Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, November 11, 2010

'Risiko' slogan "Sabah for Sabahans"

Laungan ini kedengaran dalam manifesto mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dari SAPP yang bertanding tiga penjuru dalam PRK P185 Batu Sapi.

Rasanya, slogan ini baru saja berkumandang secara rasmi di gelanggang pilihan raya. Dalam bentuk usaha atau gerak kerja, ia sememangnya sudah lama wujud dan berkembang. Cuma bila lihat 'terjemahan'nya dalam bentuk slogan, ini adalah yang pertama aku nampak.

Risiko

Sekali imbas, ada bunyi2 sentimen kenegerian kedengaran di situ. Seperti persepsi ramai, "Kelantan dengan Kelantan-nya". Maka slogan "Sabah untuk orang Sabah" ini boleh diterjemah menjadi sesuatu yang eksklusif. 

Aku fikir, slogan ini perlu penjelasan dan pemahaman lanjut. Cuma sekarang ini, aku tulis apa yang aku tahu dan faham beserta cadangan kecil. 

Cadangan

Negeri Sabah patut diutamakan untuk orang Sabah. Bukan pentingkan orang Sabah. Maka di sini, aku berpendapat bahawa 'utama' itu lebih baik digunakan berbanding 'penting'. Maksud mengutamakan di sini ialah, semua yang berkaitan dengan negeri Sabah seperti peluang pekerjaan, perjawatan, nikmat hasil mahsul, penempatan, kebajikan, dan banyak lagi perkara patut mengutamakan orang Sabah, yang mana ibu bapanya lahir di Sabah. 

Aku tidak menggalakkan mereka yang berkahwin campur termasuk dalam keutamaan ini.

Kalau perkataan 'mementingkan' digunakan, ianya seperti memilih orang Sabah tadi tanpa menapis kelayakan2 yang perlu. Tidak layak atau kurang layak tetap juga dipilih jikalau kita mengambil sikap 'mementingkan'. Jika kita mengambil sikap 'mengutamakan', maka aku yakin mereka yang tidak layak tadi tidak akan dipilih.

Sebab itu wujud 'pilih kasih' dalam sesuatu urusan kerana dasar 'pentingkan' atau 'kepentingan' sama ada ianya sebab peribadi, atau arahan Atasan alias BIG BOSS..

Sinkronisasi Kuota-Meritokrasi

'Mengutamakan' bagaikan sinkronisasi [synchronization] kuota-meritokrasi. Dalam sinkronisasi ini, kita seperti mewujudkan kuota tetapi mengikut meritokrasi. 50 untuk kuota, 50 meritokrasi. Kita mengadaptasi keduanya. Kita tidak terikat dengan satu gaya sahaja.

Justeru, aku memandang positif slogan "Sabah for Sabahans" ini tetapi dengan sikap yang berhati2. Dalam suasana masyarakat Sabah sekarang, ada justifikasi mengapa slogan ini tepat dan wajar diperhebatkan. Tanpa air, masakan banjir datang. 

Lihat sahaja persekitaran Sabah ini dalam isu seperti; PATI, lambakan pekerja asing, isu pekerjaan [sampai merempat di negeri orang], pencabulan dan rampasan tanah adat, tanah yang dibangunkan lebih bersifat keuntungan semata2, kelulusan tanah, pengagihan kekayaan hasil bumi yang tidak terlalu terasa nikmatnya, perjanjian 20 Perkara dan banyak lagi isu + dilema. Ini faktor2 yang menyebabkan Sabah terus mengungguli negeri no.1 termiskin di Malaysia sedangkan negeri inilah yang terkaya mengatasi Selangor  ketika bergabung membentuk Persekutuan Malaysia.

Aku atau kami orang Sabah tidak mementingkan antara kami tetapi kami perlu saling mengutamakan antara satu sama lain lebih2 lagi bila kamilah yang paling [ramai] mundur, tertindas, miskin, dan serba-serbi 'ketinggalan' berbanding orang lain walaupun kami membuat persembahan dan beraksi di gelanggang sendiri.

Adakah sesuatu yang tidak kena pada gelanggang itu? Bagaimana pengadilnya? Peraturannya? Cara kendaliannya? Pengurusan? Atau salah pemain sepenuhnya yang lembik, malas berusaha atau terlalu lembut/baik hati?

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!