Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, December 01, 2010

Antara Churp2 dan Nuffnang

Aku terlebih dahulu mengenali Nuffnang berbanding Churp2. Ironinya, aku mula dan lebih 'aktif' dengan Churp2. Aik?

Siapa yang tidak kenal Nuffnang dan Churp2, boleh tanya Prof. Google.

Kenangan

Mengimbau kembali pengalaman peribadi sepanjang bersama-sama dengan Nuffnang dan Churp2 membawa pelbagai kenangan manis. Moga ianya terus mendewasakan aku dari sudut ilmu dan pemikiran.

Nuffnang dan Churp2 ialah sebuah syarikat pengiklanan berbayar di internet yang aktif sekitar Asia Tenggara atau Pasifik. Nuffnang muncul lebih dahulu dari Churp2. Kedua-duanya mempunyai kaedah pembayaran kepada peserta program mengikut cara masing-masing. Nuffnang bagi medium Blog dan Web, Churp2 bagi Laman Sosial terutamanya Twitter dan Facebook.

Ada juga firasat yang kata Churp2 ini sebenarnya 'adik' kepada Nuffnang, seperti Twitter kepada Facebook. Aku malas mengkaji lanjut. Wallahu 'alam bissawab.

Menjana Pendapatan

Kedua-dua medium ini menghasilkan sejumlah pendapatan yang lumayan terutamanya Nuffnang. Dalam Nuffnang, ada beberapa jenis program yang memberikan ahli nilai untung yang berbeza-beza. Ada jenis iklan berkempen [ada tempoh masa], ada iklan yang pay-per-click. Itu apa yang aku faham. Maklumat lanjut, boleh tanya Nuffnang.

Churp2 pula, lebih memikat hati aku. Bagaimana? Churp2 akan menghantar satu tugasan [menulis iklan] dan ahli hendaklah menyiapkannya sebelum tamat tempoh [ala-ala due date]. Setelah tamat tempoh, ahli akan dibayar dengan sejumlah amaun. Satu titik peluh untuk satu sen, ha ha.

Terbaharu dalam Churp2, ahli mempunyai iklan berkempen dan dibayar mengikut klik IP Unik [unique IP].

Dalam Nuffnang, ahli boleh mengeluarkan hasil pendapat bila jumlah terkumpul mencecah RM50. Dalam Churp2, RM100.

Jika anda seorang yang minat kepada pendapatan pasif, maka aku syor supaya kamu sertailah Nuffnang dan aktiflah 'se-mania' yang mungkin. Bayangkan, melalui pendapatan pasif ini, ada individu yang meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit walaupun kandungan Blog atau Web mereka hanyalah pasal dirinya, kucingnya, dan beg tangan. Contoh cerita lah kan, ha ha. Kemasan terkini bukan alang-alang. 10 minit sudah boleh muat 5 cerita yang..... Anda nilai lah sendiri. Ha ha ha.

Churp2, lebih kepada bentuk penjanaan pendapatan aktif walaupun sekarang ada program pay-per-click.

Khabar Baru

Terbaru, Nuffnang dan Churp2 sudah berkolaborasi dan setiap ahli komuniti masing-masing sudah boleh masuk [sign-in] jika anda ahli bagi komuniti yang ingin dimasuki [log-in]. Contohnya, macam gambar di bawah. Aku log-in ke akaun Nuffnang melalui akaun Churp2.



Berita terbaru ini mensahihkan firasat atau hipotesis awal aku mengenai hubungan Nuffnang-Churp2.

Pengalaman kamu orang pula, macam mana? Kongsi-kongsi lah bah.. Ehe.. X)


Nota: Jangan lupa klik iklan yang menarik minat kamu yang ada di blogku ni ya... ;D

2 comments:

  1. sam..camna ko dpt buat iklan churp2 d sidebar tu?

    ReplyDelete
  2. @Alfian J. Aku rujuk di sini bos:

    http://budak-matang.blogspot.com/2011/01/churp-churp-camping-earn-more-duit.html

    Mula2 aku tanya kat budakbotak.com tapi budak matang ni yang bantu jawab, ehe.. Cubalah bos.. d(^^,)

    ReplyDelete

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!