Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Wednesday, December 22, 2010

MENJELANG MINI GATHERING [01]

BEBELANKU SEMPENA MINI GATHERING ExSMATS 2010

Tulisan ini pernah disiarkan di ruangan AKTIVITI@SMATS, Group SMATS bagi membincangkan aktiviti atau program warga SMATS terutamanya alumni.


Assalamua'laikum w.b.t

Ok, sebagai pembuka bicara, biarlah sy yang mulakan dulu, ehe..

Buat pengetahuan warga SMATS khasnya yg masih berada di SMATS, kami - yang sudah menjadi alumni - telah lama menyatakan hasrat untuk mengadakan suatu program khas untuk SMATS. Perbincangan tu ada yang rasmi, ada yang tidak rasmi.. 

Antara program sedemikian ialah, program yang bertemakan Sahsiah & Kerohanian anjuran Persatuan Siswazah Sabah [PSS] & Kelab Remaja Ukhuwwah [KRU] masing2 cawangan Kota Belud sekitar tahun 2007/2008 dahulu yang melibatkan beberapa orang alumni SMATS terutamanya dari generasi pertama & kedua. 

PSS & KRU merupakan organisasi yang aktif membuat aktiviti / program yang selalu melibatkan warga SMATS sama ada yang masih belajar, atau yang sudah menjadi alumni. 

Di kalangan alumni pula, antara aktiviti yang semakin popular sekarang ni ialah ber-reunion. Ada yang secara rasmi, ada yang tidak rasmi. Ada yang besar2an, ada yang kecil2an. Ada yang khusus, ada yang terbuka. Tujuan utama, berjumpa dengan kenalan lama, mengenang nostalgia lalu, bertukar2 khabar semasa di samping slot2 pengisian yang menjadikan reunion tu lebih menarik & bermakna.

Kita mengalu2kan aktiviti sedemikian. Kita positif bahawa melalui aktiviti itu tadi, hubungan sesama kita kembali segar & erat. Tidak sedikit yang merindui suasana semasa di SMATS dahulu. Sy antara mereka yang meletakkan pengalaman hidup belajar di SMATS adalah 'No.1' berbanding suasana belajar di sekolah, malah di universiti sendiri. 

Bila semakin ramai kengkawan semasa di SMATS dahulu 'ditemui' semula, ramai yg bertanyakan khabar SMATS selepas bertukar khabar terkini masing2. Mendengar adanya alumni mengadakan aktiviti, idea untuk membuat suatu aktiviti khas untuk junior2 di SMATS timbul di sebalik himpunan idea ber-reunion...

Alhamdulillah, idea aktiviti khas tu sudah ada 'pemulanya'. Bermula dari inisiatif individu, ianya perlahan2 berkembang menjadi inisiatif suatu perkumpulan. Buktinya, program Sahsiah & Kerohanian yg sy sebutkan awal2 tadi.

Sekarang, kita mengorak langkah ke hadapan lagi. Apa kata aktiviti khas untuk junior2 di SMATS ini dirancang, dibentuk & dilaksana SEPENUHNYA oleh Alumni SMATS? Tidak sedikit alumni yg berada & tinggal di sekitar Kota Belud. Kita ada potensi untuk menggerakkannya.

Ada yang ingin tahu, apakah aktiviti2 yg sesuai dilaksana oleh Alumni? Jawapannya, ada banyak. Apa yang tinggal sekarang ialah, apa aktiviti yg ingin kita fokuskan. Apa temanya, apa rasional & keperluan aktiviti itu ingin dijalankan di SMATS..

Kerohanian & Sahsiah? Motivasi? Promosi Jom Masuk U? Pengurusan Kewangan? Kebajikan? Ilmiah & Akademik? Celik ICT?

Banyak bukan? Sy katakan banyak sebab contoh di atas hanyalah tema. Belum dicerakinkan. Malah, BELUM LAGI dicampur dengan idea2 dari warga SMATS yg lain di sini... Sebab itu diwujudkan perbincangan ini bagi meraih maklumat, menyuluh hasil dapatan [isi2] & seterusnya membuat keputusan secara kolektif ;-)

Sy optimis yg kita - walau sudah menjadi alumni - masih punya ruang & peluang yang luas untuk menyumbang sesuatu untuk SMATS yg telah mengisi episod hidup kita dengan nilai2 pengalaman. Tepuk minda, tanyakan idea...

Akhir kata, semoga perbincangan ini hangat dengan sentuhan kritis dan kreatif dari semua warga SMATS. Mudah2an apa yg diimpi, menjadi realiti.

Selamat berbincang! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!