Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 HIJRAH

Alhamdulillah, kita - umat Islam - terutamanya bagi mereka yang mengerjakan ibadah Haji di Baitullah, Mekah sedang menyambut perayaan kedua utama dalam Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.

Maka dengan rasa penuh takzim, saya mewakili diri saya, seluruh ahli keluarga, Armilla Mejon serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir Batin kepada semua yang menyampaikan ucapan Hari Raya dan yang mengenali diri kami [keluarga, rakan-rakan, dan kenalan], walau di mana jua anda berada.





Bersama-samalah kita memperbanyakkan zikir seperti Takbir [Allahu Akhbar], Tahlil [La Ilaha illallah] dan Tahmid [Alhamdulillah] bermula kelmarin [09 Zulhijjah / 16 November 2010] hingga 13 Zulhijjah.

Semoga di Hari yang mulia dan penuh rahmat, berkat dan ampunan ini, kita semua beroleh ganjaran dan balasan yang sebaik-baiknya atas amalan kita, Amin ya Rabbal 'alamin...

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Laa ilaha illallahu wallahu akhbar
Allahu akhbar walillahilham..

(^_^)


Bacaan lanjut: [KLIK 01], [KLIK 02]

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!