Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Friday, December 31, 2010

Penutup Yang Indah [01]

Tirai 2010 bakal dilabuhkan. Tabir 2011 bakal disingkapkan, kurang sejam lagi.

Alhamdulillah, di kala sejumlah besar insan sedang berhimpun dan beramai2 mengira detik untuk menyambut tahun baru yang bakal menjelma dengan pelbagai cara keriangan dan sukaria, aku di sini menyambutnya biasa2 ja. Tapi uniknya, ada dua perkara yang menjadikan sambutan biasa2 itu sesuatu yang bersejarah.

Pertama, mama dan sepupuku [sebelah mama] datang dari KK ke kediaman tumpangku di SK. Pagukon. Pertama kali datang, di kala hari yang sebelumnya kontrakku dijadualkan tamat. Mereka bermalam di sini satu malam dan esok akan balik ke KK. Aku akan ikut serta untuk menjadi jurupandu [bukan pemandu kereta ya, ehe]. Dan aku akan kembali ke SKPT untuk menyambung beberapa hal yang tertunggak.

Kedua, aku dapat menyertai majlis kenduri kesyukuran sempena program berkhatan [bersunat, budak lelaki] beramai2 yang bermula Maghrib tadi. Program berkhatan tu lebih kurang dua minggu yang lalu. Dalam majlis ni juga ada bacaan doa selamat, kesyukuran dan arwah. Jam 9 malam lebih barulah aku kembali ke rumah.

Seperti biasa, aku akan lewat tidur malam ini.

Mesti ramai yang sudah mempersiapkan azam dan semangat sempena tahun baru 2011.

Aku berdoa moga kita semua mendapat hidayah dan petunjuk yang berterusan dari Yang Maha Esa. Semoga perjalanan hidup kita terus diberkati dan mendapat rahmat.

Selamat Maju Jaya kepada semua bagi niat dan usaha yang baik lagi murni.

Meminjam kata2 seorang rakanku di SMATS dahulu, "Apa yang penting dalam hidup ialah jangan gagal dalam hidup. Kalau gagal dalam peperiksaan ok lagi, ehe3.."

Selamat Tahun Baru 2011! ;D

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!