Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, November 21, 2010

Kereta Elektrik dan Pendekar untuk Pesilat

Waa, mesti ada yang tertanya ni kan kenapa aku pilih tajuk macam tu..? Soalan pertama; apakah kaitan antara keduanya? 

Adakah suatu program rancangan bukan-fantasi atau fantasia khusus untuk pesilat mendapat gelaran 'Pendekar' dan seterusnya dihadiahkan sebuah Kereta Elektrik, bakal ditayangkan oleh Parabebola?

Oh tidak! Walaupun ada Kata Hubung 'dan' di situ, ianya tidak 'mempakejkan' benda dan gelaran itu..! Psiko sikit, ehe..

Sebenarnya apa yang aku mau tulis ni ialah hasil aku mendengar berita radio tadi. Dalam berita tu, ada dua benda yang lebih menarik perhatian aku berbanding isi lain. 

Kereta Elektrik

Ura-ura kereta generasi akan datang bakal menerjah pasaran di Malaysia semakin bertiup kencang. Dari berita itu, ada satu perkara yang menjadi pengahalang utama kemasukan kereta berkuasa elektrik ini ke Malaysia. Ianya ialah hal PENDAFTARAN. Menurut peraturan sedia ada, sebarang jenis kereta yang ingin dipasarkan dan diguna pakai di mana-mana pelusuk Malaysia perlu mempunyai pendaftaran bagi enjin. Aku difahamkan, kereta berkuasa elektrik ini tidak menggunakan enjin seperti kebiasaan. Enjin telah digantikan dengan bateri cas-semula. 

Banyak lagi hal yang boleh disentuh mengenai kereta elektrik ini. Bagi aku, aku menyokong penuh dan sebulat-bulatnya usaha yang jelas memikirkan kesan sesuatu terhadap komponen alam sekitar dan manusia secara bersungguh-sungguh. 

Cuma tentunya cabaran utama sekarang ialah HARGA. Tapi aku berfikir, harga mahal tidak selamanya mahal. Pasti ada penurunan. Kalau tiada, kita buat 'kenaikan' bajet kita lah, ehe.

Sebenarnya, lagi bagus bilangan kereta persendirian dikurangkan, berkurangan, dan seterusnya jarang-jarang di Malaysia. Selain dadah kategori haram dan penyakit 'tiga serangkai' [Jantung+Kencing Manis+Darah Tinggi] menjadi pembunuh utama rakyat kita, jalan atau lebuh raya kita juga adalah pembunuh utama. 

Pendekar untuk Pesilat

Isi khabar yang kedua pula ialah mengenai gelaran 'Pendekar' yang bakal ditauliahkan kepada mana-mana pesilat yang mencapai tahap tertinggi atau menyumbang di arena antarabangsa. Kalau dalam Catur, tahap tertinggi ialah GM - Grand Master. 

Silat - tidak kira apa jua nama dan jenamanya - merupakan warisan budaya masyarakat atau bangsa Melayu dan juga bangsa nusantara yang lain. Silat bukan sahaja suatu seni yang menonjolkan kemahiran mempertahankan diri semata, tetapi juga suatu pengamalan yang mampu melahirkan insan yang lebih berguna kepada masyarakat sekitar atau yang lain. Pesilat tentunya tidak dilihat melalui kehebatan fizikal, tetapi elemen rohani dan peribadi juga menjadi kayu ukur. Itu KPI-nya

Jadi, gelaran 'Pendekar' itu amatlah aku harapkan supaya tidak diberi dan dianugerahkan seperti mentaliti sesetengah pembesar kita menganugerahkan gelaran Datuk/Datin dan yang seumpama dengannya. Ada yang mendapat gelaran Datuk sebab orang itu banyak duit sahaja atau selalu taja orang tertentu untuk habuan tertentu. Dapat gelaran Datuk sebab taja itu ini, tapi dalam masa yang sama 'taja' yang bawah-tanah atau belakang-tabir punya. Sebab gelaran Pendekar itu lebih gah, lebih berkualiti, dan lebih mahal pengaruhnya berbanding gelaran seperti Datuk. Ohya, jangan terkeliru antara 'Pendekar' dan 'Pandikar' ya.. Lain-lain tu, huahua. ;D  


MSS: Memasang angan untuk menjadi salah seorang GM Sabah. LOL.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!