Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Monday, December 06, 2010

Kelas TMK SKPT: Monolog Skema ii

Alhamdulillah, aku dapat menyambung lagi bicara mengenai Kelas TMK - sebelum ini dipanggil 'Kelas ICT' - SK. Paguokon, Tenom.

Insya-Allah, bermula hari ini, Kelas TMK kali ke-2 akan ditarik tirainya secara rasmi. Setelah selesai diadakan sesi taklimat dan perbincangan mengenai beberapa perkara seperti jadual kumpulan pada 03 Dis. yang lalu, kesimpulannya mudah; sambutan cukup menggalakkan.

Seramai 77 orang murid [Tahap i + Tahap ii] telah hadir menzahirkan hajat mereka untuk mengikuti kelas ini, walaupun maklum kelengkapan dan suasana untuk menjalankan kelas ini tidak mencapai 'KPI' yang baik. Dengan kekuatan empat biji komputer riba [termasuk milik tenaga pengajar] dan ruang kelas pemulihan, kelas ini tetap jua diwujudkan bagi mencetuskan fenomena baharu di kalangan mereka iaitu Budaya TMK [ICT].

Penyertaan lebih banyak dari kalangan Tahap ii terutamanya Tahun 5 dan 6. Tahun 6 merupakan kelompok sulung yang dipilih untuk Kelas TMK kali pertama. Jumlah mereka kali ini ialah 56 orang. Demi keselesaan, empat kumpulan diwujudkan. Dua sesi pagi, dua lagi sesi petang.

Tahap i pula dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan, dan hanya sesi pagi sahaja.



Jadual, memang sedikit padat. Bertambah sedikit berbanding sebelum ini. PnP juga akan ditingkatkan lagi melalui pendekatan kuiz, soalan ujian, dan pertandingan.




Aku rasa lega bila ada orang yang sudi menawarkan diri untuk membantu aku mengendalikan kelas ini terutamanya menjadi tenaga pengajar. Setakat ini, sudah dua orang, ehe.

Apapun, aku berharap kelas ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Walaupun apa yang kami sampaikan kepada mereka mungkin tajuk-tajuk yang terlalu mudah dan ringkas, tapi aku percaya kesan dan pengaruh apa yang bakal mereka hadami nanti tidak sedikit atau ciput.

Ribuan terima kasih atas dorongan, sokongan, dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutamanya pihak sekolah, murid-murid, dan para ibu bapa.

Selamat Maju Jaya kepada semua yang terlibat..! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!