Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Sunday, November 21, 2010

Nasib Jalan Pitas-Bongkol

Penurapan Jalan Pitas-Bongkol tidak bermutu? -SabahKini.net

Saudara Pengarang,

PROJEK tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2008 sejauh 2 kilometer tetapi setelah tiga bulan siap, sudah banyak retakan dan berlubang kerana pembinaan tidak mengikut spesifikasi atau piawaian JKR.

Namun nampaknya tidak ada tindakan pihak yang berwajib dan sekarang ini jalanraya hanya tinggal 20 peratus sahaja dan selebihnya sudah tidak kelihatan lagi, hancur lebur.

Pada awal tahun ini, bermula lagi penyambungan projek tersebut sejauh 6 kilometer dan separuh sudah dibina, malangnya baru sebulan diturap, kini sudah kelihatan beberapa retakan dan lubang.

Justeru itu, kami berharap agar SPRM, Jabatan Audit Negara dan pihak berkuasa campur tangan memantau projek yang dianggap sebagai salah satu projek ‘Top-Up’ di daerah ini kerana mutunya yang rendah dan kosnya pula terlalu tinggi.

Salam Hormat,

MOHD NOOR BIN SIDIKIL 


MSS: Jalan yang dimaksudkan adalah sekitar kawasan kampung [keluarga] mak dan bapa aku. Dahulu Pitas antara daerah yang kaya dengan hasil balak. Tapi Pitas terus mengungguli carta miskin tegar yang tertinggi di Sabah, dan mungkin juga di Malaysia. Balak sudah habis dipotong oleh cukong dan sang haloba. Petualang pun mungkin terlibat sama.. Orang utara Sabah mana yang tidak kenal kilang papan Seribu Daya sekitar dekad 1990-an..?

Kemiskinan yang berleluasa di sini macam suatu 'tinggalan kuno' pula. Untuk tatapan generasi moden masa kini. Kita berada dalam tempoh perjalanan masa yang sama; sama tahun 2010, dekad yang sama, tapi bagai berada di dimensi lain. 

Taraf pendapatan rendah, tahap pendidikan pun rendah. Bila tahap pendidikan rendah, maka senanglah digula-gulakan oleh pihak yang... Kamu fikirlah sendiri. Kena bagi zink, tandas mudah-alih, tangki biru, dan 'tambang' RM50/RM100 untuk keluar mengundi, terus pilih anu. Merana lagi untuk lima tahun yang selalunya tidak digenapkan.  

Bagi mereka yang buka ja mata hidup di bandar-bandar besar terutamanya yang berada, yang tidak pernah melihat sendiri apa itu kampung yang benar-benar tulen, kampungan, kemiskinan, dan hidup susah, maka aku amatlah mengalu-alukan dengan semangat 1Malaysia, marilah kita melakukan lawatan dan ziarah ke daerah istimewa ini. 

Lawatan sambil belajar boleh, rombongan pengkaji dan penyelidik boleh, lawatan pemberian sumbangan boleh, ziarah untuk buat gimik perasmian pecah tanah projek pun boleh.

Kalau ada orang terutamanya pembesar yang menafikan hal ini, itu tentunya 'bagai menutup bangkai dinosaur'. Tidak percaya? Marilah melawat daerah Pitas sekarang. JOM!

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!