Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Tuesday, November 16, 2010

Siap Periksa Makmal

Fuh, akhirnya selesai juga tugas membuat pemeriksaan ke atas barang-barang di Makmal Komputer sekolah. Ini pemeriksaan kali ketiga. Lebih mendalam. Laporan ini mengikut standard yang dimahukan oleh Jabatan Audit Negara. Rupanya pemeriksaan dan buat pelaporan ini sudah diedar sejak minggu terakhir Oktober. Aku terima dari GB minggu lepas, dan pihak PPD sudah tanya pasal laporan tu kelmarin. Kelmarin aku di PKG, berceramah di Bengkel Membina Blog 2010 anjuran Fasilitator SchoolNet daerah Tenom dan PPD Tenom.

Kalau setakat periksa kewujudan dan salin nombor siri tu, itu bukanlah memerlukan kerahan minda dan tenaga yang banyak. Tapi bila arahannya suruh periksa berfungsi atau tidak setiap Server + CPU + Monitor + UPS + Scanner + Printer + Projector + Switch/Hub tu, kepala aku naik runsing. Minda jadi letih memikirkan apa cara yang terbaik supaya dapat mengatasi masalah utama makmal ini; sambungan kuasa elektrik!

Setelah letih berfikir, akhirnya idea baharu muncul selepas beberapa idea yang sebelum ini tampak kurang sedikit praktikal. Petunjuk bagi idea baharu ini ialah soket Router Jaring dalam bilik penyelia [bakal bilik aku lah tu nanti, hihi] yang memberikan talian internet SchoolNet, dan juga meja kompuer yang tidak mesra pengguna. 

Aku kata meja komputer tu begitu sebab bila CPU diletak di ruangan bawah, yang merumitkan ialah bahagian belakang ruang itu tidak terbuka. Jadi, bila ada hal yang perlu, contohnya mengganti wayar yang rosak, maka jadi lecehlah untuk menarik keluar CPU. Jadi, kami pindahkannya di atas meja bersama UPS. Oleh kerana soket bagi setiap meja ada di bawah permukaan lantai, maka mungkin UPS kena letak balik di bawah. CPU biar atas.

Lagi satu yang menjengkelkan ialah lubang untuk wayar di atas meja. Kalau senang buka tiada masalah. Tapi ini kena cucuk kuat-kuat dari bawah untuk buka. Semua wayar sumbat dalam lubang tu. Wayar macam wayar monitor mana lepas.

Petunjuk kedua itulah yang menyelamatkan aku dan pembantu supaya dapat selesaikan kerja tu dengan segera. Alhamdulillah, sekarang tinggal mengemaskini data-data yang ada untuk diisi dalam pelaporan nanti. 

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!