Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, November 13, 2010

Jalur Lebar: Ketahui n Fahami [siri 1]

Fokus: Celcom Broadband

Album MSS


Jalur Lebar atau Broadband adalah pencapai [penghubung] ke alam internet dengan kapasiti kelajuan yang tinggi menggunakan modem, selalunya tanpa sambungan wayar [wireless]. 

Pada masa sekarang, kelajuan internet berkelajuan tinggi yang umum di Malaysia ialah 3.5G [menghampiri 4G] di mana huruf 'G' tersebut adalah akronim bagi 'Generasi' [Generation]. 


Tip MSS: Pengenalan

Album MSS


Saya tidak akan bercerita lanjut mengenai sejarah jalur lebar, modem, 3G, dan juga kepentingan memiliki Jalur Lebar ini di sini, sekurang2nya buat masa sekarang.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah, tip ringkas mengenai pemilihan Jalur Lebar, dan serba sedikit perkara atau fakta yang perlu diketahui serta difahami sebelum dan semasa menggunakan Jalur Lebar berdasarkan adunan pengetahuan-pengalaman saya.

Sekurang2nya, tidaklah nanti ada yang merasa tidak seperti pepatah ini, "Menang membeli, alah memakai".

Jika anda - para pembaca - memasang angan untuk membeli atau menggunakan perkhidmatan Jalur Lebar, maka tulisan ini adalah tepat untuk anda baca. Bagi mereka yang sudah membeli pula, maka tulisan ini baik untuk meningkatkan pengetahuan anda mengenai objek yang sudah anda beli itu.


Tip MSS No. 01: Pembelian-'Menang-menang'

Album MSS


Ini tip yang pertama. Jadikan pembelian Jalur Lebar anda termasuk dalam situasi 'menang-menang'. Maksudnya, beberapa perkara seperti yang di bawah ini adalah yang terbaik [paling ngam dalam slang Sabah] buat anda atau pemakai..

a. Tahap Keperluan menggunakan Jalur Lebar..? [Contoh: Sangat perlu / Perlu / Tiada pun tidak mengapa]

b. Liputan Talian [line] di kawasan anda..? [Contoh: Talian sangat baik-Kuat n Stabil / Talian Baik-Ada talian tapi kadang tidak stabil / Tiada Liputan]

c. Bajet anda..? [Contoh: Paling Minimum, Sederhana, Maksimum]

d. Jenis Aktiviti yang selalu dibuat semasa Dalam Talian [online]..? [Contoh: Melayari laman sosial, buka emel, baca akhbar-dalam-talian / Kaki muat turun / Permainan Dalam Talian] 


Saya fikir, itulah perkara asas [Tahap i] yang perlu anda timbang-timbangkan sebelum membeli atau melanggan Jalur Lebar. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, mari kita lihat satu-persatu perkara2 asas ini..

Baik, katakan anda memang sangat memerlukan Jalur Lebar kerana anda merupakan, sebagai contoh, seorang Juruteknik Komputer atau Fasilitator SchoolNet yang sentiasa memerlukan sambungan internet paling kurang 5 hari seminggu [waktu bekerja]. Maka, memiliki Jalur Lebar peribadi ['Sdn. Bhd.'] adalah langkah yang bagus untuk anda.

Sekarang, yang perlu anda fikirkan ialah liputan talian di kawasan tempat bekerja atau tinggal anda. Apakah talian yang paling LUAS, KUAT n STABIL di sana? Pilihlah pembekal telco [Tele-Communication] yang paling sesuai, yang 'prestasi keberfungsian'-nya mencapai tahap gemilang. Katakan, sebagai contoh, telco tersebut ialah Celcom. 

Setelah memilih telco yang terbaik, perkara yang perlu difikirkan ialah bajet yang anda ada atau mampu sediakan. Faktor bajet ini pada masa sekarang tinggal lagi bergantung dengan aspek harga pakej langganan, sama ada Pra-Bayar atau Bulanan, dan juga kuota penggunaan* anda.

*Akan disentuh lebih lanjut di siri yang seterusnya..

Ini kerana, atas inisiatif dan juga bantuan terutamanya dari pihak kerajaan, maka pakej langganan Jalur Lebar ini semakin lama semakin 'mampu milik', berbaloi, dan fleksibel [lebih pilihan sebab jenis pelanggan yang berbeza..]. Sebagai contoh, sekitar 2007 dan 2008 yang lalu, pelanggan sememangnya terikat dengan kontrak langganan melainkan jika ingin membeli pakej dan modem dengan harga yang berasingan. Jika asing, harga modem mencecah sekitar RM250-RM600 bergantung dengan jenama dan spesifikasi. 

Perkara asas yang terakhir ialah, jenis dan kadar penggunaan internet anda. Jika anda yakin yang anda dalam jangka masa yang lama adalah seorang yang hanya akan melayari internet untuk memeriksa emel, membaca akhbar-dalam-talian, dan untuk tugasan kerja yang biasa sahaja [minimum kadar muat naik (upload) dan muat turun (download)], maka bajet yang paling minimum dan pakej yang paling jimat adalah yang tepat untuk anda. 

Sebagai contoh, Celcom telah memperkenalkan pakej Entry [bagi pelanggan awam] yang mana yuran bulanannya ialah serendah RM48, kuota data 1GB, dan kelajuan sehingga 384kbps. Maklumat lanjut, rujuk di sini [KLIK].


Nota: Bersambung ke siri yang seterusnya.. Jangan ketinggalan..! ;D


2 comments:

  1. line celcom aku teruk gila!! tp bleh la mo baca2 blog org, cuma aku ni jenis kurang sbr sikit..hihi

    ReplyDelete
  2. Bila teruk? Di mana juga kau online tu? Kalau blog orang yang loading-nya nda berat, ok lah, ehe.. Papun, bersabarlah selalu, ehe..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!