hati bila ada pemanggil yang menelefon juruhebah sambil radio dihidupkan atau berdekatan dengan sang pemanggil. Kenapa? Kami pendengar terganggu dengan masalah gelombang dan ianya sangat menganggu!

Inilah antara tahap mentaliti pemanggil yang betul-betul menyerlahkan tahap bangang mereka. Mereka tidak bodoh tapi wujud sikap bangang di situ. Tidak makan amaran. Cuba cari titik persamaan antara situasi ini dengan rokok tadi. Ada persamaan dibalik dua perkara yang berbeza. 

Sejujurnya aku tidak faham sikap pemanggil jenis ini. Adakah mereka terlalu teruja sampai syok sendiri atau melakukannya dengan kuasa minda separa sedar. Tiada kajian lanjut yang khusus mengenai fenomena ini.

Solusi i

Aku jarang mengkritik tanpa memberikan solusi. Maka di sini ada sekelumit cadangan dari aku buat para pemanggil dan juga pentadbir stesen radio.

Pertama, stesen radio perlu mencipta atau menggunakan suatu perisian yang bersifat anti balikkan gelombang. Jadi, bila ada pemanggil yang melanggar amaran juruhebah, panggilannya akan diputuskan dari bersiaran. Selepas terputus, pemanggil tadi akan dilayan oleh rakaman suara yang menyatakan sebab musabab panggilan mereka terputus [diputuskan] dan juga nasihat agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Jangan dibiar kesilapan berubah menjadi suatu kesalahan. Aku fikir, fungsi perisian ini boleh diperluaskan lagi bagi skop yang lain.

Jika pentadbir stesen radio tidak mampu mencipta atau kos pembelian adalah mahal, maka aku cadangkan agar dibuka satu pertandingan mereka cipta. Habuannya mestilah lumayan. Jangan asyik pertandingan mewarna, melukis dan mencipta testimoni sahaja.

Cara lain, tawarkan biasiswa atau geran untuk kajian/projek perisian tersebut. Aku sudi menawarkan diri untuk menyertai pasukan penyelidik ini walaupun bukan berlatarbelakangkan bidang kejuruteraan. Sijil tauliah tertinggi yang aku miliki ialah selaku graduan bidang alam sekitar atau environmentalist.

Solusi ii

Cadangan untuk pemanggil pula ialah, bergantung dengan tujuan atau sebab mengapa pemanggil berbuat demikian. Yang aku pasti, mungkin mereka teruja kerana panggilan mereka menembusi sesawang dan ingin menikmati saat itu.

Jika itu sebabnya, maka aku cadangkan agar pemanggil tersebut menggunakan aplikasi Rakam di telefon mereka terutamanya telefon bimbit semasa memanggil juruhebah bertugas. Aplikasi Rakam ini aku yakin tidaklah sampai ke tahap anda perlu memiliki iPhone 4. Jika tidak ada, pinjamlah sekejap telefon rakan atau sesiapa yang sudi. Tapi jangan lupa, kad sim jangan lupa tukar. Nanti habis nilai baki kredit si kawan, oho.

Aku harap, selepas ini akan jaranglah kedengaran bunyi berdengung yang membingitkan telinga mengalahkan alunan muzik DJ Kelab Malam / Karaoke yang berpesta sakan.


Nasib Jalan Pitas-Bongkol

Penurapan Jalan Pitas-Bongkol tidak bermutu? -SabahKini.net

Saudara Pengarang,

PROJEK tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2008 sejauh 2 kilometer tetapi setelah tiga bulan siap, sudah banyak retakan dan berlubang kerana pembinaan tidak mengikut spesifikasi atau piawaian JKR.

Namun nampaknya tidak ada tindakan pihak yang berwajib dan sekarang ini jalanraya hanya tinggal 20 peratus sahaja dan selebihnya sudah tidak kelihatan lagi, hancur lebur.

Pada awal tahun ini, bermula lagi penyambungan projek tersebut sejauh 6 kilometer dan separuh sudah dibina, malangnya baru sebulan diturap, kini sudah kelihatan beberapa retakan dan lubang.

Justeru itu, kami berharap agar SPRM, Jabatan Audit Negara dan pihak berkuasa campur tangan memantau projek yang dianggap sebagai salah satu projek ‘Top-Up’ di daerah ini kerana mutunya yang rendah dan kosnya pula terlalu tinggi.

Salam Hormat,

MOHD NOOR BIN SIDIKIL 


MSS: Jalan yang dimaksudkan adalah sekitar kawasan kampung [keluarga] mak dan bapa aku. Dahulu Pitas antara daerah yang kaya dengan hasil balak. Tapi Pitas terus mengungguli carta miskin tegar yang tertinggi di Sabah, dan mungkin juga di Malaysia. Balak sudah habis dipotong oleh cukong dan sang haloba. Petualang pun mungkin terlibat sama.. Orang utara Sabah mana yang tidak kenal kilang papan Seribu Daya sekitar dekad 1990-an..?

