Paparan Paling Seksi Sakti | Skrin 1280 x 800 | Browser Mozilla Firefox | OS Ubuntu Linux

FIDE WOMENS WORLD CHESS CHAMPIONSHIP 2017 (TEHRAN)

Saturday, December 04, 2010

Proses Kemas kini = SELESAI

Assalamua'laikum w.b.t n Salam sejahtera buat semua..!

Macam lama nda pos artikel sini, ehe..

Aku mahu beritahu yang proses kemas kini laman weblog ku ini boleh dianggap sudah selesai. Proses ini lanjutan dari proses naik taraf Domain genap seminggu yang lalu.

Proses naik taraf ni, biasanya melibatkan aspek-aspek penting macam Template [Tema Web], Header, Domain [termasuk tukar URL], Hosting, dan Background. Ini biasanya bersifat jangka masa yang lama.

Proses kemas kini pula, biasanya melibatkan kandungan dan benda yang dipamerkan di web seperti Gadgets atau Widgets. Kemas kini aplikasi biasanya merujuk posisi, catatan yang terkandung, dan tukar-ganti [remove-add] aplikasi. Ini pula bersifat jangka masa singkat.

'Eksperimen' naik taraf di weblog sendiri sudah menunjukkan hasil dan keputusan. Ianya berupa ilmu dan pengalaman. Aku guna weblog sendiri untuk uji kaji supaya memudahkan proses naik taraf weblog SK. Paguokon yang aku kendalikan sekarang.

Antara skop uji kaji yang aku 'terokai' ialah sistem komen Intense Debate, Google Friend Connect, Feedjit, Header, dan Pages. Mungkin di lain masa aku boleh buat kupasan ringkas [mini review] pasal Intense Debate

Apapun, Blogspot / Blogger / Google sudah bertambah maju ke hadapan dan yang aku senangi sekarang. Walaupun kadangkala ada aplikasi tertentu yang kureng berbanding Wordpress yang terkenal dengan kecanggihan dan kepelbagaian plugin-nya. Aku tiada pengetahuan kalau Live Journal, Joomla, Xanga, dan lain-lain. Kalau para pembaca ada, sudi-sudilah berkongsikannya ya di sini.

Bah setakat ini dulu. Aku puas hati dapat memberanikan diri untuk proses naik taraf ini, ha3. Aku harap, para pelawat [terutamanya pengunjung setia samizul.net] dapat melayari weblog peribadi ini dengan mudah, selesa dan yang jauh lebih penting, mendapat faedah manfaat yang dikongsikan.


Nota: ESOK jangan lupa menyokong gerakan 'baju merah' yang menghantar memorandum kepada wakil YDPA di Istana Negara untuk menyatakan bantahan mengenai kenaikan harga air dan sikap penswastaan yang membelakangkan [bukan mendahulukan] kepentingan rakyat marhaen khususnya. Aku akan berbaju selanggur merah merun walau kini berpijak di bumi Tanah Besar Borneo.

No comments:

Post a Comment

Saya mengalu-alukan komentar anda semua. Terima Kasih!