Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 05, 2010

Aku n Badminton: Memori lalu..

Fuhh, sudah lama nda menulis cerita di blog ini. Walaupun boleh kata hari2 masuk sini, masih tiada 'angin' untuk membuatkan gerak jemari ku menari, bergoyang..

Dalam tulisan ini, aku ingin bernostalgia sedikit. Bukan apa, mengenali sesuatu tu perlu tahu juga sejarah yang sudah terpahat didalamnya.

Pengaruh

Aku main badminton sejak sekolah rendah. Sejak kecil. Aku nda ingat tahun berapa tapi masa itu dua atau tiga tahun sebelum aku duduk UPSR. Aku nda tahu apa yang sebenar2nya mempengaruhi aku supaya main badminton. Yang aku ingat, penangan buku cerita kartun Anak-Anak Sidek yang selalu dipinjamkan oleh geng karas aku di sekolah rendah - Jamil, Amir dan Fakhrurazy.

Itulah satu2nya buku kartun tempatan yang pertama aku layan habis selepas Mutiara Naga [Dragonball], Misteri Naga [Dragon Quest] dan banyak lagi yang seangkatan dengannya pada masa tu. Majoriti berasal dari negara Matahari Terbit.

Bermain

Teman sepermainan aku bagi badminton ialah Nasir dan adik-beradiknya. Dia tua lebih kurang setahun dari aku. Bapanya antara - yang kami panggil ustaz - yang mengajar aku Aa Ba Ta. Sampai ke peringkat al-Quran hinggalah aku khatam al-Quran masa Tahun 5. Secara mudah, hubungan jiran antara keluarga kami memang rapat, akrab, dan mesra.

Kami bermain di atas gelanggang tanah yang sedikit berpasir. Tanpa tiang dan jaring. Garisan pun main tanda gitu ja. Kawasan tu sebenarnya tempat bermain guli yang popular sebab keadaan tanah dan agak luas. Kami nda akan main badminton kalau ada yang main guli. Sebab, kamilah pemain elit untuk guli di situ, ehe..

Aku lupa apa jenama raket aku yang pertama. Yang aku yakin, ianya dari besi betul. Mudah berkarat. Beratnya boleh tahan. Ianya sangat membantu kekuatan jari dan tangan aku masa bermain guli.

Peraturan bermain badminton kami mudah saja. In-Out dan kiraan mata 15. Tidak ada Short, Long, Wrong, Batal [kena jaring], dan kiraan mata 21. Itu belum campur lagi jenis pukulan dan teknik2nya. Kalau smash, tahulah, ehe..

Kami bermain dan terus bermain di situ. Hanya peringkat di situ sahaja. Tiada kemajuan yang agresif. Sampailah aku masuk ke alam sekolah menengah, permainanku terbantut sebab tidak mampu untuk memiliki raket yang sesuai. Aku minat sangat main tapi aku malas pinjam raket orang. Rasa pelik pula nda meminjam, ehe..

Masa kini

Aku menggantung raket selama hampir 10 tahun. Dari sekolah menengah sampai ke sekolah di universiti, aku menggantungnya. Aku memang jenis yang malas bersukan. Turun padang bila ada yang memaksa minta kawan atau jadi petugas sukarelawan tapi berupah, muahua3..

Cuma pada tahun 2006 aku ada bermain semula secara suka2 di Kolej Kingfisher, UMS. Pintu pagar / pagar jadi 'jaring', uhu. Tapi itu belum layak untuk dikira sebagai 'kebangkitan semula'.

Walaupun begitu, aku masih mengikuti perkembangan badminton. Perkembangan yang biasa2 ja lah.. Kalau ada main bola dan lawan badminton, aku memilih untuk tengok badminton. Lagi umphh..

Masuk tahun 2010, aku menamatkan era menggantung raket. Nekad. Kali ini situasinya nostalgik. Sebab, aku memulakan 'kebangkitan' di sebuah tempat bernama sekolah juga. Sekolah tempat aku bertugas, selaku Fasilitator SchoolNet - Agen Pembudaya ICT.

Di sini, selain membudayakan ICT, aku juga membudayakan permainan badminton. Memang sukar diawalnya tapi Alhamdulillah, ianya semakin meriah.

Saat ini, aku serius bermain dan berlatih untuk meningkatkan tahap permainan. Pengalaman yang tidur selama 10 tahun itu tentu belum cukup pulih sepenuhnya dalam sebulan dua. Dengan sedikit gaya, corak, dan teknik bermain yang pernah diamal dan ditonton, ianya diperkemaskan lagi saat ini. Pengetahuan dan pengalaman semakin bertambah, mencurah2.

Terima kasih Jamil, Amir dan Fakhrurazy kerana sudi meminjamkan aku komik Anak-anak Sidek. Kalau masa tu aku mampu membelinya, aku nda akan menyusahkan kamu untuk memberi pinjam. Tanpa pengaruh itu, aku nda akan sampai hati menulis di Kad Kemajuan Pelajar yang aku bercita2 untuk menjadi seorang pemain badminton sebagai kerjayaku bila dewasa nanti..! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!