Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, November 22, 2010

Berita FS 15 Nov: Perasaanku..

Aku baru ja selesai membuat pemeriksaan ke atas Makmal Komputer bagi Laporan Audit Negara bersama-sama dengan dua orang Juruteknik Komputer dan seorang rakan sejawatku, Fasilitator SchoolNet [FS]. Untuk hari ini, ada beberapa sekolah yang kami datangi. Data mentah sudah ada. Tinggal proses memasukkan data dan seterusnya menghantar kepada PPD dan JPN Sabah lagi yang tinggal. Pemeriksaan ini dijadualkan selama seminggu.

Sudah lama aku tidak meringankan minda untuk mengambil tahu perkembangan semasa status jawatan kami sebagai FS. Sumber utama yang aku kunjungi ialah di laman Facebook [FB] FS Sabah atau FS Malaysia. Aku sudah bosan untuk bercengkerama dengan FB. Ianya semacam penjara, seperti 'penjara terbuka' di wilayah Palestin. 

Aku masih belum mampu meninggalkan FB 100 peratus sebab profil untuk tujuan kerja aku wujud di sana. Profil selaku FS SK. Paguokon, Tenom dan juga selaku Pentadbir Laman [Pages] SK. Paguokon. Aku akan perlahan-lahan tidak lagi aktif dengan profil peribadi di FB. Aku akan aktif di blog ini, MSS LaWLiET.

Sebentar tadi, aku ringankan tangan untuk menjengah laman FS Malaysia dan FS Sabah. Hasilnya, ada berita terkini berupa surat pekeliling [baca: Pekeliling] yang menerangkan mengenai perlanjutan kontrak bagi Contract For Service yang dijadual tamat pada 31 Disember ini.

Aku sudah membaca Pekeliling berkenaan. Oleh kerana minda masih letih, aku hanya ringkaskan sedikit apa perasaan [komen] aku bila sudah membacanya. Nda mampu eh baca mendalam lama-lama, uhu..

Perasaan i

Pekeliling ini membenarkan intuisi aku, dan yang lain yang sependapat, sebelum ini. FS termasuk dalam kategori Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat [SPS] di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Setelah YAB PM mengumumkan yang kontrak Pegawai Khidmat Singkat [PKS] akan disambung bagi setahun lagi, aku berkeyakinan itu ialah khabar gembira buat FS. Apa beza Pegawai SPS dengan PKS? Dua-dua ialah orang yang perkhidmatanya adalah Singkat kategori Kontrak. Dalam Singkat, ada kategori Sementara, ada kategori Sambilan, ada kategori Kontrak.

Sekarang, Pekeliling itu sudah menjelaskannya [rujuk isi #2]. 50 markah penuh untuk aku kerana menjawap dengan tepat dan jitu. Yeahh! Haha.


Kredit: Group FB FS Malaysia / Sabah


Perasaan ii

Namun, jangan dulu kita berkenduri rakan-rakan sekalian. Ada satu perkara yang ditimbulkan lagi dalam Pekeliling itu yang jelas telah mengerutkan dahi kita semua.

Pekeliling itu menyatakan [rujuk isi #5] Pegawai SPS mana yang layak untuk penyambungan kontrak untuk setahun lagi. Secara mudah, Pegawai SPS bagi kerja/tujuan/projek yang telah tercapai maksudnya/telah siap/telah selesai, maka Pegawai SPS ini TIDAK WAJAR DILANJUTKAN. Baca sekali lagi, TIDAK WAJAR DILANJUTKAN. Bukan TIDAK BOLEH DILANJUTKAN atau DILARANG UNTUK DILANJUTKAN

Siapa pula yang WAJAR - atau dalam ayat lain layak - untuk disambung kontraknya? Ada jawapannya di Perkara 5 Pekeliling itu.

Sekarang, mari kita zoom lagi mengenai FS. FS wujud kerana adanya projek SchoolNet yang dilaksana. Sejajar dengan pelaksanaan projek SchoolNet ini, maka terbinalah Makmal-makmal Komputer di beberapa buah sekolah terpilih. Apakah hubungan antara SchoolNet dengan makmal komputer ini?

Apakah yang 'menghidupkan' makmal komputer ini selain sambungan elektrik dan peralatannya? Jawapannya, talian internet SchoolNet. Piring Satelit itu letaknya pula di sebelah makmal.

Aku tidak pasti berapa banyak sekolah yang ada talian SchoolNet, tapi tiada makmal dibina. Sebab, aku tidak mahu mengupas dalam-dalam isu makmal ini. Di situ ada sesuatu yang menggelengkan kepala mereka yang jernih fikrahnya. 

Cuma satu yang ingin aku sentuh, bandingkan makmal di Sabah dan di Semenanjung Malaysia. Bandingkan dari aspek pembinaan, penyerahan, fungsi, dan segalanya lah. Dalam 300 makmal, hanya dua yang diserahkan kepada pihak sekolah [siap] menurut Laporan Tahunan KPM 2009* bagi negeri Sabah. Isu ini pernah disuarakan di Berita Harian beberapa bulan yang lalu.

*Perlu dirujuk semula tahunnya.

Dari situasi di atas, bagaimana kami FS di Sabah ingin mengatakan bahawa projek SchoolNet TELAH SIAP atau TELAH SELESAI atau BERJALAN DENGAN LANCAR? Aku baru ja tadi buat pemeriksaan makmal-makmal yang bermasalah. Ada makmal, tiada peralatan komputer. Ada makmal, barang lengkap, tapi tiada pula sambungan kuasa elektrik dan tiada penyerahan untuk sekolah. Semua makmal mempunyai masalah yang serupa. 

Justeru, bagaimana aku selaku Fasilitator SchoolNet ingin menyokong penuh kenyataan bahawa projek SchoolNet berjalan dengan lancar di sini dan selesai sepenuhnya?

Jika perasaan aku ini benar sekali lagi, maka 25 markah penuh untuk aku. Sekarang, tinggal baki 25 markah lagi untuk aku 'skor'. 25 markah ini datangnya dari pihak yang menaungi kami - kolaborasi KPKK-KPM - berupa surat 'hitam-putih'.

Kalaupun - palis-palis** - aku tidak mendapat markah bagus dari KPKK-KPM dan markah untuk Perasaan ii itu, aku beranggapan bahawa aku telah lulus walaupun tidak layak akhirnya untuk memasuki 'kelas' bagi tahun hadapan. 

**Slanga Sabah yang bermaksud, "Minta dijauhkan".

Melakukan usaha yang terbaik atau sehabis baik adalah satu kejayaan dan ianya lebih cemerlang berbanding wujud kebergantungan terhadap nasib. 

Sambung atau tidak kontrak, hidup kita perlu diteruskan. Teruskan perjuangan!


Nota: Sekalung penghargaan buat FS SK Mentadak, Tawau yang telah sudi menghantarkan mesej pasal ni sama aku dan juga terima kasih buat rakan FS yang terus menghebahkan perkongsian berita. Teruskan usaha! 

Nota ii: Jika ada yang ingin membaca Pekeliling tersebut, bolehlah tinggalkan komen di bawah atau terus mengunjungi Group Facebook FS Sabah atau FS Malaysia. Sebarang komen, pandangan atau cadangan terhadap tulisan ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!