Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, December 03, 2010

BAH.. Ke Taman bah kita..!

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera..!

Ke Taman? Taman mana ni..? Taman Astakona? Taman Perumahan terbengkalai..?

Muahua3.

Lucu kalau ini yang kamu orang fikirkan. Ini cerita bukan mahu bawa ke taman jenis yang macam itu lah. Itu boleh ulas di isu lain terutamanya Taman Perumahan terbengkalai yang sedang menjadi 'bangkai', Ha3.

Bah serius, serius. Aku serius ni. Aku ingin mengajak kamu semua supaya datang ke suatu Taman yang cukup penting, dan utama di Sabah selain Taman Kinabalu, Taman Pulau, Taman Sepilok, dan lain-lain taman yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Aku ingin mengajak kamu semua dating datanglah berkunjung ke Taman Pertanian Sabah, Tenom sempena 'Hari Terbuka' di musim cuti sekolah ini.

Apa yang menariknya di Taman ini? Bagi peminat makhluk yang dikelaskan sebagai Flora, tempat ini menjadi 'kunjungan wajib' kamu terutamanya pengkaji atau peminat.

Taman ini cukup besar. Cukup meletihkan walaupun menggunakan basikal bersiar-siar. Kenderaan bermotor tidak digalakkan. Ada keretapi mini kalau minat naik. Keretapi ini akan membawa kamu ke taman bunga-bungaan yang cantik, dan yang sedang dalam penyelidikan. Mungkin beli bunga pun boleh.


Kredit: sabah.gov.my


Memandangkan taman ni 'belakang' rumah [tumpang] aku ja, dan ada sudah kawan membawa jalan masuk ke sana, jadi jangan lupa tengok sekeliling ya. Manatau nampak kami berdua, boleh juga belanja sup payau [pun2] kah sana, muaha3! XD

Naseb tiada pertandingan Catur, Badminton, DotA atau Guli sana. Kalau nda, kompom bawa pulang hadiah, ehe3..

Khabarnya, sekarang ini juga ada Pesta Jagung di Bandau, Kota Marudu. Teringat pula sama orang KM yang sedang bercuti-cuti Malaysia tu.. Errmmm.. x>

Kalau mahu tahu berita Pesta Jagung, kamu boleh berkunjung di sini [KLIK].

Selamat memanfaatkan cuti-cuti kita! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!