Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, December 29, 2010

AFF SUZUKI CUP FINAL n FINAL WEEK [02]

Cerita Dua

Aku baru ja melalui "klimaks" bagi agenda tiga-minggu keluar daerah berturut2.

Klimaks itu ialah Mini Gathering ExSMATS. 25 - 26.12.2010 yang lalu.

Seperti biasa, aku mempunyai banyak perkara yang mahu dibebelkan. Bukan sembarangan membebel tetapi aku dapat merasakan yang kebanyakan bebelan atau ngomelan aku di sini mempunyai nilai ilmiah dan bukan hanya setakat untuk nilai atau tujuan komersial. Muahua3!

Sejak tiga minggu yang lepas, aktiviti hujung mingguku padat. Tidak banyak masa yang dapat diluang dirumah. Sudahlah air tiada di bahagian dapur, air tangki pun terpaksa minta jiran sebelah. Hujan pula jarang2 turun dan cuaca pula hanya sekali-sekala panas terik. Maka misi membasuh baju perlukan masa kadang-kala sehingga tiga hari baru betul2 kering. Mantop!

Aku akan menyambung bebelan mengenai Mini Gathering di lain masa.

Minggu ni adalah "Final Week" aku bagi dua perkara.

Pertama; Minggu terakhir bekerja selaku Fasilitator SchoolNet [FS].

Kedua; Minggu terakhir bagi tahun masihi 2010.



Kontrak aku [kami] akan tamat pada 31.12.2010 ini. Tinggal dua hari ja lagi. Tentu banyak perasaan bercampur-baur. Macam2. Tengok di Group FB pun kadang rasa lucu juga. Begitu banyak ayat2 dan kata2 yang disurahkan sebagai perangsang dan penyejuk hati yang masih dilanda 1001 macam perasaan.

Alangkah bagusnya kalau sajak, puisi, dan surah2 itu dideklamasikan lama sebelum kontrak tamat. Mungkin ramai sudah yang tidak ambil pot mengenai tugasan FS sebab tidak bersemangat sudah, sibuk cari kerja yang lain, dan macam2. Ada yang down sebab mereka dapat menghidu yang tugas atau segala hasil titik peluh mereka untuk meningkatkan kualiti atau perkembangan TMK [ICT] di tempat masing2 bakal punah.

Macam di Sabah, orangnya sudah datang dan mahu habis sudah kontrak. Sedang makmal dan prasarana TMK yang lain terus menjadi "mini muzium". Lainlah kalau kontrak disambung atau ada penyerapan status jawatan, kata seorang guru.

Aku tidak tahu apa yang tepat untuk dikatakan pada saat2 yang genting ini. Pada aku, tugasan sebagai FS akan terus dilaksana sehingga ke saat terakhir. Kelas TMK kedua aku yang bermula 06 Dis. akan tamat pada 31 Dis. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Syukur aku masih diterima untuk berada dan menumpang di sekolah walaupun kontrak sudah tamat. Dari ayat yang mudah ni ja aku faham yang aku masih diperlukan di sekolah. Dan sememangnya aku perlu berada di sini buat beberapa waktu untuk membuat sentuhan akhir projek2 yang tertangguh akibat kekangan masa.



Apapun, aku gembira dan bahagia dengan kerjaya selaku FS. Kerjaya dalam bidang TMK memang mencabar tetapi menarik sebab dapat meneroka pelbagai juzuk ilmu sains dan teknologi masa kini. Dahulu, mereka yang berlatar belakangkan TMK dikatakan tidak laku kerana suasana masih tidak meletus dengan komputer dan internet. Ianya sudah ada tapi tidaklah sehangat waktu ini. Keadaan berubah, berputar 180 darjah. Mereka yang latar belakang TMK lah yang paling laku sekarang.

Sebab itu kenapa aku gembira sangat2. Aku bukan latar belakang TMK secara khusus. Hanya mempunyai sedikit kelebihan dan kemahiran sahaja yang dipupuk sejak sekolah rendah dalam serba-serbi.

Semoga FS mempunyai kesinambungan dan semoga sekolah2 serta masyarakat sekitar terus mendapat manfaat besar dari agenda membudayakan TMK. Terus berjalan lancar dan berkembang maju.

Kita sudah jauh ketinggalan, dan cukup2lah jauh ketinggalan..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!