Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, November 24, 2010

Suratku disiarkan di Sabahkini.net. Yeah!

Syukur Alhamdulillah..! Aku sangat gembira dan ceria bila surat yang aku kirimkan kepada editor Sabahkini.net dekat tengah malam semalam, sudah disiarkan awal pagi tadi. Terima kasih buat editor atau pentadbir Sabahkini.net yang sudi menyiarkan dan memberikan tajuk "PBS MAMPU MEMPERKASA BLOGGER". Aku sukakan tajuk itu dan ianya memang sesuai.



Seingat aku, ini kali yang pertama aku menghantar tulisan atau 'karya' kepada media massa secara serius. Tulisan sulung ini beruntung dan bertuah kerana ianya disiarkan tanpa menunggu lama.

Ini memberikan aku satu 'pek tenaga' untuk terus aktif menceburi dunia penulisan secara profesional. Walaupun masih di tahap 'newbie', aku bercita-cita untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu penulisanku.

Kata seorang pengunjung dan 'peminat' setia blog ku ni, 

"Aku rasa kau ni banyak silent reader sebab terlampau tinggi bah ayat2 mu jadi kadang2 orang mau komen tu takut ... Nda ngam kan.. Aku pun kalau sudah ayat2 mu mengancam nda brani aku komen.. Nanti tersalah cakap hihi.." ~Vintage Rose


Aku ambil pusing akan komennya itu. Sebenarnya, aku sangat mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan dari pengunjung yang membaca artikel di blogku ini. Catatlah sebarang komen walau tajuk artikel aku tu nampak 'garang dan serius atau skema'. Luahkan apa yang dirasa atau terbuku. Jangan biar ia membeku dan dibawa pergi angin yang berlalu, ehe. Aku faham, kadang aku menulis dengan angin atau cara yang serius, kadang nda serius. Ini dapat melatih dan menyeimbangkan gaya penulisan aku. Dua-dua dapat masuk, dua-dua dapat diolah dengan power gitu, oho.   

Jadi, jangan malu-malu atau takut-takut untuk memberi komen ya. Aku dah menaik taraf sistem komen di blog ini di mana para pengunjung atau pembaca boleh komen menggunakan akaun Blogger, Facebook, Twitter, OpenID atau Intense Debate. Aku tambah Facebook dan Twitter sebab boleh tahan ramai juga pengunjung aku datang dari Facebook. Ini memudahkan semua.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua kepada MSS LaWLiET ;D 

 Kredit: Sabahkini.net


MSS: Tulisanku yang sudah disiarkan tu boleh dikunjungi di sini: [KLIK] Kenangan terindah bah itu.. ;D

5 comments:

  1. ko jugalah dik..terus kan berkomentar.. keke...cantik layout baru tau..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak, ehe.. Iya, teruskan berkongsi idea/cerita di blog ni walaupun nda 'hot' macam blogger lain yang lebih femes, hua2! XD

    Ni simple template ja ni kak. Ada komen dari pengunjung setia pasal template sebelum ni yang lambat loading. Jadi, tu operasi tukar n wat page banyak2 [kolum atas tu] untuk bahagi2, ehe..

    ReplyDelete
  3. yes yes!!ha mcm ni kn sng terus dpt dunlod sekelip mata ceh ceh nda la ada juga la dalam 10-20 kelip mata tp laju okeh! aku suka!

    bh abg senior glmer suda la kn ko ni sbb masuk sbh.net, kalau aku la mghntr surat terus masuk spam ni sbb hilang suda kepakaran mengayat macam spm dulu, seb baik la kn d u ni xda suda BM lau inda naa mati la aku mngayat hikhik

    ReplyDelete
  4. yabah dik.. ok juga mcm neh.. mcm terus mata memandang di posting mu.. adehhh sapakan bilang enda pemes.. pemes bah tuee..masing2 ada kelebihan en3 bah kan.. hawyeeee..

    ReplyDelete
  5. @V.Rose: Yeha! Amacam, setanding i-Core 5 sudah prestasi kelajuan blog ni? Muahua3!

    Ala, bukan kejar glamer bah ni adik junior. Sebab tu nda kisah pasal trafik walaupun pasang Nuffnang, hua2. SabahKini.net tu ada platform khusus untuk Blogger. Jadi masuklah menyerlahkan diri cari pengalaman, ehe.

    Senang ja bah tu mau kasi mantap mengayat. Rajin2 baca buku atau tulisan standard. ^^,

    @Shizan: Terus jatuh mata memandang kah kak? Hua2. XD

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!