Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, November 19, 2010

Pengumuman Rasmi

Waa, macam mengumumkan tarikh 'Hari Bahagia' pula, ehe. Nda ada lah, cuma ada beberapa perkara yang rasanya perlu untuk disampaikan kepada semua terutamanya kepada para peminat MSS LaWLiET. 

Lagipun, ini detik yang sesuai sebab sesi persekolahan sudah tamat secara rasmi petang tadi dan sesi percutian sekolah bermula esok hari. 

Baik, harap dapat diambil perhatian dan tindakan lah ya apa yang aku umumkan ni. Kalau ada kesulitan di masa akan mendatang, jangan berangan-angan mahu pindahkan kesalahan itu ke atas aku atau MSS LaWLiET. Pastikan hujah-hujah sudah cukup konkrit dan logik kalau mau mempersoalkan, ehe.. ;p

01. Pasif di Facebook

Majoriti besar kaki online di Malaysia mempunyai akaun Facebook. Dahulu, sekitar sebelum 2008, ianya ialah Friendster. Kecanggihan Facebook menjadikan kaki-kaki online tadi lama melekat menghadap skrin komputer. Ada juga yang bangun awal pagi tanpa mencuci muka semata-mata untuk melihat notifications di Facebook. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aku sememangnya aktif di Facebook dan Friendster. Terbaharu, di Twitter. 

Sejak akhir-akhir ini, aku sudah tidak rasa aura mantap lagi dengan Facebook atau laman sosial. Mungkin yang tinggal selepas ini hanyalah Twitter, yang lebih ringkas. 

Jadi di sini, dengan rasminya aku mengumumkan bahawa aku akan tidak lagi aktif di Facebook. Tapi ini tidak bermaksud aku akan deactivate akaun Facebook. Cuma, jika anda ada hal segera yang perlukan maklum balas atau jawapan dari aku, maka lebih baik anda emel atau sampaikannya di blogku ini. Aku akan sentiasa aktif, menulis diblog kesayanganku ini.. Aku login juga Facebook tapi mungkin lebih kerap untuk kemas kini profil FB kerja atau Laman [Pages] sekolah sahaja..

Mungkin ada yang tanya, kalau tidak aktif di Facebook pun, kenapa perlu heboh? Maka jawapanku ialah, supaya orang tahu kenapa aku tidak aktif, dan tahu di mana hendak mencari aku bila perlukan aku. Boleh?

02. Tiadanya ChatBox di blog ini

Hal kedua yang ingin aku sampaikan ialah, laman blog ini telah 'dikurangkan serinya' ekoran pembuangan aplikasi ChatBox - ShoutMix yang rata-rata para Blogger memasangnya di laman mereka. 

ShoutMix sememangya telah banyak membantu perkembangan blog ini. Banyak suka duka kami bersama. Dari rupa Feedjit yang tampak biasa, sehinggalah kini telah mempunyai akaun Pro, canggih dan catchy.

ShoutMix ini dibuang supaya kandungan tulisan atau post yang ada di blog ini betul-betul di baca oleh para pengunjung. Jika ada komen atau cadangan atau apa-apa sahaja yang berkaitan, silalah tinggalkan komen anda di ruang yang berkenaan. Ini memudahkan aku atau Admin mengurus dan membuat tindakan yang sewajarnya.

03. Memiliki Domain sendiri

Hah, ini yang aku rasa paling superb. Paling mengejutkan rasanya, ehe. Tahu apa itu Domain? Secara mudah, Domain ialah 'nama rasmi' bagi blog. Contoh Domain MSS LaWLiET sekarang ialah msslawliet.blogspot.com. MSS LaWLiET bercadang untuk memiliki Domain sendiri supaya nanti tidak berputih mata dikebas orang akan nama yang satu dalam berbillion ini, ehe. Nama Domain yang sedang dalam pertimbangan ialah msslawliet.net. AWAS siapa 'tapau' Domain ni..! Ehe.. Insya-Allah kalau ada perkembangan lanjut, aku akan maklumkan juga kemudian. 

Buat permulaan ini, aku bercadang untuk menukar nama Domain sahaja dulu. Bagi Hosting pula, aku mengekalkan platform Blogspot sebab sudah biasa dengannya berbanding Wordpress, Joomla dan lain-lain.

Ok, sampai ini sahaja dulu. Kalau ada apa-apa, jangan lupa tinggalkan komen ya..! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!