Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, December 17, 2010

MEMBANGKIT GHAIRAH DI EATON'S

Oups, tulisan ni bukan pasal "Teknik Asmara" mahupun promosi produk ehem2 yang menjurus kepada "pengalaman luar biasa".

Ghairah aku di sini bermaksud, tahap kecintaan aku kepada suatu benda yang bernama buku. Aku seorang yang suka membaca. Aku bukan insan genius yang tak perlu membaca untuk lulus 5.00 [5 Bintang] dalam sebarang bentuk peperiksaan. Tapi sebenarnya, antara salah satu ciri yang ada pada orang yang genius / bijak ialah cintakan buku. Cintakan buku pula bermaksud, suka membaca buku. Bukan selepas membeli-belah secara Dalam-Talian berguni2 buku di Amazon.com atau ebay.com, maka ianya menjadi perhiasan di rak tanpa langsung menghabiskan sekurang2nya lima muka surat yang pertama.  Membaca jambatan ilmu bukan? Iqra

Hobi nombor satu aku ialah membaca. Dalam mana2 resume atau CV yang aku isi walaupun sekadar tugasan "English for Occupational / Academic Purpose", aku tetap 'serius' mengisi butiran hobi. Telus dan mulus, tanpa 'fulus', Ha2. 

Aku suka membaca apa yang menarik perhatian aku pada masa2 tertentu. Kalau masa tu mengidam untuk mendapatkan maklumat khusus mengenai "Di balik Tabir" seorang pemimpin yang ingin dikenali dengan nilai positif-negatifnya, maka mungkin Malaysian Maverick oleh Barry Wain ada justifikasinya bagi seorang penganalisis profesional. 

Apa pula Eaton's? Nama lorong? Nama jalan? Bukan. Eaton's ialah sebuah kedai buku yang boleh kira popular di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Eaton's mungkin nama pemilik atau pengasas kedai tu. Aku tiada butiran lanjut pasal latar belakang kedai ni. Aku masih tidak berminat untuk tahu, ha2.

Di Eaton's, aku meterluangkan masa hampir dua jam lebih. Dalam masa tu, lebih kurang sejam ja aku mundar-mandir di ruang Komputer dan Sosial. Habis satu persatu buku di rak tu aku belek2. Yang berplastik, habis dibuka. Ha2. Pelik kan kenapa buku dibungkus plastik. Macam mana kita mau baca sinopsisnya, biodata penulisnya, bab kandungannya.. Kurang2, sediakan satu set yang "Viewing Purpose" kalau takut sangat buku tu kena cap jari peluh atau minyak muka atau kerodot [kedut]. Kalau aku jumpa satu manuskrip yang hampir hancur tapi bertulisan jawi klasik, mesti Dinarnya tinggi bukan. Ha2.

Banyak buku di rak itu yang berkenan di hati. Contohnya, Tapai tulisan Hishamuddin Rais. Buku ni tajuk Bahasa Melayu tapi kandungannya dalam Bahasa Inggeris. Malaysian Maverick oleh Barry Wain dengan harga RM99.80. Kaw2 punya. Ingin Jadi Nasrallah oleh Faisal Tehrani dll bagi Sosial. Bagi Komputer pula, pasal Virtualisasi OS utama di dunia, Aplikasi Hebat di Google, OpenOffice.org Calc, Abi Word ganti Microsoft Word, Blog, Telecommunication dll. 

Bajet, RM100. Jadi, kalau angkut Malaysian Maverick, baki duit tinggal RM0.20. Beli yang lain, ada pula buku cambest yang lain tak dapat angkut sama. Akhirnya, aku berpindah ke rak sebelah setelah memilih satu buku yang dihasilkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Di rak itu, rasanya bahagian Motivasi. Memang mengghairahkan bila tengok tajuk2nya. Apa lagi bila membaca sinopsinya, Fuhh, rasa mahu angkut semua. Naseb dah set bajet RM100 ja, hua2.

Akhirnya, aku pun mengambil beberapa buah buku yang boleh masuk bajet. Tak ingat ni buku yang ke berapa aku beli tahun ni selain majalah2. Ini penting supaya aku dapat memastikan diri aku tidak termasuk dalam senarai rakyat Malaysia yang hanya membaca beberapa kerat buku [fokus: ilmiah] dalam masa setahun.


01. Air Mata Kerpan - Persatuan Pengguna Pulau Pinang
02. Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu? - Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan
03. Cabaran Dengan IQ Siri 1 - Tee Ping
04. Cabaran Dengan IQ Siri 2 - Tee Ping
05. A-Z Blog: Tip untuk Blogger Wanita* - Ani Nadila Yusof

*Untuk seseorang, ehe..


Kesemuanya berjumlah RM83.30 dalam satu resit.

Ini melayakkan aku untuk menerima satu buah Beg Plastik Mesra Alam dari Eaton's yang boleh tahan besarnya berwarna hitam. Ada juga beg untuk sarung lappy aku bawa ke mesyuarat alumni esok. Yeah! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!