Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Thursday, December 23, 2010

MENJELANG MINI GATHERING [02]

Bebelanku sempena Mini Gathering ExSMATS 2010

Siri 01 boleh dibaca di sini [KLIK]

SIRI 02

Medan perbincangan sudah dibuka. Adabnya, kita menilai pendapat dan mengambil isi yang disampaikan di medan tersebut. Selainnya, tidak perlu diambil kira melainkan ada justifikasi tertentu. Contohnya, pandangan atau pendapat yang dikemukakan diruang perbincangan tidak menepati kehendak yang ingin dicapai.

Medan perbincangan bagi aktiviti@SMATS yang aku buka mengetengahkan aktiviti di SMATS, untuk junior yang masih berada di SMATS.

Mungkin timbul persoalan, mengapa tidak aktiviti untuk bekas pelajar alias alumni?

Jawapanku, ringkas sahaja. Aktiviti untuk junior di SMATS, itulah juga aktiviti untuk alumni.

Ketika alumni merancang untuk mengadakan suatu aktiviti untuk junior yang masih bersekolah di SMATS, maka adatnya alumni menjadi perancang dan penggerak utama dengan dibantu oleh pentadbiran sekolah. Alumni dan junior sama2 beraktiviti. 'Fokus tema'-nya sahaja yang berbeza.

Ativiti untuk junior di SMATS, adalah perancangan jangka masa panjang. Mungkin 5, 10, 20 tahun akan datang, bergantung dengan pelbagai faktor terutamanya 'tahap keprihatinan' mereka yang sudah menjadi alumni.

Antara Mini Gathering dan Reunion

Aku tidak pasti apa beza utama antara dua nama ini. Sekilas pandang, ianya sama sahaja. 

Cuma apa yang aku yakin, nama 'Mini Gathering' dipilih sebab nama 'Reunion' sudah lama dipakai.

Lagipun, Reunion biasanya dibuat dalam 'skala' yang lebih besar.

KREDIT: Facebook & www.samizul.net


Mini Gathering ExSMATS 2010

Mini Gathering kali pertama ini masih mengambil tema reunion. Apa yang lebih menarik, ianya bakal diadakan selama dua hari satu malam.

Aktiviti alumni SMATS sebelum ini biasanya program sehari atau setengah hari sahaja. Yang paling popular ialah berbuka puasa.

Aktiviti kali ini membuka lembaran baharu. Jika semuanya berjalan lancar, kalau aku tidak silap, inilah aktiviti yang ada bermalam. Ini cabaran. Apa yang mencabarnya? Cabaran utama ialah 'kehadiran'. Faktor kehadiran menjadi kayu ukur utama bagi isu penganjuran aktiviti ExSMATS. Kehadiran berkait rapat dengan tarikh, masa, dan tempat.

Sebab itu Mini Gathering ini dihadkan kepada 40 orang sahaja. Dalam jumlah itu pula, bukan semuanya bermalam.

Tidak mengapa. Yang penting mereka ada datang memeriahkan walaupun mempunyai pelbagai komitmen dan urusan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!