Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, November 21, 2010

MSS LaWLiET Sudah Berstatus Glitterati!

Yeah! Setelah beberapa hari yang lalu aku mendaftar dan kembali aktif dengan Nuffnang, akhirnya status keahlian aku sudah dinaik taraf menjadi Glitterati..!



Apa itu Nuffnang? Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan tempatan yang aktif sekitar Asia Pasifik. Kamu boleh cari dengan enjin carian atau klik di sini [Nuffnang].

Apa pula Glitterati? Aku tidak tahu maksudnya dari segi bahasa tapi dari apa yang aku faham, Glitterati merupakan ahli istimewa dalam komuniti Nuffnang. Ada banyak keistimewaan bagi mereka yang mendapat status ini terutamanya dari segi pendapatan dan kepopularan.

Oleh itu, dengan rasminya aku telah menyertai dua syarikat pengiklanan berbayar. Ini salah satu pendapatan secara dalam-talian [online]. Sekurang-kurangnya, ada hasil dari segi kewangan juga aku masuk internet hari-hari.

Malam sudah semakin lewat dan aku pun mula mengantuk. Nanti aku sambung pula cerita pengalaman aku dengan perniagaan atau program menjana wang yang terlalu banyak di alam maya ini untuk disertai. Walaupun aku baru menjadi Glitterati secara rasmi, tapi ini bukanlah pengalaman pertama aku dengan program menjana wang seperti Nuffnang, ehe.


MSS: Kejap lagi mau layan lagu 'Selamat Malam' oleh Faizal Tahir.. Selamat Malam semua...! ;D

4 comments:

  1. bah tunjuk ajar mu sifu dulu dik.. mcmana mau jadi member tuh.. kak sudah jd member nunfang tapi heran napa tu iklan2 enda pndi keluar.. sabar sejaaa laaa

    ReplyDelete
  2. Boleh bah tu kak, ehe. Aku kongsi pa yang aku faham la a..

    Status Glitterati akan diperolehi jika blog atau webnya dikesan tidak menyiarkan sebarang iklan berbayar yang dianggap sebagai pesaing Nuffnang.

    Berapa lama sudah akak daftar Nuffnang?

    Jadi, akak kena periksa balik lah kalau2 blog akak pernah terdaftar untuk menyiarkan iklan berbayar yang lain. Kalau ChurpChurp.com, itu boleh.

    Pasal iklan nda pandai keluar tu, rasanya sebab menghalang akak dari terklik sendiri iklan2 tu. Jadi, kadang iklan ada, kadang tiada. Sama juga sama aku.

    Sistem Nuffnang boleh kesan ip kita n yang klik. Kalau balik2 klik dengan ip yang sama, hari2, itu dipanggil 'Fraud Click'. Keahlian boleh ditarik balik terutamanya dari Glitterati jadi ahli biasa..

    ReplyDelete
  3. mizul.. yeee kak sudah sama status sama ko.. yehaaaaaa.. thanks ya.. tp kak mau study lg tu yg diatas tajuk tu.. siap ada link terus pegi tweet, facebook.. adeh.. pening kak

    ReplyDelete
  4. Naah, dapat sudah! Tahniah2, ehe. Faham sudah kan Glitterati camna..

    Tajuk yang mana tu kak? Link untuk share pos p FB atau Twitter tu kah? Kalau yang tu, tu dari Blogger. Blogger yang sediakan kalau kita guna template dari diorang.. ^^,

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!