Kemiskinan yang berleluasa di sini macam suatu 'tinggalan kuno' pula. Untuk tatapan generasi moden masa kini. Kita berada dalam tempoh perjalanan masa yang sama; sama tahun 2010, dekad yang sama, tapi bagai berada di dimensi lain. 

Taraf pendapatan rendah, tahap pendidikan pun rendah. Bila tahap pendidikan rendah, maka senanglah digula-gulakan oleh pihak yang... Kamu fikirlah sendiri. Kena bagi zink, tandas mudah-alih, tangki biru, dan 'tambang' RM50/RM100 untuk keluar mengundi, terus pilih anu. Merana lagi untuk lima tahun yang selalunya tidak digenapkan.  

Bagi mereka yang buka ja mata hidup di bandar-bandar besar terutamanya yang berada, yang tidak pernah melihat sendiri apa itu kampung yang benar-benar tulen, kampungan, kemiskinan, dan hidup susah, maka aku amatlah mengalu-alukan dengan semangat 1Malaysia, marilah kita melakukan lawatan dan ziarah ke daerah istimewa ini. 

Lawatan sambil belajar boleh, rombongan pengkaji dan penyelidik boleh, lawatan pemberian sumbangan boleh, ziarah untuk buat gimik perasmian pecah tanah projek pun boleh.

Kalau ada orang terutamanya pembesar yang menafikan hal ini, itu tentunya 'bagai menutup bangkai dinosaur'. Tidak percaya? Marilah melawat daerah Pitas sekarang. JOM!

Buat Insan Tersayang, Yang Terindah

Nah kali ni ayat romantik. Romantik lagi sedap bunyinya berbanding jiwang kan. Lagipun, boleh bawa dua maksud atau situasi yang berbeza. Orang romantik lwn Orang jiwang. Lain kan..

Buat Insan Tersayang, literalnya tuju pada yang tersayanglah kan.. Sayang sesuatu yang subjektif dan mempunyai pengelasannya tersendiri. Sayang aku pada keluarga, si dia, dan msslawliet* aku tidak sama. 

Aku terjumpa satu lagu yang menarik perhatian aku masa mendengar SabahFM. Apa lagi, terus YouTube lah video lagu tu, ehe..

Lagu ini, ku dedikasikan khas buat insan tersayang yang jauh di mata, tapi dekat di sanubari hati.. ;-')


Ada satu lagi lagu. Yang ini pula, dari si dia. Tajuknya, Yang Terindah. Dia pula duluan hantar lagu berbanding aku yang sudah janji. Sonod lagi, haha.

Bah apa kata kita terus layan lagunya ini. Dua-dua umphh dan membawa maksud tersirat yang tersendiri... ;-)


*Nama laptop aku

MSS: Mungkin boleh buat ulasan ringkas [review] nanti sama lirik lagu.. Lagi satu, abang minta maaf sebab lambat tulis ni.. Maaf a.. ;->

Kereta Elektrik dan Pendekar untuk Pesilat

Waa, mesti ada yang tertanya ni kan kenapa aku pilih tajuk macam tu..? Soalan pertama; apakah kaitan antara keduanya? 

Adakah suatu program rancangan bukan-fantasi atau fantasia khusus untuk pesilat mendapat gelaran 'Pendekar' dan seterusnya dihadiahkan sebuah Kereta Elektrik, bakal ditayangkan oleh Parabebola?

Oh tidak! Walaupun ada Kata Hubung 'dan' di situ, ianya tidak 'mempakejkan' benda dan gelaran itu..! Psiko sikit, ehe..

Sebenarnya apa yang aku mau tulis ni ialah hasil aku mendengar berita radio tadi. Dalam berita tu, ada dua benda yang lebih menarik perhatian aku berbanding isi lain. 

Kereta Elektrik

Ura-ura kereta generasi akan datang bakal menerjah pasaran di Malaysia semakin bertiup kencang. Dari berita itu, ada satu perkara yang menjadi pengahalang utama kemasukan kereta berkuasa elektrik ini ke Malaysia. Ianya ialah hal PENDAFTARAN. Menurut peraturan sedia ada, sebarang jenis kereta yang ingin dipasarkan dan diguna pakai di mana-mana pelusuk Malaysia perlu mempunyai pendaftaran bagi enjin. Aku difahamkan, kereta berkuasa elektrik ini tidak menggunakan enjin seperti kebiasaan. Enjin telah digantikan dengan bateri cas-semula. 

Banyak lagi hal yang boleh disentuh mengenai kereta elektrik ini. Bagi aku, aku menyokong penuh dan sebulat-bulatnya usaha yang jelas memikirkan kesan sesuatu terhadap komponen alam sekitar dan manusia secara bersungguh-sungguh. 

Cuma tentunya cabaran utama sekarang ialah HARGA. Tapi aku berfikir, harga mahal tidak selamanya mahal. Pasti ada penurunan. Kalau tiada, kita buat 'kenaikan' bajet kita lah, ehe.

