Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 12, 2010

Asrama: Berpulangan di hujung minggu

'Berpulangan' dalam tajuk di atas aku fikir dalam slang Sabah. Maksudnya merujuk kepada perbuatan orang yang pulang atau keluar dari suatu tempat ke tempat asal atau sebelumnya.

Aku ada seorang adik yang tinggal di asrama. Asrama ini, tidaklah dapat aku pastikan statusnya - Penuh secara fizikal atau Penuh dari segi darjat. Cuma sekolah ini boleh dikatakan sekolah elit dalam kategori SMKA di negeri Sabah.

Aku juga pernah tinggal di asrama. Asrama dalam konteks cerita ini ialah dalam sekolah menengah. Bukan asrama yang lain. Adik aku ni orang yang ketiga dalam adik-beradik kami yang tinggal di asrama. Dia baru tingkatan satu. 

Aku suka tinggal di asrama. Walaupun ada peraturan yang dirasakan ketat dan merimaskan, aku lebih suka dan sangat berbesar hati untuk tinggal dan terus melepak di asrama jika ada cuti yang tidak terlalu lama. 

Di asrama, aku rasa hidup teratur, dapat melatih pelbagai kemahiran diri, dan yang paling utama aku gembira dan enjoy bersama kenalan satu sekolah. 

Lupakan seketika cerita aku masa di asrama.

Aku naik risau bila adik aku yang tinggal di asrama sekarang ini tiap2 hujung minggu diminta dan diarahkan pulang ke rumah. Tidak dibenarkan tinggal di asrama. Isunya, bajet makan. Itu yang aku dapat tahu. Rasa sangat lucu. Kasihan tu memanglah. Tapi yang lucunya, bajet tiada. Mengapa ini terjadi?

Tidak pasti kalau ada mana2 yang telah membuat penjelasan konkrit lagi telus berhubung isu ini.

Bagi mereka yang latar belakang hidup susah, tinggal jauh di kampung, taraf pendapatan dan pendidikan yang tidak setinggi mana bila mendapat tawaran belajar di tempat elit seperti itu pastinya berkenduri.

Ini peluang cerah untuk pendidikan anak dan seterusnya menjadi harapan dan sandaran keluarga untuk memperbaiki tarah hidup. Sekurang2nya sepanjang si anak tinggal di asrama, beban kewangan tidaklah terlalu berat. 

Namun, situasi itu mungkin benar wujud lima atau belasan tahun yang lalu.
Bayangkan dengan adanya arahan seperti mengosongkan asrama setiap hujung minggu setiap bulan ini kena pada mereka yang hidup susah seperti yang aku sebutkan di atas. Siapa tanggung duit belanja tambang untuk balik? Duit poket? Keselamatan? Kemudahan pergi-balik? Adakah ini suatu kelebihan pada mereka yang tidak berkemampuan? 

Kalau ada kaum keluarga yang tinggal berdekatan, mungkin boleh menumpang kasih jika sudi. Kalau okay. Kalau available. Bagaimana yang langsung tiada?

Harapkan warden atau guru? Mereka juga punya agenda hujung minggu dan anak keluarga untuk dipedulikan.. Nasiblah kalau ada yang baik hati dan sudi..

Aku terbayang dan terfikir, kalau semakin ramai mereka yang hidup susah di ulu atau jauh di pedalaman mendapat keputusan yang baik atau cemerlang, kemudian melanjutkan pelajaran dan masuk ke situasi bepulangan dihujung minggu ini, adakah ianya boleh menjadi suatu galakkan pada mereka yang hidup susah begitu?

Ini baru isu bajet makan di asrama. Belum lagi kelengkapan2 yang lain yang semuanya beli, beli, mesti beli dan mesti ada...


Nota: Hari ini Jumaat. Berpulangan lagi..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!