Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, November 29, 2010

"Kami Benci Orang SABAH!"

Satu lagi Page yang wujud di Facebook yang cuba mempermain atau memperlekehkan perasaan mereka yang cinta dan sayangkan Sabah. Ini satu sentimen 'kenegerian' atau sentimen jiwa yang menyongsang akibat pengalaman peribadi yang entah apa puncanya.

Page ni bukannya popular sangat pun. Yang 'Like' pun masa aku mula diberi pautan oleh seorang rakan FB, hanya 11 orang ja. Tapi hari ni, sudah mencapai 120+ orang. Yang 'Like' tu kebanyakan sekadar supaya dapat komen di Wall. Maki-hamun sang pembina Page dan sekutunya.


KREDIT: FACEBOOK


Sebagai reaksi, Page ini perlu diberi pengajaran yang serius. Biar ia menerima nasib seperti Lucas dan beberapa pihak yang lain yang telah menghamburkan kata-kata bukan sahaja kesat, malah berbaur provokasi menghina dan menjatuhkan maruah negeri Sabah dan yang lain di alam maya.

Mungkin ada yang mempersoal kenapa Page yang ciput macam ni pun mau layan lebih-lebih. Kenapa nda biarkan ja. Biar Page tu stim sendiri dengan omongannya. Kita nda tahu motif sebenarnya. Mungkin sengaja mengenakan mereka yang cinta dan sayangkan Sabah.. Dia dan kawan-kawannya hanya ketawa terbarai-barai bila nampak ada yang maki-hamun di Page. Memang hobi yang pelik. Bagus buat Page lain yang baik faedahnya. Memang cari nahas geng sang bedebah ni.

Jawapanku, mudah saja. Dia ada motif untuk mengenakan dan bersifat membalas. Maka, aku pun ada juga mekanisme 'mempertahankan'. Kawalan bagi emosi dan juga serangan balas. Biar sang bedebah itu tahu sejauh mana dirinya 'popular'. Mereka sang bedebah gilakan populariti. Maka marilah kita 'raikan' mereka hingga ke mahkamah, seboleh-bolehnya. Itu lebih afdhal.

Ini ayat amaran yang aku hantar di Page..


PERHATIAN kepada CREATOR, ADMIN & 'Penyokong2' Page ini, SILA PADAM PAGE INI DAN 'BERSURAI' DARI SINI. PAGE ini sedang dalam PELAPORAN kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia [SKMM]. Masih ingat kes Lucas yang menghina Sabah beberapa bulan yang lalu? AWAS dengan KATA2 & AKTIVITI anda di alam maya! 


Kepada SEMUA yang terpaksa 'Like' dan menghantar SEBARANG KOMEN yang bersifat KURANG AJAR, LUCAH, & yang seumpama dengannya kerana marahkan Page ini, saya nasihatkan agar kamu juga beredar sama dari Page ini SEKARANG. SILA PADAM KOMEN KAMU DAN 'UNLIKE' PAGE INI. Jangan salahkan saya jika kamu juga terlibat dengan penyiasatan lanjut pihak SKMM.


Saya beri kamu tempoh 48 jam, bermula SEKARANG.


Ni aku pos sekitar 1:00 petang tadi.

Aku serius.

Aku sudah buat laporan kepada FB. Report Page. Sekarang dalam pelaporan kepada pihak SKMM. Aku jemput semua buat laporan ke pihak SKMM di pautan ni: http://aduan.skmm.gov.my/ atau datang ke Pejabat SKMM, atau Balai Polis kalau perlu.

Selepas Lucas, Kami Benci Orang Sabah. Lepas ni, apa lagi pula..? <--- pinjam ayat Sir Jake

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!