Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, December 27, 2010

AFF SUZUKI CUP FINAL n FINAL WEEK [01]

Cerita Satu

Pusingan pertama pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF peringkat akhir sudah berlangsung semalam. Keputusan; Malaysia menewaskan Indonesia, 3 - 0.

Aku antara jutaan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan moral kepada pasukan "Harimau Malaysia" dengan menonton dan mendoakan kejayaan buat pasukan negara. Ada juga yang menggelarkannya sebagai 'Harimau Malaya" tetapi aku lebih gemar memanggilnya sebagai Harimau Malaysia. Semangat SeMalaysia gitu, muahua3..

Aku menontonnya sehingga tamat di kaca i-Mobile 520 dalam suasana gelap. Bukan sengaja bergelap untuk naik feel tapi bekalan elektrik terputus ketika permainan di babak separuh masa pertama. Bekalan elektrik terputus selama hampir 12 jam. Ianya bersambung semula pada jam 9 pagi tadi. Habis terbantut rancangan aku untuk menyiapkan laporan aktiviti dan masalah bagi bulan yang terakhir selaku Fasilitator SchoolNet dan juga melengkapkan nota untuk edaran Kelas TMK. Laporan tu kena hantar hari ini. Dalam kelam-kabut tu, aku terlupa pula menghantar sama Laporan Kehadiran ke-2 bagi bulan Disember. Aku pun pelik kenapa perlu terbahagi laporan kehadiran ni tapi aku malas bertanya. Sebab jawapannya mesti "Itu ialah arahan". Maka kita pun, "Saya yang menurut perintah".

Ihsan: beritasemasa.com


Berbalik ke ngomelan pasal perlawanan semalam, pastinya isu pancaran laser menenggelami bual-bicara tajuk yang lain seperti kehandalan barisan penyerang Harimau Malaysia yang menunjukkan penyudah yang baik lagi menarik dalam masa kurang 20 minit. Kesemua gol yang diperolehi bukan semasa tendangan sudut atau percuma di mana penjaga gol Indonesia  sebelum itu mengadu terkena pancaran laser berwarna hijau pada masa sepakan tersebut diperolehi Malaysia.

Aku tidak ingin mengulas panjang mengenai siapa dalang dan jembalang disebalik insiden "Rekod Baru" ini. Sama ada ianya dilakukan oleh penyokong suatu pihak atau pihak lain yang "tereksploitasi", itu tugas penganjur bersama pihak berkuasa.

Aku cuma ingin mencadangkan, kalau inilah fenomena yang bakal menggugat keharmonian sukan bola sepak untuk menjadi medium pemupuk perpaduan dan persahabatan, maka suatu tindakan tegas perlu dilaksana segera.

Contohnya, meningkatkan lagi kualiti mesin pengimbas di pintu masuk, tempat duduk dan mana2 kawasan strategik di stadium. Lagi canggih, lagi bagus. Biar tiket mahal asalkan keselamatan terjamin. Untuk meningkatkan lagi keberkesanannya, kamera litar tertutup dan juga alat radar pengesan [sensor] perlu dipasang.

Cadangan kedua pula, jika pasukan yang bertanding dilabel sebagai "Musuh Tradisi", maka gelanggang perlawanan wajar bukan di tempat sendiri. Contohnya, jika Indonesia bertemu Malaysia dalam perlawanan akhir, maka gelanggang perlawanan ialah di Thailand atau Singapura contohnya. Namun, cadangan kedua ini tidaklah utama sangat. Ini bergantung dengan sikap dan mentaliti para penyokong yang hadir bagi pasukan "Musuh Tradisi" itu tadi.


MSS: Aku ada banyak cerita yang mahu disampaikan tapi ngomelan yang ni macam panjang betul sudah, ehe..

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!