Sebenarnya, lagi bagus bilangan kereta persendirian dikurangkan, berkurangan, dan seterusnya jarang-jarang di Malaysia. Selain dadah kategori haram dan penyakit 'tiga serangkai' [Jantung+Kencing Manis+Darah Tinggi] menjadi pembunuh utama rakyat kita, jalan atau lebuh raya kita juga adalah pembunuh utama. 

Pendekar untuk Pesilat

Isi khabar yang kedua pula ialah mengenai gelaran 'Pendekar' yang bakal ditauliahkan kepada mana-mana pesilat yang mencapai tahap tertinggi atau menyumbang di arena antarabangsa. Kalau dalam Catur, tahap tertinggi ialah GM - Grand Master. 

Silat - tidak kira apa jua nama dan jenamanya - merupakan warisan budaya masyarakat atau bangsa Melayu dan juga bangsa nusantara yang lain. Silat bukan sahaja suatu seni yang menonjolkan kemahiran mempertahankan diri semata, tetapi juga suatu pengamalan yang mampu melahirkan insan yang lebih berguna kepada masyarakat sekitar atau yang lain. Pesilat tentunya tidak dilihat melalui kehebatan fizikal, tetapi elemen rohani dan peribadi juga menjadi kayu ukur. Itu KPI-nya

Jadi, gelaran 'Pendekar' itu amatlah aku harapkan supaya tidak diberi dan dianugerahkan seperti mentaliti sesetengah pembesar kita menganugerahkan gelaran Datuk/Datin dan yang seumpama dengannya. Ada yang mendapat gelaran Datuk sebab orang itu banyak duit sahaja atau selalu taja orang tertentu untuk habuan tertentu. Dapat gelaran Datuk sebab taja itu ini, tapi dalam masa yang sama 'taja' yang bawah-tanah atau belakang-tabir punya. Sebab gelaran Pendekar itu lebih gah, lebih berkualiti, dan lebih mahal pengaruhnya berbanding gelaran seperti Datuk. Ohya, jangan terkeliru antara 'Pendekar' dan 'Pandikar' ya.. Lain-lain tu, huahua. ;D  


MSS: Memasang angan untuk menjadi salah seorang GM Sabah. LOL.

Saturday, November 20, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.com

Selamat Pagi! Pagi Sabtu memberikan lagi peluang nikmat yang aku masih lagi mendapat kurnia dari-Nya untuk terus mengisi kehidupan dengan sewajarnya. Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas dan menjenguk dunia ini.

Pagi ini, ada satu berita yang sungguh menarik aku. MSS LaWLiET telah di-tag untuk menjadi calon pemenang aktiviti "GivaAway Domain From MelRomeo.com"! Yeahh! Baru semalam aku menulis di 'Pengumuman Rasmi' yang salah satunya ialah niat aku untuk mendapatkan Domain sendiri bagi MSS LaWLiET. Sekarang, nasi dicita, padi beras mendatang, haha.



Khabar gembira ni aku dapat dari blog Mohd Aiman. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi memilih MSS LaWLiET. Sebagai membalas jasa, MSS LaWLiET akan tag Mohd Aiman dan empat orang lagi rakan Bloggers.

Menang nda menang, tu nombor dua. Yang penting, kita sama-sama dapat turut serta dan ada peluang yang sama untuk menang. Lagipun, ini bukan sahaja dapat membantu MelRomeo.com, tapi juga mengeratkan lagi perhubungan di kalangan rakan Bloggers yang kita sudah Follow.

Memandangkan perlu Tag lima orang rakan Bloggers sebagai syarat untuk menang, maka di bawah ni lima orang yang aku pilih.. Naseblah kalau nampak, ehe..


GIVEAWAY DOMAIN Daripada MELROMEO.COM


MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
 

GIVEAWAY DOMAIN DARI MELROMEO.COM

Syarat dan Peraturan

1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Domain From MelRomeo.Com

2. COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda. (PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI)

3. Tag 5 Orang Kawan Bloggers

4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap!

Easy Huh? Pemenang akan dikira menggunakan Random.ORG! Mungkin Anda Bertuah ? Siapa tahu ?

Hehe , Tarikh Tutup 30 November 2010!* GoodLuck And Enjoy Bloggers!

Easy huh?

*Mungkin berubah


MSS: Kalau ada yang nda faham, usah malu-segan untuk bertanya ya.. Ada ruang komen di bawah.. ^^,

Hati-hati Beli Pendrive 32GB

Salin-tampal tanpa sebarang ubah suai. Kredit: Salafi Salih [at] syok [dot] org

Hari ini saya survey dekat www.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! . 

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Harga semasa yang Original di sini :

http://www.pcdepot.com.my/category/51/132/USB%20Drives/MP3%20Player.aspx

Sila Share dengan kawan-kawan agar tidak tertipu.


MSS: Kipas-susah-mati Kingston. Ambil langkah keselematan sebaiknya ketika membuat pembelian secara online..