Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

Tuesday, November 23, 2010

Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers!

BERITA CAMBEST DARI NUFFNANG UNTUK SABAHAN NUFFNANGER! 

PERHATIAN buat SEMUA AHLI KOMUNITI NUFFNANG [dikenali sebagai 'Nuffnanger'] tidak kira sama ada status keahlian anda ialah Biasa atau Glitterati [macam aku] yang bermastautin atau berada di Sabah, satu aktiviti 'Mini Gathering' untuk para Nuffnanger akan diadakan hujung minggu ini!

Tarikh : 26 Vovember 2011 [Jumaat]
Masa : 8 malam
Tempat : Dream Cones, Jesselton Point, Kota Kinabalu

Aktiviti ini dianjurkan oleh Nuffnang dengan kerjasama Presiden Kelab Glitterati Plus iaitu saudara Shah. Saudara Shah akan datang ke Sabah dan bersama-sama dengan ahli komuniti Nuffnang yang lain, istimewa untuk Nuffnanger di Sabah.

Selain sambil-sambil mengeratkan lagi perhubungan sesama ahli dan menikmati ais krim yang sedap di sana, Nuffnang juga berbesar hati untuk menghadiahkan Badges dan T-Shirt edisi terhad Nuffnang. Macam mana kena kasih hadiah, itu nda aku pasti, ehe..

Mesti ada yang tanya "Ada pass atau tiket kah untuk masuk / ikut sama..?" Hah, jawapannya ada dalam gambar ini:



Maklumat lanjut, boleh baca di sini [KLIK].

Happy Gathering Nuffnangers! ;D


MSS: Rancang mau pigi KK hujung minggu ni. Mijul Harry Potter terbaru dah keluar, oho3.. X> 

2 comments:

  1. ya.. narnia 9 dec.. sempat tu dik.. lepas dapat gaji.. kekeke.. jom ramai2 tgk narnia

    ReplyDelete
  2. Oo.. Aik 9 Dis.. Nda tau kalau Maybank masuk sudah masa tu, hua2.. Ni kalau mau tengok wayang kena pigi KK juga ni, uhu..

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!