Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 19, 2010

Hukuman setimpal

Ok ini satu lagi gaya baru yang aku mau praktikkan. Sejujurnya, gaya macam ni aku jumpa kat blog Tukar Tiub dan aku rasa ianya ada sesuatu yang boleh aku amalkan. Sudah tentu gaya yang aku punya ni aku ubahsuai ikut gaya aku lah, hua2.

Ok mari layan..


Pemuda merompak beli susu bayi kena 12 bulan - Berita Harian

Tertuduh ditahan sehari sebelum nikah dengan teman wanita

KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju yang merompak akibat terdesak kerana ingin membeli susu untuk bayi perempuan berusia dua bulan yang dilahirkan teman wanitanya, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shairol Anuar Zainudin, 26, selepas dia mengaku salah dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 November lalu.

Ketika menjatuhkan hukuman, Zainal menasihati tertuduh: “Kamu kena bersabar, gunakan akal dan bukan mengikut kata hati kerana orang lain pun ada tanggungan juga. Sekarang siapa yang susah?”

Teman wanita Shairol, yang turut hadir di mahkamah, memberitahu mahkamah beliau menerima tertuduh dan tahu tindakannya itu disebabkan terdesak kerana bakal suaminya itu tidak pernah melakukan jenayah sebelum ini. 

Sementara itu, Shairol yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dan menyatakan dia ditangkap polis sehari sebelum dia dijadualkan bernikah dengan teman wanitanya. 

“Saya mencuri kerana ingin membeli susu anak, saya tidak cukup duit,” katanya. 

Shairol berkata, dia menjual baju di bazar larut malam dan mempunyai pendapatan RM800 sebulan. 

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkipli bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan membabitkan kepentingan masyarakat.



Dah habis baca? Yang salah, sudah dijatuhkan hukuman. Cuma apa yang aku terkesima sedikit, bentuk hukuman tu. Aku fikir, 6 bulan penjara sudah memadai. Selebihnya, gantilah dengan kerja-kerja kebajikan atau sosial yang berbentuk keagamaan terutamanya di luar penjara dengan pengawasan polis [contohnya kena lapor diri]. Lebih besar faedah dan kemaslahatannya berbanding lama-lama merengkok dalam penjara.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!